Thursday 18 June 2015

Ramadhan menjelma (1436 H)



Alhamdulillah.. 1 Ramadhan 1436 H/ 18 June 2015 menjelma. Sekali lagi, saya memulakan puasa sebagai anak perantau. Dah 7 tahun berpuasa di negeri orang, rindunya nak bersahur and berbuka puasa dengan family di kampung. Tahun ni, berpuasa sebagai anak perantau di Kampung Sri Mendapat, Jasin Melaka. InsyaAllah 3 hari sebelum raya saya balik kampung.
Perkara yang paling ketara di bulan ramadhan ni, waktu petang, bazar memang penuh. Waktu malam pulak Alhamdulillah, masjid pun penuh. 
Ramadhan tahun ni jatuh dalam final exam yang last bagi saya sebagai degree student. Harap saya dapat buat yang terbaik untuk final exam kali ni.
Ingatlah, dalam bulan Ramadhan ni ada 1 malam yang nilainya sama macam seribu malam iaitu malam LAILATUL QADAR. Kita sebagai umat Nabi Muhammad yang umurya tak panjang sama macam umat-umat terdahulu. So, marilah kita berlumba untuk mencari malam lailatul qadar ini. Hidupkanlah sepertiga malam untuk memohon keampunan dan mencari keredhaanNya, Sesungguhnya, di bulan Ramadhan yang mulia ini, Allah menutup puintu nerakan dan membuka pintu syurga seluas-luasnya. Oleh itu, malulah untuk buat kejahatan kerana Allah sangat menyayangi hamba-hambaNya.
Entry kali  ni saya nak share niat solat terawikh. Mana la tau ada yang terlupa kan. Maklum lah, solat terawikh ni sebulan je dalam setahun. :-)


Kalau kat sekolah dulu, tadarus Al-Quran adala perkra wajib yang students perlu completekan. So, untuk khatamkan al-Quran ni, kena ada strategi. Untuk entry kali ni jugak, saya nak share cara khatamkan Al-Quran sekali dalam sebulan.



MARHABAN YA RAMADHAN...
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA...
BERSIHKAN HATI, IKHLASKAN HATI...
SEMOGA AMALAN KITA DITERIMA OLEH ALLAH SWT...






No comments:

Post a Comment