Hari ni dah 22 Ramadhan. Lagi 2 hari je lagi nak raya. Mengenangkan diri di perantauan,haru biru rasanya perasaan ni. First time x beraya dengan family.
Kat Dungun, semua ada. Angah pun ada balik dgn si keciknye Haiqal.
Saya? Saya di Petaling jaya bersama husband. Husband tak dapat cuti tahun ni. Beraya la kami di kuarters. Kalau fikir kat perasaan sedih ni sebab tak boleh beraya di kampung, teramatlah sedih ..
Duk fikir kuih raya,makanan raya..marilah berhuhuhu..
Kat sini saya memang tak buat kuih raya. Tapi rasa macam kosong kalau tak buat apa-apa. So,dengan idea yang ada ni terus buat yang paling simple dan mudah.
Apa lagi?? Goreng kulit popia jela. Kan mudah tu.cepat siap, cepat habis.. krukk krakk krukk krakk depan tv, dah habis...hahahha
SEBURUK APAPUN KISAH SILAM KITA, ANDAI KITA BERTAUBAT, MASIH ADA PELUANG UNTUK KITA MENJADI AHLI SYURGA DAN HARUS DIINGAT, ALLAH MENCINTAI ORANG YANG KEMBALI KEPADANYA...
Wednesday, 21 June 2017
Aidilfitri 2017
Wednesday, 18 January 2017
Genggaman Ke Syurga
2 Disember 2016..
1 tarikh yang paling bermakna & membuat diri ini bahagia..
Genggaman tangan si suami bersama jurunikah berserta lafaz nikah telah dilaksanakan.
Genggaman tangan pertama si suami kepada si isteri yang membuatkan bertambahnya pahala.
Semoga genggaman ini akan berterusan hingga ke syurgaNya.
:-D
Tuesday, 17 January 2017
Awak & Saya
Dulu lain. Sekarang lain.
Dulu kita bujang. Sekarang kita dah ada hubungan yang halal.
Dulu kita kawan. Sekarang kita suami isteri.
Dulu bilik saya xde kain pelikat. Sekarang kain pelikat awak dalam bilik saya.
Dulu atas meja solek saya cuma ada barang makeup saya. Sekarang dah ada gel rambut awak.
Dulu kalau sedih, saya banyak pendam sorang-sorang. Sekarang saya akan cari awak untuk share semua yang saya rasa.
Saya kenal awak melalui kawan saya.
Awak kenal saya melalui anak saudara awak.
1 4 3 😘
Awak suami saya..
Saya isteri awak..