Sunday 15 March 2015

Labu Manis






Korang kenal tak buah apa ni? Ni la buah labu manis. Ni kalau beli mahal harganya sebab buah labu ni berat. Sampai je kat rumah sewa, tengok kat dapur dah ada sebiji labu manis ni kat atas kabinet dapur. Rupanya kawan baik saya, Atika, bawak dari rumah dia. Officially, labu ni made in Bachok Kelantan... hehehe.. Bila dah nampak labu manis ni, mula la dalam kepala ni duk fikir macam-macam masakan yang boleh dibuat dengan guna buah labu ni..

So, sekarang, saya nak share apa yang saya dah masak guna buah labu ni. Sebenarnya banyak sangat-sangat masakan yang kita boleh buat dengan guna buah ni. Tapi, untuk entry kali ni saya just nak share cara nak buat 3 jenis masakan je. untuk breakfast, lunch and hi tea. Masakan orang bujang yang tersangat lah simple.


Untuk breakfast: Cucur labu


Bahan-bahan:
1/4 Labu manis 
3 sudu gula
Secubit garam
1 cawan tepung gandum
Air (mengikit acuan)

Cara-cara:
1. Potong buah labu kecik-kecik dan rebus lsehingga lembut.
2. Toskan buah labu tersebut dan lenyekkan sehingga betul2 hancur.
3. Masukkan gula, garam dan air. Kacau sehingga sebati. Kalau terlalu lembik, boleh tambahkan tepung. Kalau terlau keras pulak, tambahkan sedikit air.
4. Goreng dengan api sederhana.

Untuk lunch: Labu masak lemak


Bahan-bahan:
1/2 Labu manis 
3 biji Bawang merah & 2 ulas bawang putih
1 camca lada hitam
1 camca kunyit powder
1 kotak santan
2 ekor ikan selayang
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Rebus ikan dan ambik isi ikan sahaja apabila dah masak.
2. Tumbuk isi ikan yang dah direbus tadi hingga lumat.
2. Potong buah labu kecik-kecik. buat petak-petak pun ok jugak.
3. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan lada hitam hinga lumat.
4. Masukkan santan, kunyit powder, garam, santan, labu yag dah siap dipotong, isi ikan, bawang merah, bawang putih, lada hitam yang dah ditumbuk, ke dalam periuk. Masukkan je sekaligus terus.. jangan takut-takut.
5. Masak dengan api sederhana. Bila buah labu tu dah lembut, dah masak la tu.


Untuk hi tea: Sira labu


Makanan paling simple..

Bahan-bahan:
1/4 labu madu
3 sudu gula

Cara-cara:
1. Potong buah labu panjang-panjang macam yang saya buat tu atau petak macam buat sayur lemak. Mana-  mana pun boleh. Asalkan bahagia..hehehe
2. Masukkan labu tu dalam periuk and then masukkan gula and sedikit air. Klaau nak kuah banyak,     masukkan la air tu lebih sikit. Kalau nak manis, masukkan lebih gula tu.. Bila dah lembut labu tu, angkat dan hidangkan... 

Senang je kan? bahan-bahan pun senang je nak cari. Kawan-kawan try la buat. Mesti berpuas hati dengan masakan sendiri   >n_n<







No comments:

Post a Comment