Wednesday 22 April 2015

BAHAGIA BERSAMA FAMILY


Dah lama tak balik rumah. Bukan tak nak balik, tapi disebabkan nak siapkan thesis,terpaksa hold dulu niat untuk balik rumah. Bulan April, cuti mid sem dah start. Then, dengan rasa berkobar-kobar, 16 April 2015, (malam) saya naik bas untuk balik ke rumah… yaahhhhhooooooo!!!!!!!! J

Sampai kat rumah, tengok muka mak, ayah, adik beradik, rasa happy sangat. Terubat dah rindu. Bila dah sampai rumah rasa maCam malas dah nak balik Melaka.. huhuhu…

Bila kat rumah, kalau nak apa-apa, mintak je. Mesti dapat.. Tapi mintak yang berpatutan la kan…

Sebab dah lama tak balik rumah, dapat makan apa yang dah lama tak makan. Dapat sembang-sembang dengan mak, ayah, adik beradik kat meja makan. Dapat gelak sama-sama..

Tengah sarapan, ayah cakap “ sarapan pagi esok kita makan nasi dagang ye. Dah lama Irah tak makan nasi dagang”. The, esoknye memang kami sarapan dengan nasi dagang. Tengah sarapan, ayah tanya pulak, “ Irah nak makan ayam golek? Balik kerja esok ayah belikan”. Tengahari esoknya, balik kerja ayah bawak balik ayam golek. Tengah lunch, ayah tanya lagi, “ petang esok Irah nak makan mee kari?” esoknya ayah beli bahan-bahan untuk buat mee kari and petang tu kami makan mee kari.. J

Pergi keluar dengan mak after mak habis waktu kerja. Pergi supermarket dengan mak untuk beli barang dapur. Tengah-tengah beli barang, mak cakap “Irah nak beli apa, ambik jela. Mana tau ada yang nak bawak balik Jasin”. Esoknya, mak ada meeting after waktu pejabat sampai petang. Sampai kat rumah, mak bawak balik makanan. Masuk rumah, mak cakap “mak ada belikan rojak ayam, Irah makan la”. Beberapa hari lepas tu, mak pergi kedai dengan adik. Sampai kat rumah, mak cakap “Mak beli lebih air tu. Irah ambik la bawak balik kat Jasin. Boleh minum kat rumah sewa tu nanti”.

Baiknya mak…

Baiknya ayah…

Terima kasih mak, ayah…

LOVE U ALL SO MUCHHHH!!!!!!!


Love u mom and dad!

Angah, Along, Abadi, Adikmy, Abajo, Irah

SEMUANYA TELAH BERUBAH



Setelah setahun berlalu, diri ini dah dapat terima apa yang telah berlaku. Diri ini sangat-sangat yakin akan ada yang terbaik suatu hari nanti. Sebelum ini, apabila dirimu muncul dalam ingatan ini secara tiba-tiba, secara automatic, rasa kerinduan itu akan muncul dan diri ini akan terdiam seketika. Bukan terdiam kerana sedih, tetapi untuk muhasabah diri dan tenangkan diri ini yang serba kekurangan.

Namun, semuanya telah berubah. Setahun telah berlalu. Alhamdulillah, diri ini dapat meneruskan kehidupan dengan gembira walaupun terpaksa tabah dan pendam apa yang telah berlaku. Walaupun terpaksa mengukir senyuman palsu dihadapan family dan kawan-kawan.

Sehari demi sehari, diri ini mendidik hati supaya tenang dan berfikiran secara positif dan berhikmah. Puas memikirkan punca yang berlaku tanpa sebab ini. Namun, diri ini serahkan semuanya kepada yang Maha Berkuasa…

Semuanya telah berubah. Ingatan adalah hanya sebuah ingatan.  Tiada lagi kerinduan yang melanda. insyaAllah, semuanya dapat kutepis dengan tenang.

Akanku tutup cerita lama yang memenatkan dan buka lembaran baru agar hidup ini lebih indah serta tidak lagi dibayangi masa-masa lepas yang suram..






AIR TERJUN GUNUNG LEDANG


Awal-awal sem, weekend takde la busy sangat dengan assignment. Then, saya and the geng apa lagi, trus plan nak pergi picnic..hehehe..

Saya, tika, tini and faiz plan nak pergi ke Tasik Chinchin kat Jasin. Masing-masing bawak makanan, picnic la katakan. Pagi Sabtu dalam pukul 9, Faiz datang ambik kitorang and terus pergi ke tasik Chinchin tu. Sampai je kat sana, rupa-rupanya takde tempat berkelah. Tempat aktiviti lasak macam sukan paintball, litar basikal BMX and flying fox adalah…

So, kitorang terus ubah plan. Dalam perjalanan patah balik dari tasik tu, kitorang discuss nak pergi mana sebab makanan semua dah tersedia. Fikir punya fikir, plan untuk picnic kat tasik Chinchin terus berubah untuk ke Air Terjun Gunung Ledang..

Apa lagi, kitorang terus balik rumah semula and then ambik baju lebih sebab dah pasang niat awal-awal nak mandi kat sana nanti. Tak best la kalau pergi air terjun tapi setakat tengok air jerk kan. Dekat pukul 11, kitorang sampai kat air terjun tu n terus mendaki ke atas. Ingatkan masuk free, rupanya kena bayar jugak nak masuk kat dalam tu. Siap ada GST yang tak tahan tu. RM1.10/person. Tak patut… Tak patut… Tapi takpe lah, nak mandi air tejun punya pasal,bayar je la… J

Sampai je kat tempat yang best, kitorang cari yang ada batu besar. Bukan apa, senang nak letak bekal and barang-barang. Dah Nampak air terjun, dah nampak air deras, apa lagi, terus masuk air la kitorang. Dah la bertahun dah tak pergi air terjun. So, gunakanlah masa keemasan ni untuk mandi air terjun sepuas-puasnya. Hehehehe…

Puas mandi air terjun, kitorang naik and makan bekal-bekal yang kitorang bawak dari rumah tu. After makan, continue mandi manda balik. Dekat pukul 2.30 baru lah kitorang bergerak balik. Before balik, sempat lagi saya and tika beli baju t-shirt yang ada cop air terjun Gunung Ledang..


ILMU TIDAK MENGENAL USIA







As a student, mesti pernah rasa malas nak pergi kelas kan. Saya sendiri pun macam tu. Lebih-lebih lagi kalau kelas hari tu start pukul 4.00ptg. Fuhh, betul-beul menggugat keimanan. Rasa nak ponteng je kelas hari tu. Tapi, bila ingat mak ayah kat rumah,nak tak nak, saya kena jugak attend kelas. Rajin or malas, saya mesti pergi kelas. Sebab, kalau dah sampai kat kelas tu, secara automatic, focus kat lecturer time kelas tu akan muncul.

Lecturer saya sem ni kebanyakannya semua dah berusia. Mereka rajin datang ke kelas untuk mengajar, untuk share ilmu yang mereka ada kat student. Saya ni pulak, dah la still muda, student yang tak banyak ilmu pulak tu.  Dah la ilmu tak banyak, malas pulak nak pergi kelas… apa la nak jadi Fitrah oiiii….

So, untuk sem ni, lecturer saya, Prof Razak bin Baba dah menyedarkan saya dan secara tak langsung telah motivatekan saya supaya rajin pergi kelas. Sebab apa saya cakap macam tu? Sebab nye, prof Razak dah la dah berusia, mengajar kelas saya 3 kali seminggu pulak tu, lepas tu, masa kelas sangat kemuncak. Ada yang kelas dengan prof ni dari pukul 12pm-1pm. Siap prof datang kelas punctual lagi.

Bila fikir balik, rasa malu pulak kat prof tu. So, as a conclusion, semua studnt tak boleh rasa malas nak attend kelas dan jangan sekali-kali ponteng kelas. Ingat mak ayah kat rumah yang mengharapkan kita Berjaya dan ingat jasa lecturers kita.

“NUR FITRAH AQILAH, JANGAN MALAS-MALAS. LAST SEM DAH NIEEE…”

“USAHA TANGGA KEJAYAAN”




Beliau la lecturer saya sem ni, Prof Razak bin Baba.. Beliau ajar subjek Post Harvest..
Very-very respect to him!