Wednesday 18 March 2015

Teresek


Apa itu teresek? Teresek ni sejenis lauk yang berunsurkan ayam. Saya pun baru makan teresek ni.. Housemate saya merangkap kawan baik saya, Nuratika la yang ajar masak teresek ni... Best sangat.... Senang je cara nak buat lauk ni.. Jom kita pakat try buat ae...


Bahan-bahan:

1/4 ayam (dipotong kecil)
Sekotak santan kecil
5 kacang panjang
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Cili kering (4 biji)
Kunyit hidup (sebesar ibu jari) / 1 camca kunyit powder
Lengkuas (sebesar jari kelingking)
Serbuk kari (1 sudu besar)
Garam secukup rasa
Minyak

Cara-cara:

1.Blendkan bawang merah, bawang putih, cili kering, kunyit dan lengkuas.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang telah di blend. tunggu sehingga pecah minyak.
3. Masukkan serbuk kari and garam. Kacau hingga sebati.
4. Masukkan ayam dan kacau sehingga ayam masak.
5. Masukkan santan dan kacau sehingga sebati.
6. Masukkan kacang panjang. Tunggu sehingga 15 minit, angkat dan hidangkan..

Senang je kan? Selamat mencuba kawan-kawan (n_n)


Sunday 15 March 2015

Labu Manis






Korang kenal tak buah apa ni? Ni la buah labu manis. Ni kalau beli mahal harganya sebab buah labu ni berat. Sampai je kat rumah sewa, tengok kat dapur dah ada sebiji labu manis ni kat atas kabinet dapur. Rupanya kawan baik saya, Atika, bawak dari rumah dia. Officially, labu ni made in Bachok Kelantan... hehehe.. Bila dah nampak labu manis ni, mula la dalam kepala ni duk fikir macam-macam masakan yang boleh dibuat dengan guna buah labu ni..

So, sekarang, saya nak share apa yang saya dah masak guna buah labu ni. Sebenarnya banyak sangat-sangat masakan yang kita boleh buat dengan guna buah ni. Tapi, untuk entry kali ni saya just nak share cara nak buat 3 jenis masakan je. untuk breakfast, lunch and hi tea. Masakan orang bujang yang tersangat lah simple.


Untuk breakfast: Cucur labu


Bahan-bahan:
1/4 Labu manis 
3 sudu gula
Secubit garam
1 cawan tepung gandum
Air (mengikit acuan)

Cara-cara:
1. Potong buah labu kecik-kecik dan rebus lsehingga lembut.
2. Toskan buah labu tersebut dan lenyekkan sehingga betul2 hancur.
3. Masukkan gula, garam dan air. Kacau sehingga sebati. Kalau terlalu lembik, boleh tambahkan tepung. Kalau terlau keras pulak, tambahkan sedikit air.
4. Goreng dengan api sederhana.

Untuk lunch: Labu masak lemak


Bahan-bahan:
1/2 Labu manis 
3 biji Bawang merah & 2 ulas bawang putih
1 camca lada hitam
1 camca kunyit powder
1 kotak santan
2 ekor ikan selayang
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Rebus ikan dan ambik isi ikan sahaja apabila dah masak.
2. Tumbuk isi ikan yang dah direbus tadi hingga lumat.
2. Potong buah labu kecik-kecik. buat petak-petak pun ok jugak.
3. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan lada hitam hinga lumat.
4. Masukkan santan, kunyit powder, garam, santan, labu yag dah siap dipotong, isi ikan, bawang merah, bawang putih, lada hitam yang dah ditumbuk, ke dalam periuk. Masukkan je sekaligus terus.. jangan takut-takut.
5. Masak dengan api sederhana. Bila buah labu tu dah lembut, dah masak la tu.


Untuk hi tea: Sira labu


Makanan paling simple..

Bahan-bahan:
1/4 labu madu
3 sudu gula

Cara-cara:
1. Potong buah labu panjang-panjang macam yang saya buat tu atau petak macam buat sayur lemak. Mana-  mana pun boleh. Asalkan bahagia..hehehe
2. Masukkan labu tu dalam periuk and then masukkan gula and sedikit air. Klaau nak kuah banyak,     masukkan la air tu lebih sikit. Kalau nak manis, masukkan lebih gula tu.. Bila dah lembut labu tu, angkat dan hidangkan... 

Senang je kan? bahan-bahan pun senang je nak cari. Kawan-kawan try la buat. Mesti berpuas hati dengan masakan sendiri   >n_n<







Wednesday 11 March 2015

Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M)



Kali ni adalah keli keempat saya dapat baucer buku 1 Malaysia.. Happynyer :-)  dpat borong buku banyak-banyak.. Kali ni terasa nak borong novel Ramlee Awang Murshid sebab memang dah jatuh hati sangat-sangat kat novel RAM ni. Yang paling penting, beli buku rujukan untuk Adikmy (adik bongsu saya). Kan best kalau baucer buku ni dapat every sem. Tapi sayangnye, sekrang dah last sem. Means, last la dapat baucer buku and tak dapat dah la nak beli buku banyak-banyak tanpa guna duit sendiri.

Ruginye sape-sape yang dapat baucer ni and then jual kat certain pihak yang tak bertanggungjawab sebab nak kan duit. Sangat-sangat rugi. Kawan saya ada jugak yang jual baucer ni sebabkan nak duit. Nilai baucer RM250, tapi bila dia jual baucer tu untuk dapatkan duit, dia just dapat RM200 je.. kan rugi tu. Pihak yang tak bertanggungjawab tu senang-senang je dapat free RM50.

Lagi 1, bagi saya la, sape-sape yang jual baucer ni, memang dia tak berfikir panjang, government dah memudahkan kita as a student untuk beli buku kan. Yang pergi jual tu kenapa? Tak rasa bersalah ke? Government dah tetapkan objektif untuk pengagihan baucer buku ni. Tapi, korang yang jual baucer dan yang beli baucer tu dah rosakkan objektif dan matlamat sebenar yang dah ditetapkan oleh government.


Kesian kat orang yang kat luar sana yang nak beli buku tapi takde duit. Baik korang tolong orang-orang yang macam tu. Dapat jugak tambah pahala.

Monday 9 March 2015

Handphone

Sekarang dah berumur 24 tahun dan buat pertama kalinya dalam hidup, saya beli smartphone dengan duit sendiri..hehehe.. Handphone yang saya guna sebelum ni semuanya ayah dan pak sedara yang bagi.

Saya start pandai guna handphone ni time form 4. Handphone tu ayah yang hadiahkan. Time tu just guna handphone jenis Nokia 1110i. Tahan betul handphone jenis ni tau, jatuh banyak kali pun still sihat lagi..hihihihihiii…

Masa masuk U, ayah belikan handphone jenis Motorola pulak untuk saya sebab ayah cakap nanti kat U nak kena ambik-ambik gambar dalam lab. So, ayah belikan handphone yang ada kamera. Senang sikit nak ambik gambar. Baiknya seorang ayah kan… J
Pertengahan diploma, ayah belikan Nokia C4 pulak. Asalnya ayah belikan untuk ayah sendiri handphone tu. Last-last, bila saya balik rumah time cuti sem, ayah suruh saya guna pulak handphone C4 tu, pastu ayah guna yang Motorola tu. Sampai habis diploma saya guna handphone Nokia C4 tu.

Time degree, saya still guna lagi yang Nokia C4 tu but ada tambahan smartphone dari uncle. Uncle saya bagi smartphone jenis Samsung Galaxy Nexus. Tapi, yang menyedihkan, smartphone ni rosak disebabkan banyak kali jatuh. Pernah sekali tengan bawak motor, smartphone tu ada dalam poket. Lepas tu tak tau la macam mana tiba-tiba boleh jatuh and then terus berkecai. Bila on balik smartphone tu, sound dah tak jadi. Screen pulak pecah. 

So, dengan tanpa kerelaaan hati, terpaksalah saya guna duit sendiri untuk beli smartphone baru. Kalau bagitau ayah, nanti ayah tolong belikan pulak. Kesian kat ayah..huhuhu..

Kebetulan masa nak beli tu, saya ada kat Shah Alam. Ramai orang cakap beli kat Plaza Alam Sentral (PAS) dapat harga murah. So, alang-alang dah ada kat Shah Alam ni, saya pergi la survey kat PAS tu. Before pergi PAS, of course kena survey price dalam internet dulu, untuk mengelakkan dari ditipu la katakan.

Bila dah survey tu, ASUS adalah pilihan utama sebab harga berpatutan and battery save dari Samsung. Then, smartphone ASUS ZENFONE 5  dah membuatkan saya tertarik untuk memilikinya…

Tengok kotak pun dah tertarik...hehehe


Ada 6 colour semuanya. disebabkan saya minat blue colour, saya pilih warna biru..hehehe.. Harga pun berpatutan. Saya pilih smartphone ni sebab dia punye specification best. Lagi pulak smartphone ni boleh letak 2 sim tau.

haaa, ni specification untuk zenfone 5....


Warna untuk smartphone ni pulak yang biru paling latest. Sebab tu tak banyak yang update dalam internet yang warna biru. Tapi, saya dah pakai dah yang warna biru tu..hehe.. 1 je nak pesan, untuk smartphone zenfone 5 ni, certain kedai dia main harga dengan warna tau. Kalau yang hitam and putih, dia letak harga RM550. Kalau yang colour red, gold, purple and blue dia suruh tambah RM30.. So, sape-sape yang nak beli, kena pandai bodek tuan kedai tu sebab saya sendiri ambik yang bercolour, colour yang paling latest pulak tu tanpa kena charge tambahan. Then, dapat dengan harga yang berpatutan lagi.  Yang penting, smartphone ni original and kita as a user berpuas hati dengan 
smartphone tu.


ni warna-warna untuk zenfone 5.. lawa kan? tapi tak ade warna biru

okay, now  officially this is mine smartphone with the latest colour of ASUS ZENFONE 5  which is my fovourite colour... hehehehe

Sunday 8 March 2015

Impian atau angan-angan?

Semua orang mesti ada impian masing-masing kan? tak kisah la impian tu besar or tak. then, kita mesti akan berangan-angan dulu kan? jangan cakap tak k, korang mesti tak normal kalau korang tak berangan dulu untuk realisasikan impian korang tu. tapi, jangan sampai jadi anagan-angan mat jenin dah la kan.. hehehehe..



Motor macam ni la baru best bawak


Untuk saya, saya teringin sangat nak naik motor besar yang berkuasa tinggi tu. Selalu berangan bila bawak motor kat selekoh tajam, saya tengah bawak motor besar tu dengan laju sampai lutut ni bersentuh jalan.. Agak-agak ke laut tak angan-angan saya tu ek? hahahaa...


Kalau lalu kat highway tu, bila tengok ada laki bawak motor besar tu, jealous je hati ni sebab tak dapat naik motor macam tu. Bila berhenti kat R & R, pastu nampak ada motor tu kat parking, membuak-buak je hati ni nak cakap kat tuan motor tu "Abang, nk pnjam motor boleh"? Disebabkan ada lagi rasa malu ni, tak jadi la nak buat semua tu.. kihkihkih... 



Haaa, tengok lutut dia tu. Macam ni la baru real.. :-)


Tapi, memang saya nak sangat-sangat nak naik motor berkuasa tinggi ni. Nak bawak kat litar khas dia tu.. Ada orang guide.. Bila la agaknye saya dapat bawak motor tu..


Agak-agak dapat tak ek nak realisasikan impian saya ni?