Sunday 4 February 2018

ANUGERAH TERINDAH

Bulan mac 2017, fitrah disahkan mengandung. Alhamdulillah. Syukur sangat. Masa ni fitrah keje lagi dan still pjj dengan husband. Bulan jun, fitrah berhenti keje dan menetap dengan husband di selangor.
Masa kandungun mencecah 6 bulan, masa scan doctor cakap anak dalam perut songsang. Terus tanya doctor ada kemungkinan akan berpusing balik ke tak. Doctor cakap baby biasanya memang akan berpusing masa dalam perut. Hati dah lega bila doctor cakap macam tu.
Masuk 7 bulan, masa checkup kat klinik kesihatan, nurse cakap rahim fitrah kecik. Kena rujuk ke hospital kelana jaya. Lepas check kat klinik, fitrah dengan husband terus gi hospital untuk check dengan doctor pulak.
Bila doctor check,doctor cakap takde masalah. Rahim kecik sebab perut fitrah kecik. Almaklumlah, fitrah sendiri pun kurus. Time mengandung tak sampai 10kg pun naik.huhu..
Masuk minggu ke 35, ni last check kat klinik sini sebab lagi 2 hari nak balik kampung dah. Due date 19 disember 2017. Sempat la rehat kat kampung dulu. Nak bersalin dan berpantang kat rumah mak ayah.
Then, nurse bagi ubat dan bagitau baby dah tak songsang. So,fitrah balik kampung dengan happy tanpa risau fikir anak songsang. Hihihi..
15 nov 2017 fitrah dan husband balik kampung. Husband cuti seminggu. Balik kampung huaband kat bachok dulu. 18 nov balik kampung fitrah kat dungun pulak.
Sampai kat dungun,lepas isyak,18 nov. Then,bermulalah detik-detik yang tak dapat dilupakan.
Masa tidur 18 nov tu,tiba-tiba air ketuban pecah. Bagitau mak. Mak tanya sakit ke tak. Fitrah cakap tak sakit. Lepas tu mak kata tgu pagi esok baru gi hospital. Fitrah dengan husband ok jela. Mak kan lagi beroengalaman. Hihi..Lagi pulak memang takde rasa sakit apa pun.
Lepas subuh 19 nov, keluar lagi air ketuban. Masa nak breakfast,mak tanya ada rasa sajit ke tak. Fitrah cakap tak rasa sakit oun tapi ada keluar lendir campur darah sikit. Mak cakap tanda nak beranak dah tu. Terus fitrah fikir,takkan nak bersalin dah kot. Due date lagi sebulan.
Lepas breakfast, perut fitrah rasa mengeras. Mak suruh bersiap nak gi hospital dungun. Tapi fitrah kata rasa sakit sikit je ni. Lepas asar la kita gi hospital..
Dalam pukul 10 lebih perut fitrah rasa makin sakit. Terus ajak husband dengan mak gi hospital dungun.
Sampai kat hospital dungun, doctor check bukaan dah 5cm lepas tu bagitau kaki anak kat bawah.
Aiyakkk. Terus fitrah cuak. Last check kat klinik hari tu nurse cakap dah tak songsang. Doctor cakap kena ceaser sebab anak songsang. Tapi kena buat kat hospital sultanah nur zahirah kuala terengganu (hsnz). Lepas tu doctor panggil husband untuk sign borang kebenaran ceaser.
Pukul 11 lebih fitrah diangkut kat dalam ambulans dab terus dibawak ke hsnz. Husband dengan mak follow ikut belakang dengan kereta.
Masa dalam ambulans tu, ya Allah.. terasa mengeras je perut. Mungkin tu yang namanya contraction kot. Dan tiba-tiba fitrah rasa ada keluar something kat bawah. Lepas tu siren ambulans senyap. Bermakna,ambulans dah dalam area hospital.
Bila dah sampai,fitrah terus ditolak masuk bilik untuk bersalin. Tapi bukan labour room tau sebab keadaan fitrah dah kecemasan. Labour room kat tingkat 6. Tak sempat dah weiii. Tak ingat dah nama bilik tu. Husband dengan mak tak sampai lagi masa tu.
Masuk je bilik tu, nurse pakaikan apa entah kat perut untuk ceaser. Tiba-tiba doctor cakap tak perlu ceaser sebab kaki baby dah keluar. Rupanya yang fitrah rasa keluar something masa dalam ambulans tu, kaki baby daaaa.
Terus doctor suruh fitrah push. Detik 12.10 tengahari,lahirlah anak sulung fitrah yang diberi nama Muhammad Aqif.
Alhamdulillah. Bertambah umat Nabi Muhammad SAW.
Lepas tu,nurse panggil husband masuk untuk azankan anak.
Dengar husband azan,syahdunya masa tu. Menitik air mata kegembiraan. 😀

No comments:

Post a Comment