Saturday 18 October 2014

CINTA DAN PERASAAN

Kehadiran engkau ke dalam hidupku adalah tanpa dipinta..Kepergian engkau daripada hidupku juga tanpa dipinta..


Engkau hadir ke dalam hidupku secara tiba-tiba. Kegembiraan terpancar pada wajahku disaat kau hadir membawa sebuah cinta. Walaupun ianya hanyalah jarak jauh.

Di awal kisah, semuanya baik dan kau telah yakinkan padaku,kau mampu menjadi seorang ketua yang baik.. Kepercayaan yang tinggi telah aku berikan pada kau kerana apabila berjauhan aku sangat yakin kau pandai membawa diri tanpa melukakan hatiku ini.. Janji untuk meneruskan hubungan hinggga ke jinjang pelamin telah dilafazkan..

Tahun demi tahun berlalu.. Sedih dan gembira dalam hubungan ini, kutelan dengan harapan kau tidak akan melakukan perkara yang sama.. Bergaduh? itu perkara biasa kerana dikatakan adat di dalam perhubungan.

Engkau yang telah bertapak di alam pekerjaan mulai berubah. Aku yang masih bertatih untuk menimba ilmu mula goyang.  Janji yang telah dilafaz untuk bersama sehidup semati mulai nampak kesamaran.

Di awal engkau melalui alam pekerjaan, aku lah yang engkau cari untuk meluahkan perasaan di tempat kerja. Akulah tempat yang engkau curahkan rasa ketidakpuasan hati dengan pekerja yang lain... Aku sebagai pasangan, hanya mampu mendengar, menasihati dan menyabarkanmu.

Namun, apabila engkau telah melangkah ke peringkat yang lagi tinggi, aku dapat rasakan hubungan ini makin renggang. Engkau yang dulu bukan macam sekarang. Semuanya berubah. Janji yang telah dilafaz tidak dikotakan. Aku yang sedang menimba ilmu terkontang kanting dalam mengejar cintamu. Engkau yang telah berjaya telah seronok meneruskan kehidupan.

Tanpa sebab, perhubungan ini seperti tidak pernah wujud. Perkenalan selama 5 tahun ini telah menjadi abu. Kegembiraan sebelum ini tidak memberi erti kepadaku lagi.

Setelah sekian lama hubungan dikubukan,engkau datang kembali menagih cinta. Dengan pintaan maaf. Semudah itu kau lafazkan kata maaf kepadaku setelah kau lakukan kesalahan. Dimana perasaanmu ketika kau melakukan kesalahan itu? Inikah cara dirimu untuk membalas cinta yang telah ku beri?  Sangat menyakitkan apabila cinta yang diberi dibalas dengan dusta. Permintaan maafmu kuterima tetapi untuk kembali kepada hubungan seperti dulu tidak akan sama sekali.

Aku sedar, semuanya adalah qada' dan qadar Allah.. Kita sebagai manusia,iaitu hamba Allah, hanyalah mampu merancang. Allah Yang Maha Esa lah yang menentukan segalanya.

No comments:

Post a Comment