Friday 5 February 2021

SIAPA YANG AKAN PERGI DULU


Tadi Fitrah ada terbaca posting ni kat Facebook Khairul Abdullah. Tiba-tiba rasa sebak bila baca posting ni. Bergenang air mata. Terus teringat kat husband yang masa ni tengah kerja dan anak-anak yang tengah tidur.


Aqif, Ammar & Husna kecik lagi. Sekarang ni Aqif baru 4 tahun, Ammar 2 tahun dan Husna 3 bulan. 

Terus terfikir macam mana keadaan kami kalau husband tiada. Macam mana Fitrah nak lalui untuk membesarkan anak-anak seorang diri. Apa Fitrah nak jawab kalau mereka tanya "Ummi, mana Abah? " 😒

Allahuakbar. Rasa tak sanggup nak lalui jika ini terjadi. 

Ummi tak sanggup Abah 😭
Biarlah Ummi yang pergi dulu. 

Lepas baca posting tu kat Facebook tadi, Fitrah share pada husband. Tapi husband jawab lain dari apa yang Fitrah fikir. 

Fitrah shared pada husband πŸ‘‡
Ni yang husband replyπŸ‘‡
Bila baca apa yang  husband replied, terus teringat masa bersalinkan Husna tahun lepas, 9 November 2020.

-------------------------------------------------------------------
Husband cakap "Sunyinya rumah masa Ummi duduk dalam wad"

Fitrah tanya husband, "Kenapa pulak sunyi? Aqif dengan Ammar kan ada. Rumah mesti riuh dengan suara 2 beradik tu"

Husband cakap, "Memang riuh dengan Aqif Ammar. Tapi tetap rasa sunyi bila Ummi takde dalam rumah. Rasa macam ada benda yang takde. Rasa takde seri dalam rumah Kuatnya aura seorang ibu dalam rumah"
-------------------------------------------------------------------

Bila teringat balik conversation dengan husband dulu, terus dapat tangkap apa yang husband maksudkan. Patut la husband cakap bagi dia, biarlah Mak yang pergi dulu dari Ayah.

Apa-apapun, Fitrah mengharapkan biarlah Fitrah dan husband terus bersama hingga ke tua. Dan kalau boleh, biarlah mati pun bersama dan terus bersama hingga ke syurga. 

I LOVE YOU SO MUCH SAYANG!

I Love You and I Need You in my life ❤️

Tuesday 22 December 2020

KEHADIRAN CAHAYA MATA KETIGA

Alhamdulillah...
Allah anugerahkan seorang lagi cahaya mata kepada Ummi dan Abah.

Setelah kehadiran 2 orang anakanda lelaki, Muhammad Aqif dan Muhammad Ammar, now Allah menghadirkan seorang cahaya mata perempuan amanah untuk Ummi dan Abah.

Nur Husna Humaira nama diberi untuk anak solehah Ummi dan Abah :-)

Detik-detik Melahirkan Anakanda Nur Husna Humaira

8 November 2020
Pagi ni, Fitrah whatsapp husband nak pergi buang sampah kat bawah. Masa ni husband tak balik kerja lagi. Husband tanya larat tak nak gi buang? Fitrah cakap larat je. Lagi pulak nak exerciss untuk cepatkan dan mudahkan bersalin nanti.

Pagi ni Fitrah gi buang sampah guna tangga dari tingkat 4. Bukan takde lif kat kuarters ni. Fitrah saja nak guna tangga untuk exercise. 

Masa ni kandungan Fitrah dah masuk 39 minggu. Agak lambat kelahiran kali ni bagi Fitrah sebab Aqif dan Ammar lahir awal.
Aqif lahir masa kandungan 37 minggu. Ammar pulak kandungan 36 minggu dah lahir. 

9 November 2020
Pagi ni husband kerja. Fitrah buat kerja rumah macam biasa. Masak, kemas rumah, siapkan anak-anak. 

Tengahari Fitrah masak ikan masak merah. Siap masak, terus makan dengan anak-anak. 

Lepas settle tu, Fitrah bersihkan bilis. Prepare awal untuk buat sambal bilis pagi esok sebab plan nak breakfast  nasi lemak pagi esok. 

Siap semua tu, pergi tengok TV dengan anak-anak sementara tunggu Zohor. 

Siap solat Zohor, tidurkan Aqif dengan Ammar. Lepas tidurkan diorang, Fitrah rasa lain macam. Rasa mengeras perut macam kersp pulak kali ni. Minggu-minggu sebelum ni dah pernah rasa mengeras macam ni tapi tak kerap sangat. 

Fitrah pun whatsapp suami tanya ada kat mana. Husband reply cakap tengah drive nak ke Teluk Panglima Garang sebab nak gi hantar jentera kat sana. Lepas pada tu, husband call pulak tanya ada apa-apa ke? Fitrah cakap la rasa perut lain macam. Pastu cakap nak gi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) petang ni. Nak gi check kandungan. 

Terus fikir kalau gi PPUM petang ni, siapa nak jaga Aqif dengan Ammar kat rumah. Diorang tak boleh masuk sebab sekarang musim penyakit Covid19. Fitrah pun whatsapp adik Fitrah yang tinggal kat Semenyih suruh datang rumah. Adik Fitrah habis kerja pukul 5. Fitrah suruh dia datang terus lepas balik kerja nanti. Dalam 1 jam jugak perjalan nak datang sini. 

Sebelum Asar dalam pukul 4, Fitrah goreng jemput bilis untuk makan petang. Masa ni rasa mkin kuat perut ni mengeras tapi still boleh tahan lagi. 

Lepas siap goreng jemput, Fitrah gi bersiap untuk solat Asar. Sebelum solat tu, dah whatsapp husband semula suruh balik awal sebab nak gi PPUM. 

Tengah solat asar, perut makin kerap mengeras. Memang rasa tak sedap hati dah. Lepas siap solat, Kak Huda jiran Fitrah datang tanya okay ke tak sebab husband dia bagitau kat dia yg Fitrah dah rasa sakit nak bersalin. Husband kak Huda satu krew dengan husband Fitrah. Tu yg dia tahu. Mungkin husband Fitrah bagitahu husband Kak Huda. Kak Huda pesan, nanti nsk gi PPUM, hantar Aqif dengan Ammar kat rumah dia. Masa tu dekat pukul 5 dah.
Alhamdulillah Allah hantar hambaNya yang baik untuk tolong Fitrah. 

Lepas tu, Fitrah pergi mandikan Aqif dan Ammar. Siap settlekan anak-anak, Fitrah terus bersiap untuk ke PPUM. Masa ni perut dah sakit dah. Berkerut dah dahi tahan sakit. Sampai Aqif tanya, "Ummi kenapa? Ummi sakit ke?" 
Tapi still boleh jalan dan buat susu kat Aqif dengan Ammar lagi. 

Siap semua tu Fitrah call husband tak sampai balai lagi ke? Husband cakap baru je sampai ni. Fitrah suruh husband balik rumah terus. 

Dalam pukul 5.30 petang, husband sampai rumah. Masa ni memang dah sakit sangat dah. Fitrah suruh husband hantar anak-anak kat rumah Kak Huda. Siap hantar, husband masuk balik kat rumah dan panggil Fitrah untuk ke PPUM. keluar rumah, x sampai 10 langkah, Fitrah dah x boleh nak jalan. Masuk balik dalam rumah. Lepas tu datang jiran Fitrah, Ibu Siti tanya keadaan macam mana. 

Husband tengok Fitrah dah tak boleh jalan, terus husband pergi kat balai pinjam wheelchair untuk bawak turun Fitrah. Sementara tunggu husband naik bawak wheelchair, Fitrah memang dah sakit teruk dah dalam rumah ni. Contraction kuat sangat masa ni sampai Ibu Siti cakap "nak tolong macam mana ye". Ibu Siti usap perut Fitrah dan selawat. Alhamdulillah reda sikit contraction masa tu. Alhamdulillah, sekali lagi Allah hadirkan hambaNya yang baik hati untuk menolong. 

Bila husband naik bawak wheelchair, terus Fitrah duduk atas tu dan turun bawah. Masa nak turun, kawan husband, Abang Wan dah ada kat lif. Pegang pintu lif supaya tak tertutup. Alhamdulillah lagi sekali Allah hadirkan hambaNya yang baik hati untuk menolong. 

Masa on the way turun, husband cakap kita gi PPUM dengan EMRS. Cepat sikit sampai. Masa ni dah pukul 5.45 petang. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah kerana memudahkan urusan ini. 

Masa dalam perjalanan, sakitnya tahan contraction. Husband mintak sabar dan tahan. Trafic light ada yang merah tapi alhamdulillah disebabkan naik EMRS, kami boleh langgar lampu merah dan banyak kenderaan yang bagi laluan. Masa ni, walaupun jarak kuarters ke PPUM cuma 15 minit, Fitrah rasa macam lama sangat. 

Dalam pukul 6.05 petang, sampai ke PPUM. Polis bantuan datang dan bagi wheelchair untuk naik ke wad bersalin. Sampai dalam wad bersalin, siap register terus masuk labour room dan tukar baju. Naik katil, doctor scan perut kejap. Lepastu, terus teran. 

Alhamdulillah. Pukul 6.24 petang, lahirlah anak solehah yang diberi nama Nur Husna Humaira dengan seberat 3.17kg.

Adik Fitrah yang dari Semenyih tu, dekat pukul 7 baru sampai. Terus ke PPUM dan ambil husband balik. Sampai kuarters, husband ambik Aqif dengan Ammar kat rumah Kak Huda. Lepas Maghrib, husband datang PPUM untuk azankan baby dan hantar beg pakaian. Aqif dengan Ammar kat rumah, adik Fitrah yang jaga. 

Musim covid ni, sesiapa pun tak dibenarkan masuk wad. Husband pun tak boleh. Jadinya, lepas bersalin, Fitrah langsung tak boleh jumpa husband. Lepas keluar dari labour room, Fitrah terus dihantar masuk ke wad. 

Siap bersalin baru Fitrah perasan bibir Fitrah pecah dan berdarah. Bagitahu husband. Husband cakap dah perasan dari dalam EMRS lagi dah bibir Fitrah berdarah. Mungkin Fitrah ketap bibir masa tahan contraction tadi. 

10 November 2020
Lepas Asar, Fitrah dah boleh keluar wad. Husband mintak tolong kawan dia, Rizal untuk jaga Aqif dan Ammar dalam kereta sementara nak ambik Fitrah dan baby. Alhamdulillah sekali lagi Allah kirimkan hambaNya yang baik untuk bantu kami. 

Husband cakap, sunyinya rumah masa Ummi kat dalam wad.. Hehehe







Thursday 18 July 2019

KEHADIRAN CAHAYA MATA KE DUA

Alhamdulillah......
Allah kurniakan lagi rezeki anak kepada kami suami isteri.
Kelahiran yg ke 2 ini sangat dipermudahlan oleh Allah. Terima kasih ya Allah. Alhamdulillah 😊

Tanggal 19 Februari 2019, Aqif dah jadi seorang abang 😍

Muhammad Ammar bin Mohd Ismail nama diberi kepada putera kedua ummi ni.

Bersalin kali ni memang Fitrah decide dgn husband nak bersalin kat Selangor ni ke. Tak perlu balik kampung macam bersalinkan Aqif dulu.

Now, Fitrah nak ceritakan detik-detik nak bersalinkan Ammar. Very2 sweet moment 😍

18 February 2019
Petang masa nak mandi utk solat Maghrib, ada keluar darah. Tak banyak. Setitik je. Terus panggil husband bagitau ada setitik darah kat seluar. Kebetulan pulak husband Fitrah tak kerja hari ni. Husband tanya ada sakit atau tak. Fitrah cakap takde rasa sakit pun. So, Fitrah buat macam biasa je la. Before tidur, check sekali lagi nak tengok ada darah atau tak. Tengok takde pun. So, malam tu Fitrah tidur dengan senyenyaknya. Tak fikir pun dah nak bersalin sebab kandungan pun baru 37 minggu. Due date 19 March nanti. Awal lagi nak bersalin. Hahaha

19 February 2019
Bangun subuh, tengok ada darah setitik kat seluar. Tapi takde rasa sakit lagi. Hari ni husband kerja pagi. Before gi kerja siap2 pesan dah. Kalau rasa lain macam call terus.

Disebabkan takde rasa pelik-pelik and baby pun still gerak aktif dalam perut ni, Fitrah buat tugas dlm rumah macam biasa jela. Siap-siap masak untuk lunch, duk main-main dengan Aqif pulak.

Masa nak bersiap solat Zohor, tgok ada darah kat seluar. Bukan setitis dah ni. Setompok. Lepas siap solat, baby dalam perut start mengeras. Terus Fitrah call husband sruh bawak gi hospital Sungai Buloh sebab dah ada tanda nak bersalin walaupun takde rasa sakit pun lagi.

Sementara tunggu husband sampai, Fitrah suapkan Aqif makan nasi dulu. Bagi Aqif kenyang2 dulu. Baru gi hospital.

Bila husband sampai, husband terus ajak gi hospital. Tapi Aqif tak mandi tengahari lagi. Mintak husband mandikan Aqif dulu. Hihi

Pukul 3 lebih baru gi hospital. Terus ke wad bersalin. Penuh orang nak bersalin. Dalam pukul 3.30 sampai kat hospital. Dalam pukul 4 buat ctg. Time ni baby mengeras kadang2 je. Takde rasa sakit sangat pun. 1st time buat ctg. Lama jugak ek nk siapkan proses ctg ni. Nurse suruh goyang2 kaki bagi cepat siap. Hehe...

Pukul 5.15 pm, doctor panggil untuk check bukaan. Fitrah steady je baring atas katil tu. Tak nampak pun macam mana doctor tu buat untuk check bukaan. Sambil check tu, borak2 dengan doctor. Masa check, doctor tanya "awak tak rasa sakit ke Fitrah? Kenapa awak relax je saya tengok. 7cm dah awak ni. Tak lama dah nak bersalin"

Hahhh??? 7cm dah? Kenapa takde rasa sakit macam ibu2 kat kerusi tu? Ada yang Fitrah tanya,diorang cakap ada yg 3 cm, yg 5 cm. Yang dah terbuka 5cm tu, asyik mengerang sakit je.Diorang pulak pelik kenapa Fitrah boleh senyum2 lagi.

Pukul 6.30 pm Fitrah masuk toilet. Keluar je dari toilet, tak sempat duduk kat katil, Fitrah rasa ad cecair yg banyak sangat keluar. Ketuban dah pecah! Terus Fitrah terduduk atas lantai dan rasa sakit yang amat sangat. Terus terdetik dalam hati. Ni sakit contraction nak bersalin dah ni.

Ibu yang duduk kat katil sebelah tolong panggilkan nurse. Nurse terus datang dengan kerusi roda. Fitrah duduk atas kerusi roda tu and nurse tolak ke wad mana entah Fitrah pun tak tau. Ditolaknya kerusi roda tu macam Formula 1. Laju woiii. Hahaha.
Wad tu Fitrah kena scan perut dulu. Tak tau la nak check apa. Yang Fitrah ingat,time tu sakit contraction je  sakit sangat-sangat.

Lepas siap check, Fitrah ditolak ke labour room. Nurse tak sempat nak panggil husband sebab Ammar dah tak sabar-sabar nak tengok dunia.hehe

Pukul 6.50 pm, lahirlah anak soleh ummi, Muhammad Ammar πŸ‘Ά.

Alhamdulillah. Dipermudahkan Allah proses bersalin kali ini.
Terima kasih ya Allah... πŸ˜„

20 February 2019
Ummi dan Ammar dah boleh balik rumah. 🏑

Bermulalah rutin harian orang berpantang selama 40 hari.

#ummianakdua
#ummidikelilingihero


Wednesday 17 April 2019

Pantai Seberang Pintasan Dungun

Alang-alang dah balik kampung ni, boleh la ajak anak gi pantai. Kat selangor payah nak jumpa pantai. Bila kat kampung ni, haaa, gi la main kat air pantai tu.

Kali ni, kami pergi kat pantai seberang pintasan. Actually, bagi fitrah, pantai ni yang paling lawa kat dungun ni.

Kat pantai ni jugak lah fitrah and husband ambik gambar kahwin tau. Cantik lawa ni.

Sape-sape yang datang dungun, silalah singgah kat pantai ni. Datang petang lagi lah syok sebab meriah. Petang-petang ada orang jual makanan bergoreng. Beli dulu, pastu makan kat tepi pantai tu. Feeling dia lain macam bila makan kat tepi pantai. Syok wuuuuu.

Layan la gambar-gambar ni ye. Jangan oelik kenapa fitrah nampak gemuk dalam gambar ni. Fitrah berbadan dua time ni 😁

Jalan-jalan Ke Melaka

Husband balik kerja tiba-tiba tanya nak gi jalan mana?

Huh???? Wahhhhh!!!

W : "abg stress kerja ke sampai ajak kami gi jalan-jalan ni?"
H: "takdelah. Saja nak bawak isteri dengan anak ambik angin luar dari selangor pulak"

Fitrah decide gi Melaka. Salah 1 sebab ajak gi melaka, kat negeri Melaka ni lah pertemuan kami suami isteri. Ececececeee... Fitrah tengah study. Husband pulak tengah kursus.

Actually fitrah suka kat Melaka sebab bandar kat tengah-tengah tu je. Time study dulu, fitrah selalu merempit dengan roomate fitrah ke bandar hilir time takde buat apa. Saja jalan-jalan kat dataran tu. Syokkk...

Pernah sekali tu, after exam, terus pecut ke  bandar hilir. Konon-konon nak hilangkan stress. Huhu.. Best tau jalan-jalan kat sini. Masa tu student lagi. Kalau masuk mall kat situ pun just window shopping je. πŸ˜†

Tapi pergi dengan family kali ni. Harus lah shopping 🀩

Aidiladha 2018

Pejam celik, pejam celik... dah hari raya haji.

Salam aidiladha buat semua 😊

Yeay! tahun ni dapat beraya kat kampung. Tapi bukan kampung fitrah tau. Kali ni balik raya kat kampung husband kat kelantan.

Kat rumah chek ada buat korban. Chek sembelih lembu untuk buat korban. Alang-alang chek sembelih lembu, kami pun menyelit sekali untuk buat aqiqah aqif.

Meriahhhh!!! 😍😍😍

Aidilfitri 2018

Selamat hari raya semua!

Korang raya kat mana? Fitrah skluarga beraya di perantauan lagi kali ni. Husband keje time raya. Hope dapat beraya kat kampung next year πŸ˜‰

Raya kat selangor ni tak berapa seronok sebab xde sedara mara. Sedara yang stay sini jugak pun balik beraya kat kmpung. Berhuhu la kami.

Sebab tak pegi mana2, husband bawak keluar jalan. Tak tahu nak gi mana asalnya. Bila dah tengah jalan, baru decide nak gi ke ict. Ingatkan takde orang raya-raya ni. Sekali sampaiiiii, perghhhh! Penuh dengan manusia. Parking pun penuh woiii.

Korang-korang semua tak balik raya jugak ke πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Memang meriah betul kat ict shah alam raya-raya ni. Kedai 7e dalam ict ni pun penuh dgn org. Dari nak beli air, terus tak jadi. Ajak husband beli air kat luar jela..