Wednesday 22 April 2015

AIR TERJUN GUNUNG LEDANG


Awal-awal sem, weekend takde la busy sangat dengan assignment. Then, saya and the geng apa lagi, trus plan nak pergi picnic..hehehe..

Saya, tika, tini and faiz plan nak pergi ke Tasik Chinchin kat Jasin. Masing-masing bawak makanan, picnic la katakan. Pagi Sabtu dalam pukul 9, Faiz datang ambik kitorang and terus pergi ke tasik Chinchin tu. Sampai je kat sana, rupa-rupanya takde tempat berkelah. Tempat aktiviti lasak macam sukan paintball, litar basikal BMX and flying fox adalah…

So, kitorang terus ubah plan. Dalam perjalanan patah balik dari tasik tu, kitorang discuss nak pergi mana sebab makanan semua dah tersedia. Fikir punya fikir, plan untuk picnic kat tasik Chinchin terus berubah untuk ke Air Terjun Gunung Ledang..

Apa lagi, kitorang terus balik rumah semula and then ambik baju lebih sebab dah pasang niat awal-awal nak mandi kat sana nanti. Tak best la kalau pergi air terjun tapi setakat tengok air jerk kan. Dekat pukul 11, kitorang sampai kat air terjun tu n terus mendaki ke atas. Ingatkan masuk free, rupanya kena bayar jugak nak masuk kat dalam tu. Siap ada GST yang tak tahan tu. RM1.10/person. Tak patut… Tak patut… Tapi takpe lah, nak mandi air tejun punya pasal,bayar je la… J

Sampai je kat tempat yang best, kitorang cari yang ada batu besar. Bukan apa, senang nak letak bekal and barang-barang. Dah Nampak air terjun, dah nampak air deras, apa lagi, terus masuk air la kitorang. Dah la bertahun dah tak pergi air terjun. So, gunakanlah masa keemasan ni untuk mandi air terjun sepuas-puasnya. Hehehehe…

Puas mandi air terjun, kitorang naik and makan bekal-bekal yang kitorang bawak dari rumah tu. After makan, continue mandi manda balik. Dekat pukul 2.30 baru lah kitorang bergerak balik. Before balik, sempat lagi saya and tika beli baju t-shirt yang ada cop air terjun Gunung Ledang..


No comments:

Post a Comment