Sunday 13 January 2019

ANAKKU

Hai anak....

Di waktu kecilmu inilah ummi selalu ingin mencium pipimu, memelukmu erat-erat, menyuapkan makanan ke mulutmu, memandikanmu juga sering meribamu.

Ummi ingin menggunakan waktu kecilmu ini dengan menjadi kawan karibmu kerana ummi tidak tahu apabila kamu besar nanti adakah ummi berpeluang membuat semua itu kepadamu lagi.

Anakku, ummi sangat menyayangimu sayang. Terlalu dalam rasa kasih sayang ummi kepadamu.

Maafkan ummi andai kadang-kadang ummi memarahimu sedangkan dirimu masih kecil dan masih tidak kenal apa itu erti hidup. Ummi ingin mendidikmu sayang.


Saturday 5 January 2019

NUKILAN BUAT SUAMIKU

Suamiku...
Jadilah suami yang beriman dan bertakwa, suami kebanggaan isterimu ini serta menjadi pelindung kepada isterimu dan anak-anakmu dari bahaya dunia dan api neraka.

Suamiku...
Ajarlah ilmu agama kepada isterimu ini.
Ajarlah untuk mengenal Allah, mengetahui rukun islam, rukun iman dan juga halal haram.

Cemburulah suamiku...
Cemburulah tentang aurat dan pergaulan isterimu ini. Jangan pernah pejam mata matamu serta tutup mulutmu jika isterimu ini melampaui batasan prgaulannya.
Tgurlah isterimu ini dengan berhikmah agar bertambah rasa hormat dan kasih sayang kepada dirimu.

Suamiku...
Andai musibah menimpa, redha dan sabarlah. Terimalah qada dan qadar Allah kerana kita hambaNya yang lemah, tiada daya upaya melainkn dengan izinNya. Jangan mngeluh, jangan berdendam. Teruskn perjalanan dengan ceria dan pohonlah pertolongan dariNya kerana Dia Yang Maha Berkuasa.

-isterimu-
NFA.AP
4 Jan 2019