Thursday 15 February 2018

KEK COKLAT CINTA ABG SYG

Hari ni fitrah merajinkan diri untuk buat kek coklat lembap. Kenapa nama kek coklat ni 'cinta abg sayang'? Sebabnya,kek ni fitrah buat khas untuk en husband yang tercinta. Hahaha

Nak makan terus lepas siap boleh,nak letak dalam peti ais dulu pun boleh.. yummy! 😀

Monday 5 February 2018

PULUT DURIAN

Apa yang specialnya pulut durian ni? Yang teramat special adalah durian ni. Kenapa dengan durian? Harga sebiji durian yang fitrah makan dengan pulut ni rm65 hinggit sebijik. Bapak mahal.
Masa mengandung hari tu, bagitau husband nak makan durian. Husband pujuk suruh makan lepas bersalin sebab durian ni panas.
As a wife, fitrah ikut la cakap husband.
Masa berpantang, husband bagitau makan durian masa. Perghhh, terus teringat pasal durian. Husband cakap tunggu datang selangor dulu nanti husband belikan durian untuk fitrah. Masa tu fitrah duk berpantang kat kampung lagi.
Now,dah ada kat selangor dah. Husband kotakan janji nak beli durian. Nahh ambik harga durian tu. Cakap kat husband kenapa beli jugak mahal-mahal. Beli la lain kali. Husband cakap "hari tu kan abg kan dah janji nak beli bila datang sini. Abg beli la". Aduuuuu.. love u la husband  hehe..
Petang tu jugak husband kopek durian tu. Makan 2 3 ulas je. Esoknya fitrah buat pulut durian.. puas hatu dapat makan.. alhamdulillah. Dapat jugak makan. Lama tu nak ke dapat makan. Dari sebelum bersalin..hahahaa....
Ni fitrah sertakan sekali cara nak buat pulut durian.

Bahan:
1 cawan beras pulut
1 cawan air
Santan
Secubit garam
Gula melaka
Durian

Cara:
1. Basuh beras pulut dan letak secawan air dan secubit garam. (Fitrah guna rice cooker je.senang). Bila dah masak, kaup balikkan pulut tu dan tekan sekali lagi.
2. Masukkan santan dalam periuk dan letak secubit garam. Kacau dengan menggunakan api yang kecik. Masak 5 minit je nanti keluar minyak pulan santan tu.
3. Ricikkan gula melaka

Lepas siap semua tu,boleh la makan 😀

Sunday 4 February 2018

ANUGERAH TERINDAH

Bulan mac 2017, fitrah disahkan mengandung. Alhamdulillah. Syukur sangat. Masa ni fitrah keje lagi dan still pjj dengan husband. Bulan jun, fitrah berhenti keje dan menetap dengan husband di selangor.
Masa kandungun mencecah 6 bulan, masa scan doctor cakap anak dalam perut songsang. Terus tanya doctor ada kemungkinan akan berpusing balik ke tak. Doctor cakap baby biasanya memang akan berpusing masa dalam perut. Hati dah lega bila doctor cakap macam tu.
Masuk 7 bulan, masa checkup kat klinik kesihatan, nurse cakap rahim fitrah kecik. Kena rujuk ke hospital kelana jaya. Lepas check kat klinik, fitrah dengan husband terus gi hospital untuk check dengan doctor pulak.
Bila doctor check,doctor cakap takde masalah. Rahim kecik sebab perut fitrah kecik. Almaklumlah, fitrah sendiri pun kurus. Time mengandung tak sampai 10kg pun naik.huhu..
Masuk minggu ke 35, ni last check kat klinik sini sebab lagi 2 hari nak balik kampung dah. Due date 19 disember 2017. Sempat la rehat kat kampung dulu. Nak bersalin dan berpantang kat rumah mak ayah.
Then, nurse bagi ubat dan bagitau baby dah tak songsang. So,fitrah balik kampung dengan happy tanpa risau fikir anak songsang. Hihihi..
15 nov 2017 fitrah dan husband balik kampung. Husband cuti seminggu. Balik kampung huaband kat bachok dulu. 18 nov balik kampung fitrah kat dungun pulak.
Sampai kat dungun,lepas isyak,18 nov. Then,bermulalah detik-detik yang tak dapat dilupakan.
Masa tidur 18 nov tu,tiba-tiba air ketuban pecah. Bagitau mak. Mak tanya sakit ke tak. Fitrah cakap tak sakit. Lepas tu mak kata tgu pagi esok baru gi hospital. Fitrah dengan husband ok jela. Mak kan lagi beroengalaman. Hihi..Lagi pulak memang takde rasa sakit apa pun.
Lepas subuh 19 nov, keluar lagi air ketuban. Masa nak breakfast,mak tanya ada rasa sajit ke tak. Fitrah cakap tak rasa sakit oun tapi ada keluar lendir campur darah sikit. Mak cakap tanda nak beranak dah tu. Terus fitrah fikir,takkan nak bersalin dah kot. Due date lagi sebulan.
Lepas breakfast, perut fitrah rasa mengeras. Mak suruh bersiap nak gi hospital dungun. Tapi fitrah kata rasa sakit sikit je ni. Lepas asar la kita gi hospital..
Dalam pukul 10 lebih perut fitrah rasa makin sakit. Terus ajak husband dengan mak gi hospital dungun.
Sampai kat hospital dungun, doctor check bukaan dah 5cm lepas tu bagitau kaki anak kat bawah.
Aiyakkk. Terus fitrah cuak. Last check kat klinik hari tu nurse cakap dah tak songsang. Doctor cakap kena ceaser sebab anak songsang. Tapi kena buat kat hospital sultanah nur zahirah kuala terengganu (hsnz). Lepas tu doctor panggil husband untuk sign borang kebenaran ceaser.
Pukul 11 lebih fitrah diangkut kat dalam ambulans dab terus dibawak ke hsnz. Husband dengan mak follow ikut belakang dengan kereta.
Masa dalam ambulans tu, ya Allah.. terasa mengeras je perut. Mungkin tu yang namanya contraction kot. Dan tiba-tiba fitrah rasa ada keluar something kat bawah. Lepas tu siren ambulans senyap. Bermakna,ambulans dah dalam area hospital.
Bila dah sampai,fitrah terus ditolak masuk bilik untuk bersalin. Tapi bukan labour room tau sebab keadaan fitrah dah kecemasan. Labour room kat tingkat 6. Tak sempat dah weiii. Tak ingat dah nama bilik tu. Husband dengan mak tak sampai lagi masa tu.
Masuk je bilik tu, nurse pakaikan apa entah kat perut untuk ceaser. Tiba-tiba doctor cakap tak perlu ceaser sebab kaki baby dah keluar. Rupanya yang fitrah rasa keluar something masa dalam ambulans tu, kaki baby daaaa.
Terus doctor suruh fitrah push. Detik 12.10 tengahari,lahirlah anak sulung fitrah yang diberi nama Muhammad Aqif.
Alhamdulillah. Bertambah umat Nabi Muhammad SAW.
Lepas tu,nurse panggil husband masuk untuk azankan anak.
Dengar husband azan,syahdunya masa tu. Menitik air mata kegembiraan. 😀

KEK BATIK MILO

Kali ni nak share resepi kek batik milo pulak.
Biasa ramai letak serbuk koko kan. Tapi fitrah tak letak serbuk koko sebab takde kat rumah.. hikhikhik.
Tapi jadi jugak tau kek batik ni. Asalkan cukup bahan ok la..

Bahan:
1 cawan Milo
1/2 cawan butter (tak kisah la jenama apa pun ek)
1/2 cawan susu pekat (kalau suka manis,boleh tambah lagi)
1/2 cawan air
Biskut marie (patahkan 4)

Cara:
1. Letak kuali atas dapur deangan api yang kecik. Nak guna periuk pun boleh. Ikut keselesaan la ye.
2. Cair kan butter
3. Masukkan milo dan susu pekat. Kacau hingga sebati.
5. Masukkan air dan kacau hingga naik buih sikit. Lepastu padamkan api.
6. Letakkan biskut marie. Letak biskut sampai semua kena dengan adunan yang dimasak tadi. Kacau dengan senduk biar semua rata.lagi banyak biskut lagi best.
7. Masukkan dalam bekas dan mampatkan.
8. Masukkan dalam peti sejuk semalaman.
9. Bila dah sejuk, boleh la potong dan makan..

TIRAMISU KASTARD

Tetibe rasa nak makan manis. Fitrah ni mmg gemar mknan manis. Harap-harap takde kencing manis la sampai ke tua nanti..
Dengan barang yang ada kat dapur, dapat la buat tiramisu ni. Senang je cara nak buat sebab barang yang nak guna pun memang dah ada kat dapur..
Meh fitrah share resepi.. fitrah guna sukatan cawak yang masak nasi tu. Alaaa, kalau beli rice cooker kan memang akan dapat cawan warna putih tu untuk sukat beras. Cawan tu la fitrah guna sebab fitrah dengan husband je pun nak makan. Hahahaha...Ni pun dapat 3 bekas besar..

Bahan:
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
2 sudu besar gula (kalau nak manis tambah la lagi ye)
5 sudu besar tepung kastard
Secubit garam
5 cawan air
Biskut marie
Milo

Cara:
1. Letak semua bahan kat atas kecuali milo dan biskut marie dalam periuk.
2. Kacau semuanya hingga sebati.
3. Letak periuk atas api yang kecil.
4. Kacau hingga adunan pekat.
5. Bila dah pekat,padamkan api.
6. Letakkan adunan kastard tadi dalam bekas.
   ☆ letak adunan kastard pastu ratakan.
   ☆ letak biskut marie yang dah dipatahkan.
   ☆ letak milo.
   ☆ letak adunan kastard.
   ☆ last skali tabur milo.
Milo tu kalau letak banyak lagi sodapppp.. dah siap,letak dalam peti ais. Makan sejuk-sejuk la baru best.. yummy!

MALAM RAYA AIDILADHA

Malam raya aidiladha korang buat apa? Memandangkan Fitrah x balik kampung sebab husband keje,kami jenjalan la malam raya ni. Husband tanya nak gi mana? Fitrah pilih nak ke putrajaya. Saja nak tengok kemeriahan malam raya..hihi
Ingatkan jalan clear. Takdenye clear. Sama je macam hari-hari biasa. Sampai kat putrajaya,penuh dengan orang. Macam pesta pun ader..huhu
Ramai family bawak anak-anak diorang kat sini. Dari yang baby sampai la yg besar.
Fitrah pun bawak baby jugak. Baby 6 bulan dalam perut.hahaha
Seronok jugak duduk sini ramai-ramai. Siang keje,malam boleh buat tempat beriadah kat sini 😀