2013 - 2014
Aku bertemu dengan sahabatku, Nuratika
binti Zainuddin (Tika) di kampus UiTM Shah Alam ketika pengajian ijazahku. Aku
dari Dungun Terengganu, sahabatku dari Bachok Kelantan. Kami semakin rapat dan
mesra apabila praktikal di tempat yang sama iaitu Agro Resort Setiu. Pada
asalnya, tempat praktikalku adalah di Johor tetapi aku telah menukar tempat
praktikal last minute atas sebab2 tertentu. Di atas penukaran tempat itu lah,
aku semakin rapat dengan Tika.
Aku & Tika
After final exam,(Januari 2014) kami
berjumpa di Agro Resort Setiu bagi menjalani praktikal selama 5 minggu. Kami
duduk sebilik bersama kawan yang lain. Pagi2, bersama2 turun ke site, petang2
beriadah bersama2 di dalam kawasan tersebut.
Semasa Tahun Baru Cina, cuti yang diberikan
cuma 2 hari. Aku yang jauh dari rumah tak balik ke rumah disebabkan jauh dan
cuti yang pendek. So, aku balik ke rumah Tika ketika cuti tersebut kerana jarak
rumah Tika ke tempat praktikal kami tak terlalu jauh.
Selama 2 hari ini lah aku berkenalan dengan
keluarga Tika. Bukan sahaja keluarga kecik, bahkan separuh dari keluarga
besarnya juga aku dipertemukan. Baik2 semua ahli keluarga Tika ni. Pada masa
ini, aku cuma dapat berjumpa dengan Chek (atuk), Mak(nenek), Mokna & suami,
Pakdor & isteri, keluarga Tika sendiri.
Pada masa ini jugak la baru aku tahu Tika
mempunyai pak sedara yang umurnya cuma setahun tua dari kami. Tetapi, masa ni
aku tak kenal pun siapa pak sedara Tika kerana berkerja di Selangor.
Tamat menjalani praktikal, aku dan Tika sambung
balik pengajian kami untuk semester 4 di kampus UiTM Jasin. Nak dijadikan
cerita, kami bertambah rapat seperti adik beradik. Pada asalnya kami dah decide
untuk tinggal dengan kawan2 yang lain di Merlimau. Bilik dalam rumah sewa pun
kami dah decide nak duduk dengan partner masing2. Aku dan Tika duduk di bilik
yang berasingan.
Ketika emakku datang menghantar aku ke
Jasin, emak tak benarkan aku tinggal di Merlimau disebabkan jarak yang jauh
untuk ulang alik dari rumah sewa ke kampus. So, aku dan emak cari rumah sewa
yang dekat dengan kampus. Alhamdulillah,kami jumpa 1 rumah sewa yang memerlukan
2 orang students lagi. Aku terus book rumah tu dan call Tika untuk ajak tinggal
sekali dengan aku dengan kawan2 yang baru aku kenal.
Bermulanya semester baru, aku dan Tika akan
berdua untuk kemana-mana dengan menaiki motor. Pergi kelas bersama, pergi makan
bersama, pergi ke bandar bersama. Boleh dikatakan dimana ada aku, di situ ada
Tika. Dimana ada Tika, di situ ada aku. Memang dah macam adik beradik dah kami
ni.
Nak dijadikan cerita lagi, bulan November
2014 aku berjumpa dengan pak sedara Tika yang umur setahun tua dari kami.
Ceritanya, pak sedara Tika ada kursus di Jasin. Tika ajak aku teman dia utk
jumpa pak sedara dia tu. Aku on jela. Petang tu pulak hujan lebat. Memang tak
jadi dah la nak pergi jumpa. Sekali, dah nak maghrib hujan dah berhenti. Kami
pun sewa kereta dan gi Jasin lepas maghrib untuk jumpa pak sedara Tika.
Start malam tu la aku berkawan dengan pak
sedara Tika. Pak sedara Tika ni nama Ismail. Aku panggil dia Mail je. Bermula
dengan chatting di fb, then bertukar no fon dan chatting kat whtsapp.
1st pertemuan
2015
Aku dan Tika masih lagi menuruskan
pengajian kami di Jasin. Rutin kami sama je. Pergi kelas, bersantai dalam rumah
sewa, jalan2 kat Melaka, ronda2 kampung naik motor,cuti sem balik kampung
masing2. Yang bestnya, setiap kali balik dari cuti, ada je sayur dan buah yang
Tika bawak balik kat rumah sewa. Biasanya, kalau masak, memang kami makan
berdua je. Housemates lain tak kacau pun.
Habis semester 5, aku perlu ke UiTM Shah
Alam untuk siapkan Final Year Project(FYP). Tika pulak perlu duduk kat Jasin
untuk siapkan FYP dia. Selama cuti semester 5, memang aku ada kat Shah Alam. Transport? Naik bas dan jalan kaki
untuk kemana-mana. Untuk balik ke Jasin balik, aku minta tolong Pak Sedara Tika
yang belikan tiket. Baiknya pak sedara Tika sebab sanggup tolong aku. Dari
Petaling Jaya, datang ke Shah Alam untuk belikan aku tiket balik ke Jasin.
Terima kasih!
Masa kat Shah Alam, pertemuan yang kedua
diantara kami. Sejak dari tu, aku dan Mail makin rapat.
Julai 2015, aku dan Tika dah tamat belajar.
Kami berpisah untuk balik ke rumah masing2. Untuk jumpa balik, perlu buat plan
lain untuk jumpa kat mana2.
2016
Februari 2016.
Aku, Tika dan kawan masa
praktikal dulu plan untuk jumpa di Agro Resort Setiu. Pada hari kejadian, aku
kerja separuh hari. Tengahari tu, aku ke Agro Resort untuk berjumpa dengan Tika
dan kawan kami. Petang tu, aku ke rumah Tika dan tidur di rumahnya. Nak
dijadikan cerita, malam tu, aku dan Tika pergi ke rumah mak dan chek. Masa nak
pergi tu, Tika bagitau Mail ada balik cuti. Mau tak terkejut. Pertemuan dengan
Mail kali ni tanpa dirancang.
Aku memang suka kalau gi rumah Tika sebab
kampung dia memang tenang. Dengan kawasan kampung yang still ada kandang biri2,
ada kebun sayur. Sama macam kampung aku kat Johor.
Ruang tamu rumah mak & chek
3 Mei.
Aku dan Tika lagi sekali berjumpa
untuk majlis konvokesyen di UiTM Lendu, Melaka. Kami menyewa homestay di tempat
yang berlainan. Tika datang awal dari aku. So, Tika la yang tolong ambikkan
jubah konvo untuk aku. Malam tu, aku gi jumpa Tika untuk ambik jubah konvo.
Lagi sekali, aku dikejutkan dengan Mail.
Sebelum tu, aku dah pernah tanya Mail akan
gi ke tak kat majlis konvo. Dia cakap tak pergi sebab kerja. Alih2, muncul
pulak kat Melaka sebab cuti katanya. Lagi sekali, pertemuan yang tak dirancang
dengan si Mail ni.
4 Mei.
Masa majlis konvo, ni la kali
pertama mak dan ayah aku jumpa dengan Mail.
Lepas pada tu, hubungan aku dan Mail makin
rapat. Feeling pulak dah berbeza. Tetiba berbunga-bunga.
Mak, aku, Tika & mak Tika
Aku & Mail
30 Ogos
Rombongan keluarga Mail dari
Bachok, datang ke Dungun untuk meminangku untuk Mail. Memang tak disangka, aku
yang pernah datang rumah Mail tanpa aku mengenalinya,kenal mak & chek dulu
sebelum kenal Mail, aku sebagai kawan Tika, dan insyaAllah akan jadi mak
saudara Tika pulak nanti pada 2 Disember 2016.
25 September.
Aku mendapat berita dukacita,
mak, bakal mak mertuaku meninggal dunia. Innalillahiwainnailaihirojiun. Tak
sempat aku nak merasa kasih sayang dari seorang mak mertua.
Mak, tak sempat mak nak tengok Fitrah dan
Mail kahwin tahun ni. Terima kasih mak sebab sudi terima Fitrah sebagai bakal
menantu bongsu mak. Kita jumpa di sana nanti ye. Akan Fitrah kenang diri mak
dalam setiap doa Fitrah.
2 Disember.
Alhamdulillah... Selepas isyak, aku telah selamat diijabkabulkan dengan Mohd Ismail Bin Salleh. Terima kasih yang tidak terhingga kepada keluargaku dan keluarga belah suami yang telah banyak membantu dalam majlis kami.
3 Disember.
Majlis di pihak pengantin perempuan
5 Disember.
Majlis di pihak pengantin lelaki