Tuesday 22 December 2020

KEHADIRAN CAHAYA MATA KETIGA

Alhamdulillah...
Allah anugerahkan seorang lagi cahaya mata kepada Ummi dan Abah.

Setelah kehadiran 2 orang anakanda lelaki, Muhammad Aqif dan Muhammad Ammar, now Allah menghadirkan seorang cahaya mata perempuan amanah untuk Ummi dan Abah.

Nur Husna Humaira nama diberi untuk anak solehah Ummi dan Abah :-)

Detik-detik Melahirkan Anakanda Nur Husna Humaira

8 November 2020
Pagi ni, Fitrah whatsapp husband nak pergi buang sampah kat bawah. Masa ni husband tak balik kerja lagi. Husband tanya larat tak nak gi buang? Fitrah cakap larat je. Lagi pulak nak exerciss untuk cepatkan dan mudahkan bersalin nanti.

Pagi ni Fitrah gi buang sampah guna tangga dari tingkat 4. Bukan takde lif kat kuarters ni. Fitrah saja nak guna tangga untuk exercise. 

Masa ni kandungan Fitrah dah masuk 39 minggu. Agak lambat kelahiran kali ni bagi Fitrah sebab Aqif dan Ammar lahir awal.
Aqif lahir masa kandungan 37 minggu. Ammar pulak kandungan 36 minggu dah lahir. 

9 November 2020
Pagi ni husband kerja. Fitrah buat kerja rumah macam biasa. Masak, kemas rumah, siapkan anak-anak. 

Tengahari Fitrah masak ikan masak merah. Siap masak, terus makan dengan anak-anak. 

Lepas settle tu, Fitrah bersihkan bilis. Prepare awal untuk buat sambal bilis pagi esok sebab plan nak breakfast  nasi lemak pagi esok. 

Siap semua tu, pergi tengok TV dengan anak-anak sementara tunggu Zohor. 

Siap solat Zohor, tidurkan Aqif dengan Ammar. Lepas tidurkan diorang, Fitrah rasa lain macam. Rasa mengeras perut macam kersp pulak kali ni. Minggu-minggu sebelum ni dah pernah rasa mengeras macam ni tapi tak kerap sangat. 

Fitrah pun whatsapp suami tanya ada kat mana. Husband reply cakap tengah drive nak ke Teluk Panglima Garang sebab nak gi hantar jentera kat sana. Lepas pada tu, husband call pulak tanya ada apa-apa ke? Fitrah cakap la rasa perut lain macam. Pastu cakap nak gi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) petang ni. Nak gi check kandungan. 

Terus fikir kalau gi PPUM petang ni, siapa nak jaga Aqif dengan Ammar kat rumah. Diorang tak boleh masuk sebab sekarang musim penyakit Covid19. Fitrah pun whatsapp adik Fitrah yang tinggal kat Semenyih suruh datang rumah. Adik Fitrah habis kerja pukul 5. Fitrah suruh dia datang terus lepas balik kerja nanti. Dalam 1 jam jugak perjalan nak datang sini. 

Sebelum Asar dalam pukul 4, Fitrah goreng jemput bilis untuk makan petang. Masa ni rasa mkin kuat perut ni mengeras tapi still boleh tahan lagi. 

Lepas siap goreng jemput, Fitrah gi bersiap untuk solat Asar. Sebelum solat tu, dah whatsapp husband semula suruh balik awal sebab nak gi PPUM. 

Tengah solat asar, perut makin kerap mengeras. Memang rasa tak sedap hati dah. Lepas siap solat, Kak Huda jiran Fitrah datang tanya okay ke tak sebab husband dia bagitau kat dia yg Fitrah dah rasa sakit nak bersalin. Husband kak Huda satu krew dengan husband Fitrah. Tu yg dia tahu. Mungkin husband Fitrah bagitahu husband Kak Huda. Kak Huda pesan, nanti nsk gi PPUM, hantar Aqif dengan Ammar kat rumah dia. Masa tu dekat pukul 5 dah.
Alhamdulillah Allah hantar hambaNya yang baik untuk tolong Fitrah. 

Lepas tu, Fitrah pergi mandikan Aqif dan Ammar. Siap settlekan anak-anak, Fitrah terus bersiap untuk ke PPUM. Masa ni perut dah sakit dah. Berkerut dah dahi tahan sakit. Sampai Aqif tanya, "Ummi kenapa? Ummi sakit ke?" 
Tapi still boleh jalan dan buat susu kat Aqif dengan Ammar lagi. 

Siap semua tu Fitrah call husband tak sampai balai lagi ke? Husband cakap baru je sampai ni. Fitrah suruh husband balik rumah terus. 

Dalam pukul 5.30 petang, husband sampai rumah. Masa ni memang dah sakit sangat dah. Fitrah suruh husband hantar anak-anak kat rumah Kak Huda. Siap hantar, husband masuk balik kat rumah dan panggil Fitrah untuk ke PPUM. keluar rumah, x sampai 10 langkah, Fitrah dah x boleh nak jalan. Masuk balik dalam rumah. Lepas tu datang jiran Fitrah, Ibu Siti tanya keadaan macam mana. 

Husband tengok Fitrah dah tak boleh jalan, terus husband pergi kat balai pinjam wheelchair untuk bawak turun Fitrah. Sementara tunggu husband naik bawak wheelchair, Fitrah memang dah sakit teruk dah dalam rumah ni. Contraction kuat sangat masa ni sampai Ibu Siti cakap "nak tolong macam mana ye". Ibu Siti usap perut Fitrah dan selawat. Alhamdulillah reda sikit contraction masa tu. Alhamdulillah, sekali lagi Allah hadirkan hambaNya yang baik hati untuk menolong. 

Bila husband naik bawak wheelchair, terus Fitrah duduk atas tu dan turun bawah. Masa nak turun, kawan husband, Abang Wan dah ada kat lif. Pegang pintu lif supaya tak tertutup. Alhamdulillah lagi sekali Allah hadirkan hambaNya yang baik hati untuk menolong. 

Masa on the way turun, husband cakap kita gi PPUM dengan EMRS. Cepat sikit sampai. Masa ni dah pukul 5.45 petang. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah kerana memudahkan urusan ini. 

Masa dalam perjalanan, sakitnya tahan contraction. Husband mintak sabar dan tahan. Trafic light ada yang merah tapi alhamdulillah disebabkan naik EMRS, kami boleh langgar lampu merah dan banyak kenderaan yang bagi laluan. Masa ni, walaupun jarak kuarters ke PPUM cuma 15 minit, Fitrah rasa macam lama sangat. 

Dalam pukul 6.05 petang, sampai ke PPUM. Polis bantuan datang dan bagi wheelchair untuk naik ke wad bersalin. Sampai dalam wad bersalin, siap register terus masuk labour room dan tukar baju. Naik katil, doctor scan perut kejap. Lepastu, terus teran. 

Alhamdulillah. Pukul 6.24 petang, lahirlah anak solehah yang diberi nama Nur Husna Humaira dengan seberat 3.17kg.

Adik Fitrah yang dari Semenyih tu, dekat pukul 7 baru sampai. Terus ke PPUM dan ambil husband balik. Sampai kuarters, husband ambik Aqif dengan Ammar kat rumah Kak Huda. Lepas Maghrib, husband datang PPUM untuk azankan baby dan hantar beg pakaian. Aqif dengan Ammar kat rumah, adik Fitrah yang jaga. 

Musim covid ni, sesiapa pun tak dibenarkan masuk wad. Husband pun tak boleh. Jadinya, lepas bersalin, Fitrah langsung tak boleh jumpa husband. Lepas keluar dari labour room, Fitrah terus dihantar masuk ke wad. 

Siap bersalin baru Fitrah perasan bibir Fitrah pecah dan berdarah. Bagitahu husband. Husband cakap dah perasan dari dalam EMRS lagi dah bibir Fitrah berdarah. Mungkin Fitrah ketap bibir masa tahan contraction tadi. 

10 November 2020
Lepas Asar, Fitrah dah boleh keluar wad. Husband mintak tolong kawan dia, Rizal untuk jaga Aqif dan Ammar dalam kereta sementara nak ambik Fitrah dan baby. Alhamdulillah sekali lagi Allah kirimkan hambaNya yang baik untuk bantu kami. 

Husband cakap, sunyinya rumah masa Ummi kat dalam wad.. Hehehe







No comments:

Post a Comment