Setelah setahun berlalu, diri ini dah dapat terima apa yang telah berlaku. Diri ini sangat-sangat yakin akan ada yang terbaik suatu hari nanti. Sebelum ini, apabila dirimu muncul dalam ingatan ini secara tiba-tiba, secara automatic, rasa kerinduan itu akan muncul dan diri ini akan terdiam seketika. Bukan terdiam kerana sedih, tetapi untuk muhasabah diri dan tenangkan diri ini yang serba kekurangan.
Namun,
semuanya telah berubah. Setahun telah berlalu. Alhamdulillah, diri ini dapat
meneruskan kehidupan dengan gembira walaupun terpaksa tabah dan pendam apa yang
telah berlaku. Walaupun terpaksa mengukir senyuman palsu dihadapan family dan
kawan-kawan.
Sehari demi
sehari, diri ini mendidik hati supaya tenang dan berfikiran secara positif dan
berhikmah. Puas memikirkan punca yang berlaku tanpa sebab ini. Namun, diri ini
serahkan semuanya kepada yang Maha Berkuasa…
Semuanya telah
berubah. Ingatan adalah hanya sebuah ingatan. Tiada lagi kerinduan yang melanda. insyaAllah,
semuanya dapat kutepis dengan tenang.
Akanku tutup
cerita lama yang memenatkan dan buka lembaran baru agar hidup ini lebih indah
serta tidak lagi dibayangi masa-masa lepas yang suram..
No comments:
Post a Comment