Wednesday 17 June 2015

Hari Ini Kita Punya


Dah last sem ni, terasa nak membusykan diri dengan aktiviti yang ada dalam kampus ni. Kebetulan pulak, Fakulti [erladangan dan Agroteknologi (FPA) telah mengadakan satu program "Hari Ini Kita Punya" untuk students degree kampus Jasin. 
Tujuan program ni untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara kitorang. yang mana pasrt 6 boleh la kenal-kenal dengan junior. Untuk program ni, siang kami bersukan dan malamnya solat hajat, bacaan yassin,tazkirah sambutan puaa and bbq time..
Antara sukan yang ada hari tu explorace, bola jaring, bola sepak, bola tapar, takraw and sukaneka. Saya awal-awal lagi dah booking nama untuk masuk explorace. Sebab apa saya nak masuk explorace? sebabnya saya nak explore satu uitm ni. Mana la tahu ada lagi tempat saya tak explore dalam uitm ni. So, masa ni lah saya nak keliling 1 kampus tanpa kenderaan dengan kawan-kawan.
Untuk explorace, 1 part mesti hantar 2 group je dan setiap group ada 5 orang. Total, ada 10 group.. Untuk team saya, as usual, 3 org gadis dari pantai timur, (saya, atika and tamtini)dan 2 jejaka segak, ( husaini and syukri). Untuk team 1 lagi, sama jugak 3 perempuan and 2 lelaki. (hazim, hafiz, uyun, hajar and yana). haa, sebelum terlupa, manager untuk explorace game, seorang lelaki bergaya, hasif bin murad.

Untuk explorace kali ni, ada 11 check point semuanya. Then, kami diberikan 1 batang lilin and sekeping biskut sebagai barang amanah. Kami terfikir jugak, kenapa bagi lilin kan. Actually, lilin tu digunakan after complete a task di setiap check point. After finished a task, kami akan diberikan 1 kertas yang ditulis next destination menggunakan lilin. Bila diaorang guna lilin tulis tempat tu, confirm la tak nampak kan. So, kitorang kena nyalakan lilin tu and layur kertas tu atas api. Barulah nampak kat mana tempat sebenar yang perlu dituju. Disebabkan saya rajin, saya nak ceritakan semua tugasan yang kami perlu lakukan di setiap check point.

Check point 1
kami diberikan satu paper yang ada banyak huruf and kena cari 30 perkataan dalam tu. bila dah dapat semua, baru la dia akan bagi kertas yeng tertulis kemana tempat yag kita perlu tuju seterusnya.
(Location: Bengkel ladang)

Check point 2
Kami diberikan 1 plastik gelang getah and perlu buat tali skipping tu mengikut kreativiti masing-masing.  Getah tu perlu dihabiskan tau and perlukan 3 orang sahaja untuk sompletekan task ni. After  siap, kami bertiga perlu melompat macam main tali skipping tu bertiga serentak sebanyak 20 kali tanpa henti. Kalau berhenti, kena ulang balik. Faham tak? hehe.. Maksudnya, orang yang belah kanan kena pegang tali belah kanan menggunakan tangan kanan dia, orang belah kiri kena pegang tali belah kiri menggunakan tangan kiri dia and orang kat tengah tak perlu pegang apa-apa. So, yang tengah just melompat and orang belah kanan and kiri kena melompat kat dalam tu sambil pusing tali getah tu.
(Location: Bengkel pertanian)

 Check point 3
Kami perlu cari 4 jenis weed yang berbeza. Ingatkan takde dah cari-cari weeds ni. Rupanya ada lagi. huhuhu.. Dari Bengkel pertanian, kena liri ke blok kuliah tingkat 5. Lepastu turun balik untuk cari weed. Then, naik balik ke tingkat 5.Fuhhh!!!
(Location: Blok kuliah tingkat 5)

Check point 4
Dari blok kuliah, kami perlu ke kafe kolej pulak. Task kat sini mkan dan minum. Untuk makan, kami perlu pilih nombor untuk tahu lauk sandwich yang perlu dimakan. Setiap orang kena pilih 2 nombor and setiap nombor tu berbeza lauk. Macam saya, saya terkena petai and bawang. So, lauk sandwich saya tu petai and bawang je. Nasib baik untuk task kali ni boleh tukar lauk dengan partner. Dah la saya tak makan petai. Kesudahannya, kitorang buat pertukaran lauk sesama ahli group..hehehe. Untuk air pulak, perlu pilih nombor jugak. Air mineral dan serbuk kopi digunakan sebagai bancuhan untuk air kitorang. Macam saya, saya terpilih no 5. then, air saya tu akan diletakkan 5 sudu kopi. Ni kira nasib la. Kalau dapat no 1, 1 sudu kopi akan dimasukkan dalam air kita tu. 
(Location: Kafe kolej)

Check point 5
Kami kena pegang belon menggunakan tali dan berjalan 20 langkah and pusing balik. Dalam belon tu ada air. Kalau jatuh, kena ulang balik. Belon tu tak boleh pegang tau. dia akan bagi 4 tali sepanjang 3 jengkal. So, pandai-pandai la fikir macam mana  nak buat bagi tak jatuh.
(Location : Blok c)

Check point 6
Kami perlu ambik and pegang katak hidup dalam kotak and berlari keliling tasik and cari nombor kumpulan kita yang telah diletakkan dalam kotak di tepi tasik. Untuk task ni, 4 orang diperlukan. Kebetulan pulak dalam team saya ada sorang yang takut katak. So, dia terselamat lah..hehehe.. Actually, saya pun sebenarnya 1 st time pegang katak time tu.
(Loation : Tasik UiTM)

Check point 7
Kami diberikan 2 biji guli seorang. So, total untuk setiap team akan dapat 10 biji guli. Then, wakil seorang dari setiap group perlu keluarkan guli yang ada dalam petak yang telah disediakan dengan jarak yang jauh.
(Location : Pejabat pentadbiran)

Check point 8
Untuk task kali ni, kami perlukan 3 orang, setiap orang diberikan 3 batang lidi macam lidi satay tu. lepas tu kena ambik gelang getah dalam bekas yang mengandungi ulat menggunakan lidi yang dah diberikan tadi. Lidi tu pulak bukan pegang dengan tangan ae, kena gigit dengan mulut. Perlukan mouth strength kat sini. Lepas dapat getah tu, kena letak kat dalam bekas yang telah disediakan. Bekas tu pulak bukan dekat dengan tempat ulat tu, kena berjalan ke belakang untuk letak dalam bekas tu. Sebanyak 3 getah yang perlu diambil.
(Location : Blok C)

Check point 9
Seorang perlu ditutup mata dan seorang perlu memberi arahan supaya orang yang ditutup mata tu dapat sampai ke tempat yang dituju.
(Location : Green House)

Check point 10
Kami perlu cari 4 ekor insects yang berlainan order. Fuh, nasib baik kali ni insects tengah membiak di kawasan uitm ni. So, senang la nak cari. 
(Location : Blok C)

Check point 11
Kami perlu mencari bendera kecik yang ada tertulis "Hari Ini Kita Punya" sebanyak 5 helai. Untuk task kali ni tersangat senang sebab kami dah kutip awal-awal lagi bendera tu.. hahahhaa.. 
(Location: Bengkel ladang)

Untuk game kali ni, tersangat penat. Yang dah lama tak berlari ni, tiba-tiba kena berlari. Yang tak pernah pegang katak, terpaksa pegang katak. Tapi, ianya berbaloi sebab kami juara untuk game explorace ni!!!! Thanks for my team members for our cooperation :-)

IT'S LAST EVENT FOR THIS SEMESTER BEFORE RAMADHAN AND BEFORE END OUR SEMESTER!

KIPIDAPPPP GENG!!!

No comments:

Post a Comment