Wednesday 14 December 2016

PERJALANAN YANG TELAH DITENTUKAN



2013 - 2014

Aku bertemu dengan sahabatku, Nuratika binti Zainuddin (Tika) di kampus UiTM Shah Alam ketika pengajian ijazahku. Aku dari Dungun Terengganu, sahabatku dari Bachok Kelantan. Kami semakin rapat dan mesra apabila praktikal di tempat yang sama iaitu Agro Resort Setiu. Pada asalnya, tempat praktikalku adalah di Johor tetapi aku telah menukar tempat praktikal last minute atas sebab2 tertentu. Di atas penukaran tempat itu lah, aku semakin rapat dengan Tika.

Aku & Tika

After final exam,(Januari 2014) kami berjumpa di Agro Resort Setiu bagi menjalani praktikal selama 5 minggu. Kami duduk sebilik bersama kawan yang lain. Pagi2, bersama2 turun ke site, petang2 beriadah bersama2 di dalam kawasan tersebut.

Semasa Tahun Baru Cina, cuti yang diberikan cuma 2 hari. Aku yang jauh dari rumah tak balik ke rumah disebabkan jauh dan cuti yang pendek. So, aku balik ke rumah Tika ketika cuti tersebut kerana jarak rumah Tika ke tempat praktikal kami tak terlalu jauh.

Selama 2 hari ini lah aku berkenalan dengan keluarga Tika. Bukan sahaja keluarga kecik, bahkan separuh dari keluarga besarnya juga aku dipertemukan. Baik2 semua ahli keluarga Tika ni. Pada masa ini, aku cuma dapat berjumpa dengan Chek (atuk), Mak(nenek), Mokna & suami, Pakdor & isteri, keluarga Tika sendiri.

Pada masa ini jugak la baru aku tahu Tika mempunyai pak sedara yang umurnya cuma setahun tua dari kami. Tetapi, masa ni aku tak kenal pun siapa pak sedara Tika kerana berkerja di Selangor.

Tamat menjalani praktikal, aku dan Tika sambung balik pengajian kami untuk semester 4 di kampus UiTM Jasin. Nak dijadikan cerita, kami bertambah rapat seperti adik beradik. Pada asalnya kami dah decide untuk tinggal dengan kawan2 yang lain di Merlimau. Bilik dalam rumah sewa pun kami dah decide nak duduk dengan partner masing2. Aku dan Tika duduk di bilik yang berasingan.

Ketika emakku datang menghantar aku ke Jasin, emak tak benarkan aku tinggal di Merlimau disebabkan jarak yang jauh untuk ulang alik dari rumah sewa ke kampus. So, aku dan emak cari rumah sewa yang dekat dengan kampus. Alhamdulillah,kami jumpa 1 rumah sewa yang memerlukan 2 orang students lagi. Aku terus book rumah tu dan call Tika untuk ajak tinggal sekali dengan aku dengan kawan2 yang baru aku kenal.

Bermulanya semester baru, aku dan Tika akan berdua untuk kemana-mana dengan menaiki motor. Pergi kelas bersama, pergi makan bersama, pergi ke bandar bersama. Boleh dikatakan dimana ada aku, di situ ada Tika. Dimana ada Tika, di situ ada aku. Memang dah macam adik beradik dah kami ni.

Nak dijadikan cerita lagi, bulan November 2014 aku berjumpa dengan pak sedara Tika yang umur setahun tua dari kami. Ceritanya, pak sedara Tika ada kursus di Jasin. Tika ajak aku teman dia utk jumpa pak sedara dia tu. Aku on jela. Petang tu pulak hujan lebat. Memang tak jadi dah la nak pergi jumpa. Sekali, dah nak maghrib hujan dah berhenti. Kami pun sewa kereta dan gi Jasin lepas maghrib untuk jumpa pak sedara Tika.

Start malam tu la aku berkawan dengan pak sedara Tika. Pak sedara Tika ni nama Ismail. Aku panggil dia Mail je. Bermula dengan chatting di fb, then bertukar no fon dan chatting kat whtsapp.

1st pertemuan

2015
Aku dan Tika masih lagi menuruskan pengajian kami di Jasin. Rutin kami sama je. Pergi kelas, bersantai dalam rumah sewa, jalan2 kat Melaka, ronda2 kampung naik motor,cuti sem balik kampung masing2. Yang bestnya, setiap kali balik dari cuti, ada je sayur dan buah yang Tika bawak balik kat rumah sewa. Biasanya, kalau masak, memang kami makan berdua je. Housemates lain tak kacau pun.

Habis semester 5, aku perlu ke UiTM Shah Alam untuk siapkan Final Year Project(FYP). Tika pulak perlu duduk kat Jasin untuk siapkan FYP dia. Selama cuti semester 5, memang aku ada kat  Shah Alam. Transport? Naik bas dan jalan kaki untuk kemana-mana. Untuk balik ke Jasin balik, aku minta tolong Pak Sedara Tika yang belikan tiket. Baiknya pak sedara Tika sebab sanggup tolong aku. Dari Petaling Jaya, datang ke Shah Alam untuk belikan aku tiket balik ke Jasin. Terima kasih!

Masa kat Shah Alam, pertemuan yang kedua diantara kami. Sejak dari tu, aku dan Mail makin rapat.

Julai 2015, aku dan Tika dah tamat belajar. Kami berpisah untuk balik ke rumah masing2. Untuk jumpa balik, perlu buat plan lain untuk jumpa kat mana2.

2016

Februari 2016. 
Aku, Tika dan kawan masa praktikal dulu plan untuk jumpa di Agro Resort Setiu. Pada hari kejadian, aku kerja separuh hari. Tengahari tu, aku ke Agro Resort untuk berjumpa dengan Tika dan kawan kami. Petang tu, aku ke rumah Tika dan tidur di rumahnya. Nak dijadikan cerita, malam tu, aku dan Tika pergi ke rumah mak dan chek. Masa nak pergi tu, Tika bagitau Mail ada balik cuti. Mau tak terkejut. Pertemuan dengan Mail kali ni tanpa dirancang.

Aku memang suka kalau gi rumah Tika sebab kampung dia memang tenang. Dengan kawasan kampung yang still ada kandang biri2, ada kebun sayur. Sama macam kampung aku kat Johor.

Ruang tamu rumah mak & chek

3 Mei. 
Aku dan Tika lagi sekali berjumpa untuk majlis konvokesyen di UiTM Lendu, Melaka. Kami menyewa homestay di tempat yang berlainan. Tika datang awal dari aku. So, Tika la yang tolong ambikkan jubah konvo untuk aku. Malam tu, aku gi jumpa Tika untuk ambik jubah konvo. Lagi sekali, aku dikejutkan dengan Mail.
Sebelum tu, aku dah pernah tanya Mail akan gi ke tak kat majlis konvo. Dia cakap tak pergi sebab kerja. Alih2, muncul pulak kat Melaka sebab cuti katanya. Lagi sekali, pertemuan yang tak dirancang dengan si Mail ni.

4 Mei.
 Masa majlis konvo, ni la kali pertama mak dan ayah aku jumpa dengan Mail.
Lepas pada tu, hubungan aku dan Mail makin rapat. Feeling pulak dah berbeza. Tetiba berbunga-bunga.


Mak, aku, Tika & mak Tika


Aku & Mail
30 Ogos
Rombongan keluarga Mail dari Bachok, datang ke Dungun untuk meminangku untuk Mail. Memang tak disangka, aku yang pernah datang rumah Mail tanpa aku mengenalinya,kenal mak & chek dulu sebelum kenal Mail, aku sebagai kawan Tika, dan insyaAllah akan jadi mak saudara Tika pulak nanti pada 2 Disember 2016.





25 September.
Aku mendapat berita dukacita, mak, bakal mak mertuaku meninggal dunia. Innalillahiwainnailaihirojiun. Tak sempat aku nak merasa kasih sayang dari seorang mak mertua.

Mak, tak sempat mak nak tengok Fitrah dan Mail kahwin tahun ni. Terima kasih mak sebab sudi terima Fitrah sebagai bakal menantu bongsu mak. Kita jumpa di sana nanti ye. Akan Fitrah kenang diri mak dalam setiap doa Fitrah. 

2 Disember. 
Alhamdulillah... Selepas isyak, aku telah selamat diijabkabulkan dengan Mohd Ismail Bin Salleh. Terima kasih yang tidak terhingga kepada keluargaku dan keluarga belah suami yang telah banyak membantu dalam majlis kami.







3 Disember.
Majlis di pihak pengantin perempuan 



5 Disember.
Majlis di pihak pengantin lelaki