Friday 31 July 2015

BERSAMA KAWAN

Hari ni dah last exam. Bermakna, hari ni last saya dapat jumpa kawan-kawan saya sebab kebanyakannya diorang terus balik rumah masing-masing.


Ya Allah, tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan ni. Tersangat sedih sebab confirm masing-masing akan dengan haluan masing-masing lepas ni. Nak jumpa lagi memang tak tahu bila. Mungkin, time convo tahun depan la baru dapat jumpa balik.


Lepas habis exam, kitorang yang rapat ni ambik gambar dulu terutamanya kat main gate UiTM Jasin sebab baru kitorang perasan, selama 3 sem di UiTM Jasin ni, takde sekeping gambar pun kat gate UiTM yang ada tulis nama UiTM..hehehe..


So, before balik, kami snap gambar sekeping dua. Ingatkan geng kitorang je yang ambik gambar kat situ. Rupa-rupanya ramai lagi. itu tandanya, students part kitorang ada chemistry.. kihkihkih 



                                     

Main gate ni la yang saya cakap kat atas tadi... UiTM Jasin, Melaka... Love u lah! :-)









BERBUKA PUASA

Time study degree ni, 3 sem saya berpuasa kat tempat belajar. Sem 2 berbuka puasa dengan roommate. Sem 4 pulak berbuka puasa dengan housemates. Untuk sem 6 ni, advance sikit la. Dah last sem kan. Saya dengan kawan-kawan berbuka kat kafe kolej untuk part 6.
Then, tahun ni jugak, saya ada berbuka puasa dengan geng-geng perempuan kat Merlimau. Bukan dengan part 6 je. Campur semuanya. part 3 ada, part 4 pun ada.. hehehe.. by the way, saya happy dapat kenal awak-awak semua… 





#LAST DAH KITA DAPAT MAKAN SAMA-SAMA… TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN 

JAUH DI MATA DEKAT DIHATI

Apabila sampai masa nak berpisah, sedih dan pilu automatic bertandang dihati ini.  Air mata yang selalunya tersimpan dan tak terlihat oleh kawan, terus merembes keluar disaat perpisahan. Paling terasa apabila berpisah dengan housemates sendiri. Even akan jumpa lagi nanti, tapi taktau lah bila akan jumpa balik. Awak-awak semua duduk kat negeri lain. Surely, memang payah dah nak jumpa.


Kalau nanti awak-awak semua jumpa blog akak and baca story ni, jangan nangis + gelak ek.. Akak rindukan korang. Akak rindu nak gelak, makan sama-sama dengan korang. Ada rezeki nanti kita jumpa lagi yer. Korang akan tetap akak ingat even kita duduk jauh… 

Actually, saya and Tika je yang umur 24. lagi 6 orang tu semua umur 20. Tapi nampak sebaya je kan? ( Perasan muda pulak..kuikuikui )


Haaa.... nampak tak rumah kat belakang tu? tu la rumah sewa kitorang. cantik kan? i will gonna miss u all and all memories with u all at that home... :)

Thursday 2 July 2015

Cepatnya Masa Berlalu

Pejam celik, pejam celik, dah 3 sem saya bermastautin di bumi Melaka ni. Dari sem 4 (Mac 2014) sampai la sem 6 (Julai 2015) saya duduk kat Melaka ni. Still ingat lagi, mula-mula datang Melaka sebab transit dari Shah Alam. Datang dengan mak, abang, akak n adik untuk hantar saya ke Melaka. Actually, asalnya rumah sewa dah cari tapi mak tak setuju sebab rumah sewa yang asal kat Merlimau. Mak kata jauh sangat nak ke UiTM. UiTM ni pulak kat Seri Mendapat. kalau naik motor tu, dalam 20 minit la jugak. Last2, dengan mak sekali duk tolong cari rumah sewa untuk saya. luv u mak.. Nak dipendekkan cerita, saya jumpa seorang student yang jalan kaki nak gi kelas. Then, saya tanya student tu duduk kat mana and ada kosong tak rumah diorang tu? Alhamdulillah, rezeki saya, rumah dia ada 2 kosng dan kebetulan pulak, Tika pun nak duduk sekali. So, memang rezeki kami untuk duduk rumah tu.

Dalam rumah tu 8 orang students. 6 orang tudents science computer dan just saya and Tika je students Agrotechnology. Masa part 4 dan part 5, kami tak rapat sangat sebab diorang berenam memang geng. Kami tak berapa nak masuk dengan geng diorang. Kami selalu berdua je kalau kemana-mana. Tapi diorang baik sangat. Senang kalau nak mintak tolong. masa kami akhir part 5, kami berpisah sebab diorang berenam kena gi praktikal untuk last sem. Saya and Tika ada 1 sem lagi untuk tamatkan ijazah ni.

Akhir part 6, saya and Tika dah start cari housemates baru untuk gantikan diorang. Kali ni, kami ketua rumah.. hahahaha..

Kami cari students science computer jugak. Last-last kami jumpa students science computer semuanya. Semuanya adik-adik lagi. Baru ur 20.huhuhu.. Housemates kali ni memang best, saya dah anggap diorang sama macam adik-adik saya. Even hakikatnya saya takde adik perempuan, enam orang ni boleh la dikatakan adik-adik saya jugak. Kami share makanan sma-sama, kami gelak sama-sama.. Memang best la dapat kenal dengan adik-adik ni semua.

Lagi 2 minggu kami akan berpisah. Saya and Tika dah tamat belajar. Diorang stil ada 2 tahun lagi untuk habiskan study diorang. Ya Allah. Even kami cuma kena 1 sem, kami sangat rapat. Sedihnya nak berpisah kali ni. Tak tahu lagi bila kami akan jumpa balik..

Seriously, Fidah, Lina, Syaza, Fatin, Mashi and Tati, I will miss u all so much!!!!


ni la housemates saya yang paling saya sayang.... LOVE U ALL SO MUCH!!!