Saturday 22 November 2014

Pisang Kaki


Entri kali ni pasal buah yang tak pernah saya makan. Buah ni first time saya makan n first time tgok buah ni kat Melaka. 


Nama buah ni pisang kaki. saya pun pelik kanapa nama buah ni pisang kaki. Kalau tengok buah ni, tak de kena mengena dengan buah pisang pun.. Kawan saya la promote suruh beli masa kat pasar malam. Dia cakap sedap, tapi saya tak beli jugak. Last-last dia yang beli lepas tu dia share dengan saya...Hehehehehe..



 Haa... ni la rupa isi pisang kaki tu.. Memang betul la kawan saya cakap, memang sedap buah ni. Isi dia rasa macam buah ciku pun ada tapi yang ni lagi best.
Rasa lemak, rasa manis, yang penting memang sedap la.. Harga tak mahal pun. Yang kawan saya beli ni 6biji RM2 je..Sesiapa yang tak rasa lagi tu, boleh la try beli dan rasa.  Tak kan mengecewakan la. Gerenti 100%... :-)


Monday 17 November 2014

Hari Konvokesyen

 
     Angah dan ayah...




Sekarang dah musim konvokesyen untuk UiTM. Bila ingat balik, seronoknya hari konvokesyen ni. Dapat jumpa balik kawan-kawan, kat sini jugak dapat lihat riak kegembiraan mak ayah kita.


Pejam celik, pejam celik, dah 2 tahun zaman diploma berlalu. Dari Disember 2009 hinggalah April 2014 saya dah berjuang di UiTM Jengka Pahang untuk mendapatkan segulung diploma dalam Diploma in Planting Industry Management.


Saya konvo kat Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) di UiTM Shah Alam. Time konvokesyen ni, ayah dan Angah saya je yang datang. Mak tak dapat datang sebab mak tak dapat cuti. So, dari Dungun ke Shah Alam, saya berdua jela dengan ayah lepas tu singgah kat rumah sepupu di Shah Alam. Petang esoknya terus pergi UiTM Shah Alam sebabnya sidang konvokesyen saya waktu petang. Kebetulan pulak, Angah saya memang study kat UiTM Shah Alam masa tu. So, habis kelas, dia datang terus kat DATC.


Masa konvo ni, ni la first time saya tengok keadaan konvokesyen sebenar sebab time konvokesyen Along dan Angah saya, saya tak pergi pun. Bila dah sampai kat DATC tu, ramai sangat orang. Gerai yang jual bunga pun banyak. Masa tu saya dengan ayah je. Saya dengan ayah jalan-jalan dulu kat gerai-gerai yang ada sebelum saya kena baratur untuk masuk dewan. Tapi tak terdetik pun nak dapat bunga sebab tengok harga mahal sangat. Lagi pulak tu bunga fresh,mesti tak tahan lama. Kalau dah sejambak tu RM60, bagi saya baik gantikan dengan makanan or pakaian.. Saya datang konvo sebab nak ambil sijil diploma saya tu. Bukan nak bunga. Lagi pulak, saya tak nak ayah bazirkan duit..Hehehehe... Tapi rupanya ayah saya fikir lain. Ni dialog antara saya dan ayah masa lalu kat gerai-gerai tu...


Ayah : Lawa bunga-bunga ni. Irah nak bunga? nanti ayah belikan.
Saya : Tak payah la ayah. Mahal bunga-bunga ni. Tak tahan lama jugak. Membazir je beli.
Ayah : Ala, tak apa, sekali sekala apa slahnya. Untuk bergambar buat kenangan.
Saya : Kita bergambar je lepas Irah keluar dewan nanti ayah. Kenangan jugak tu.
Ayah : Ye ke.. Betul tak nak ni? Ayah tengok kawan-kawan Irah semua dapaat bunga.
Saya : Betul. Biarlah ayah. Irah tak nak bunga tu. Kita bergambar je nanti. ( Sambil senyum, saya tengok ayah)
Ayah : Yela. ( Sambil tengok saya dan senyum)


Ayah masuk dulu dalam dewan tu, lepastu baru la saya dan kawan-kawan masuk. Kalau korang ingat lagi time konvokesyen, masa jejak masuk je dalam dewan tu, dengan iringan muzik, mesti berbunga-bunga hati time tu kan. Lepastu nyanyi lagu Negaraku, lagu Wawasan Setia Warga dan lagu UiTM Dihatiku.


Sampai masa yang ditunggu-tunggu, nama saya dipanggil untuk naik ke pentas. Sangat gembira time tu. Dan saya dapat rasakan, ayah saya yang berada dalam dewan tu pun gembira..

 

Bila keluar dewan tu, rupa-rupanya ayah dan Angah dah tunggu dengan bunga. Ya Allah,  terkejut pun ada. Padahal dah pesan dah kat ayah tak payah beli bunga. Ayah....ayah.... Terima kasih ayah, Angah... :-)


Untuk ayah, emak, adik beradik, pensyarah, kawan-kawan dan semua lah, terima kasih sebab bagi dorongan sampai saya dapau memegang segulung diploma. InsyaAllah tahun 2015 nanti, sekali lagi saya akan menghadiri konvokesyen untuk mengambil segulung ijazah..



Ha, nilah kawan rapat saya masa kat UiTM Jengka. kitorg selalu satu group untuk buat assignment..[ Dari kiri : Nuratiqah Binti Othman (IQA), Nur Zafirah Binti Abd Halim (ZA), Nur Fitrah Aqilah Binti Abd Pahmy (FITRAH) ]

Sunday 16 November 2014

Gadis berkaca mata

                     


Kategori cacat ke kalau pakai cermin mata ni? Rabun je larrr.... Bukan kita yang minta untuk rabun ni, tapi kadang-kadang kita tak sedar, disebabkan kita yang tak jaga attitude la yang boleh sebabkan kita pakai cermin mata. Attitude apa? contohnye,tengok tv dekat-dekat, selalu tengok skrin computer, baca dalam gelap.. So, sesiapa yang tak rabun lagi tu, jaga lah mata tu ye. Jangan sampai rabun.


Bila ada yang tanya saya, best ke pakai cermin mata ni? Jawapan saya, sangat tak best. Cerewet. Bila nak buat krja, cermin mata mesti kena ada, kalau tak, memang tak jalan la kerja tu. Kalau boleh taknak pakai langsung cermin mata ni biar dapat tengok terang-terang dalam jarak yang jauh. Namun apakah daya, cermin mata dan diriku ini tak dapat dipisahkan. Hahahahaaa.. Saya akan tanggalkan cemin mata ni time masuk bilik air and time tidur je. Masa-masa lain, memang akan sentiasa la cermin mata ni akan melekat di mata saya ni.


Lebih-lebih lagi bila perlu kena redah hujan. Pernah sekali tu time nak balik rumah. Dah la time tu naik motor. Hujan lebat pulak. Tunggu punya tunggu, macam takde tanda-tanda nak berhenti pun hujan tu. Saya redah jela hujan tu, sangat susah nak tengok jalan. Nak tau macam mana keadaan vision saya time tu, sama macam dalam gambar kat atas tu. Sebijik.
 Langsung x clear.


Ada yang cadangkan supaya pakai contact lens. Saya dah pernah pakai contact lens ni tapi cuma sebulan je. Lepas tu tak beli dah sebab rupa-rupanye pakai contact lens lagi cerewet rupanye. Perlu ambik masa untuk pakai. Kena jaga elok-elok. Time nak tidur kena tanggalkan dulu. Sangat memenatkan. Saya rela pakai cermin mata lagi dari pakai contact lens ni. Kalau tertidur sambil pakai contact lens, mata akan lagi rosak. Kalau tertidur pakai cermin mata, mata tak rosak. Kalau rosak pun, cermin mata je.. Mana yang lagi penting antara mata and cermin mata? 


Friday 7 November 2014

Mengenangkan Dosa-dosa Yang Lalu


Ketika hati ini sedang bergelora. Ketika diri ini rasa menyesal dan kecewa mengenangkan dosa-dosa yag telah dilakukan dan merasa tiada harapan lagi untuk bersihkan diri ini. Harus di ingat, Allah SWT itu ada.. Allah itu Maha Besar, Allah itu Maha Mengetahui, Alllah itu Maha Berkuasa..

Tiada perantaraan diantara manusia dan Allah. Tidak ada halangan untuk kita berhubung dengan Allah dan untuk kembali pada Allah samaada bangsa apa pun kita ni, keturunan apa pun kita ni,bila-bila masa pun dan dimana pun kita berada. Allah Maha Mengetahui,Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang terhadap hamba-hambaNya.

Apabila kita tiada empat untuk mengadu dan melepaskan rasa apabila hati sedang resah dan bergelora, sujud lah kepada Allah. Bertaubat la kepada Allah. Minta keampunan daripadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun.

Firman Allah SWT : Katakanlah (wahai Muhammad) : "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri ( dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa, sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. ( Az-Zumar 39:53) 

Wahai sahabat, selagi nyawa belum ditarik, selagi matahati belum muncul dari sebelah barat, pintu taubat terbuka luas. Jangan lengahkan masa untuk bertaubat. Perasan tak, kenapa Allah masih hidupkan kita pada hari ini? Sahabatku, Allah masih menyayangi kita, Allah masih memberi peluang kepada kita untuk bertaubat. Sebab itu lah kita masih hidup sampai sekarang. Teruslah mengharap dengan Allah. Berhubung la dengan Allah. Minta lah keampunan dariNya. InsyaAllah akan diperkenankan. Sahabat, iblis pun pernah minta dengan Allah untuk dipanjangkan usia sehingga kiamat dan Alllah perkenankan permintaan iblis tu padahal iblis telah menderhaka kepada Allah kerana enggan sujud kepada Nabi Adam. Takkkan kita sebagai hamba yang selalu solat, Allah tak beri apa yang kita minta.

Sahabat, Yakinlah dengan Tuhan kita, Allah SWT dan bersyukurlah.. Teruslah berdoa kepada Allah. Ingat tak kesusahan yang kita alami sebelum ni? yang kita fikir kita tak dapat hadapinya? Tapi terfikir kah kita di saat ini? dah berapa banyak kesusahan yang telah kita rentasi dan kita pun mungkin dah lupakan sebahagian doa yang telah kita minta pada Allah unruk merentasi masalah-masalah tersebut.

SELAGI NYAWA DIKANDUNG BADAN,SELAGI DIBERI AKAL UNTUK BERFIKIR, PELUANG UNTUK KEMBALI PADA ALLAH TIDAK PERNAH TERTUTUP......... :-)

Wallahhu'alam....


Kelebihan Surah Al-Kahfi




Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat”

Surah Al-Kahfi adalah surah yamg ke-18 yang mengandungi 110 ayat..


Kebiasaannya, Surah Al-Kahfi dibacakan setiap hari Jumaat. Tak salah pun luangkan masa sekejap untuk baca surah al-kahfi ni.. Tak sampai setengah jam pun.. Lepas subuh, bleh trus baca :-)


Lagi antara kelebihan baca surah Al-Kahf ni ialah:


1.Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu beliau berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAH terangi ia dengan cahaya di antara dua Jumaat.”  (HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani)


2.  Daripada Ali yang meriwayatkan daripada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar Dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya.” (Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)


3.  Daripada Abu al-Darda’ bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal.” (HR Muslim 809)

Wallah hu' alam... 

Tuesday 4 November 2014

I'm Super Woman


Dalam kehidupan, mesti ada pasang surutnya.. Kehidupan kita ibarat roda, sekejap kita kat atas dan sekejap kita kat bawah dan begitulah seterusnya.. Oleh itu, kita harus kuat untuk meneruskan hidup dengan mengikut apa yang diperintahkan oleh Alllah SWT dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah SWT.

Kita sebagai manusia, sebagai hamba Allah SWT,kita kena berpada-pada dalam kehidupan ini. Ingat,semua yang terjadi dalam hidup kita ni semuanya ketentuan Allah. Apabila kita berada di atas, di puncak kejayaan, jangan lah kita bongkak. Jangan kita sombong dengan orang yang di bawah kita. Mungkin kita tidak tahu ada diantara orang yang kat bawah tu lah yang sering mendoakan kejayaan kita. Selalulah bersyukur kepada Alllah SWT.

 Apabila kita di bawah pula, jangan sekali-kali kita memarahi nasib diri kerana apabila kita berbuat demikian, secara tidak langsung, kita telah memarahi Allah yang telah menciptakan kita.. Apabila kita ditimpa musibah, ditimpa ujian, kita harus ingat, kita masih ada Allah. Kita masih ada tempat bergantung dan mengadu nasib pada Allah. 
Wahai sahabat, ingat, Allah Maha Penyayang. Allah tidak akan memberi ujian kepada hamba-hambanya diluar kemampuan mereka... "Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan" (As-Syarh:5).

Allah Maha Besar.. Allah Maha Mengetahui.. Kita sebagai hambaNya, harus bersabar dari ujian tersebut. Harus kita ingat, manusia yang diberikan ujian oleh Allah adalah Manusia yang terpilih.. Allah masih sayangkan kita. Sebab tu lah Allah memberi ujian kepada kita.. Sama juga macam emak dan ayah kita. Selagi mereka menegur kesilapan kita, maknanya mereka masih menyayangi kita smua. Tapi, apabila satu hari kita membuat kesilapan dan tiada teguran daripada emak dan ayah kita, mungkin disaat itu kasih sayang mereka kepada kita sudah berkurang. Mungkin mereka dah puas menasihati kita dan dah tak nak ambik tahu lagi tentang apa yang kita buat sama ada ianya untuk kebaikan atau keburukan.

Wahai hati, janganlah bersedih... "Hasbunalllah  wanikmal wakil, nikmal maula wa nikman nasir" - Cukuplah Alllah sebagai penolong dan sebaik-baik pelindung...

SABARLAH WAHAI HATI...
KUATLAH WAHAI HATI...
TERUSKAN KEHIDUPAN MENGIKUT SYARIAT...
JANGAN MATIKAN SENYUMANMU DENGAN UJIAN YANG DIHADAPI INI..
JADILAH SUPER MAN / SUPER WOMEN FOR YOURSELF... :-)