Friday 4 September 2015

KEK BATIK PERMINTAAN ADIKKU

Adik pada saya ni umur 22. Saya panggil dia Abadi. Dia dah kerja awal lagi dari saya. Masa saya belajar degree, kadang-kadang dia bank in duit kat saya. Adik bank in duit pada kakak? Terasa jugak malunya sebab adik yang kerja dulu. Huhuhuhu…

Tak pe Abadi, nanti Abadi nak kahwin, Irah sponsor pelamin ae. Hehehehe…
Hari ni cuti sebab hari Jumaat. Saya cuti, Abadi pun cuti. Tengah duk sembang adik beradik, tiba-tiba Abadi cakap “Irah, rasa nak makan kek batik la. Tolong buat”.

Eh, mengidam ke apa adik aku ni. Tiba-tiba je mintak nak makan kek batik. Untuk tak menghampakan harapan Abadi yang baik hati plus hensem  ni, (Abadi, mohon jangan terlalu perasan bila baca entry ni) saya suruh la dia beli biskut marie after solat jumaat sebab  kat rumah biskut marie dah habis.


Ni la adik saya (Abadi) yang mintak buatkan kek batik tu.


Inilah hasilnya kek batik yang saya buat after lunch dengan family tadi.

Warna tak terlalu koko sebab saya tak letak serbuk koko. just gunakan milo sahaja.


Disebabkan Abadi cakap kek batik yang saya buat ni sedap, saya nak share cara-cara nak buat kek batik ni. Senang jer cara nak buat. Tak perlu guna oven pun. Barang yang guna pun memang kebanyakannya dah ada kat dapur masing-masing.

Bahan-bahan:
1 cawan butter (apa-apa jenama pun boleh)
1/3 tin susu pekat manis (apa-apa brand pun boleh guna)
1 cawan milo
15 keping biskut marie (dipatahkan 4/ 2)

Cara-cara
1. Panaskan kuali dengan api yang kecil. Saya guna kuali sebab senang nak kacau. kalau nak guna periuk pu boleh yer.
2. Masukkan planta dan kacau sehingga cair semuanya.


3. Masukkan susu pekat manis dan kacau hingga sebati.


4. Masukkan milo dan kacau hingga tak berketul.



5. Bila dah sebati semuanya milo tadi, masukkan biskut marie yang dah dipatahkan tadi dan kacau sampai rata semuanya. tutup api bila dah sebati semuanya yer.




6. Masukkan semuanya ke dalam bekas yang dah dialas dengan plastic. Tujuan plastic diletakkan kerana untuk memudahkan potong kekbatik itu nanti.



7. Mampatkan kek batik tadi ke dalam bekas dan masukkan dalam peti ais selama 3 jam. Keluarkan 30 minit awal sebelum potong kek batik itu tadi untuk rasa yang lagi sedap dan lembut.

DIPLOMA :-) , DEGREE :-D , MASTER??? :-l

Hari ni tak kerja. Duduk rumah je. Tengah syok-syok kemas rumah, tiba-tiba ada mesej masuk.

Tuut..Tuut…Tuut…

Rupa-rupanya dari classmate saya. Dia tanya ada dapat offer master tak? Saya tak ingat langsung pasal master sebab memang saya tak terniat lagi untuk sambung master. Buat masa sekarang, rasa nak kerja and kumpul duit jer dulu.

Saya try la check untuk kemasukan master tu. Bila check, amatlah terkejut. Saya ditawarkan untuk master kat UiTM Shah Alam. Takde apply pulak untuk master ni. Bila fikir balik, baru saya ingat ada officer call saya masa sem 6 untuk masukkan nama saya dalam list master student. Tak sangka pulak saya memang akan dapat offer tu.



Terus hati berbolak-balik. Nak pergi sambung master or kerja dulu. Lepas tu dicuss dengan mak. Mak suruh pergi, tapi saya cakap nak kerja dulu. Alhamdulillah mak faham. Tapi, mak ada selitkan ayat yang buat saya terfikir jugak lah. Mak cakap, “ mak nak ada anak mak yang ambik master”. Ayah pulak tak kisah. Ayah kata, kalau nak sambung, daftarlah. Kalau nak kerja, teruskan kerja.

Fikir punya fikir, saya bagi keputusan yang saya tak nak sambung lagi. Sebab apa? Salah satunya sebab kos. Yuran untuk 1 sem dah hampir RM1900. Belum lagi campur kos rumah sewa, makan minum and so all.


Mak, Irah nak kerja dulu. InsyaAllah, dah kumpul duit nanti Irah sambung master. Tapi Irah buat PJJ la. Kerja sambil belajar. Nanti tak susahkan mak and ayah dah nak bank in duit tiap bulan. Hehehe.. :-)

Sunday 30 August 2015

MERDEKA - Sehati Sejiwa



Detik 12 malam, 31 Ogos 2015, bergema la laungan merdeka di seluruh negeri dalam Malaysia ini. Malaysia, tanah air ku, tempat lahirku yang ku cintai. Untuk tema hari merdeka tahun 2015 ni ialah "SEHATI SEJIWA". Dengan tema kali ni, rakyat Malaysia haruslah sentiasa bersatu padu dan sentiasa menyatukan hati-hati kita semua ini untuk menunjukkan kecintaan kepada negara Malaysia walaupun berlainan bangsa.



Setiap tahun, memang perkara wajib kat rumah, jalur gemilang akan bertukar baru. biasanya kitorang akan tukar awal bulan Ogos setiap tahun. Kalau setiap hari raya, kita nak berbaju baru. So, time Hari Kebangsaan pun, bendera Malysia kat rumah pun mesti lah berganti baru jugak =D


MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Setiap 31 Ogos, pagi-pagi lagi memang saya akan tengok tv 1 atau tv 3 untuk tengok siaran langsung perarakan kemerdekaan dari mula sampai habis. Jangan siapa-siapa ada yang kacau saya tengok tv time tu. Nak pergi dataran merdeka, tak diberi peluang lagi. So, tengok ikut tv je lah. Hehehehe

Actually, memang saya akui, jiwa patriotik saya sangat tebal. Adik beradik saya yang lain tak de pulak macam saya ni. Maybe sebab ayah saya bekas  askar. So, gen patriotik tu terlebih masuk dalam badan saya ni. Hehehe.

Memang saya berharap sangat, 1 hari nanti saya nak tengok depan mata sendiri perarakan merdeka kat Dataran Merdeka tu. Harap-harap tahun depan diberi kesempatam untuk pergi ke perarakan kemerdekaan tu.

Yang betul-betul saya nak jadi kenyataan, saya sendiri yang sertai perarakan pada 31 Ogos tu. Excited sangat-sangat kalau semua tu betul-betul jadi reality. Tengok kat tv pun dah tersenyum sorang-sorang, apatah lagi kalau diri sendiri yang sertai.

Kalau tengok perarakan ni, perarakan yang paling saya tunggu-tunggu ialah perarakan dari Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia and Bomba dan Penyelamat.

Sebenarnya dari dulu lagi minat nak jadi askar tapi ayah tak kasi. Kata ayah, bahaya kalau perempuan jadi askar. Huhuhu.

Tak kisah la tak jadi askar pun, harap-harap diri ini dapat berbakti kepada negara.



SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA!

MALAYSIA YANG KU CINTAI!

AKU ANAK MALAYSIA!

Tuesday 25 August 2015

PELANGI CINTA – KAWANKU…


Jam di tangan baru pukul 7.45 pagi. Nak pegi kelas macam awal lagi. Kelas hari ni start pukul 8.30 pagi. Its okay, pergi awal la hari ni.

Sampai dalam bilik kuliah,pelajar lain takde yang sampai pun lagi. Takpelah, boleh aku study dulu. Start pukul 8.15 pagi, bilik kuliah dah start bising sebab dah ramai pelajar yang datang.

Dalam kebisingan itu, aku terdengar satu ayat dari rakan kelasku. “wei, maksud ex boyfriend or ex girlfriend tu apa ek?”

Dalam hatiku, ia terus berbicara, ex tu adalah jodoh orang lain tapi kita ter try. Boleh ke aku beri statement macam tu ek? Hehehe.. teringat pulak aku satu kisah percintaan kawanku dahulu. Percintaan yang bertahun lamanya tapi putus di tengah jalan. Sabarlah wahai kawanku kerana itu semua telah diaturkan olehNya. Mesti dalam hati, kau cakap ‘ala, kau bukan di tempat aku, boleh lah kau cakap sabar’. Ye kawan, aku tahu,aku bukan di tempat kau. Tapi percayalah, aku juga pernah merasai apa yang kau rasakan sekarang.

Dah lama aku tidak menemuimu kawan. Aku harap engkau sihat walau di mana engkau berada. Semoga engkau membaca coretan nasihat aku ini pada satu hari nanti. Aku yakin engkau akan membaca coretan ini walaupun aku sendiri tak tahu bila kau akan baca sebab kau jugak seorang penulis.

Kawanku yang mempunyai iman dan takwa, sesiapa yang kau bertemu, itulah manusia yang ditakdirkan Allah untuk muncul di hidup kau pada waktu itu. Ia bukan satu kebetulan, tapi satu ketentuan. Setiap manusia di keliling kau membawa mesej sesuatu untuk dipelajari atau membantu kamudalam hal-hal yang sedang dihadapi oleh kau sendiri. Setiap apa yang berlaku pada hidup, itu adalah perkara yang ditakdirkan berlaku pada waktu itu. Apa yang kau alami tidak mungkin berlaku dalam cara yang lain selain daripada cara yang Allah izinkan ia berlaku. Jangan mudah melatah kawanku.

Kawanku, tabahkanlah hatimu.Tinggalkanlah hari semalam yang telah berlalu, tinggalkanlah kenangan pahit manis bersama si dia. Tutuplah pintu silam dan jadikan ia satu pengalaman. Ingat kawanku,experience is priceless. Maka, bukaklah  pintu baru agar lelah semalam memberi petunjuk kearah yang dituju supaya esok memberi kemenangan yang diburu.

Kawanku, aku tahu, melupakan seseorang yang banyak memberi kenangan indah amat sukar. Tapi, jika itu yang terbaik, relakanlah. Ingatlah kawanku, ada orang-orang baik yang sengaja dihadirkan dalam hidup kita hanya untuk menguji perasaan kita, bukan untuk menjadi pasangan hidup kita.

Kawanku, Allah Maha Mengetahui. Allah menemukan kita dengan seseorang dengan tujuan yang baik. Dan akan memisahkan kita dengan seseorang dengan tujuan yang lebih baik. Ianya mengajar kita apa makna menghargai. Jangan terlalu terburu-buru untuk mengejar perasaan. Ingat kawan, late is better than frustrated.

Kawanku, kau pernah cakap dia lelaki yang hebat. Namun, benarkah semua tu? Adakah hanya hebat dihadapan kau sahaja? Kawan, lelaki yang hebat ialah lelaki yang sanggup tunggu gadis yang dia suka, tak kira berapa lama. Dia tetap tak akan berubah hati. Kalau betul dia hebat, dia akan tunggu kau sampai kau habis study. Bukan mencari wanita lain dimasa kau dilanda kesibukan dengan kelas dengan assignment yang berlambak.

Kawanku, kau kenal dia dari dia tidak mempunyai apa-apa. Kau pernah cakap kat aku dia pandai memujuk hati kau. Antara ayat yang aku ingat kau pernah cakap kat aku, dia pernah bagitahu kau yag dia respect  perempuan yang sanggup susah senang dengan seseorang lelaki tu dari dia naik motor buruk sampai boleh beli kereta. Dari mula menganggur sampai dapat kerja. Sanggup tunggu bertahun supaya si lelaki dapat bina kerjaya dulu. Bukan yang jenis pandang kereta dan rumah besar je. Apabila kau dengar ayat tu keluar dari mulut dia, ditambah lagi perempuan dalam ayat tu adalah diri kau, kau terus gila bayang. Kawanku yang lembut hati, jangan mudah terus percaya. Kau budak belajar IPT, takkan mudah-mudah kau percaya dengan madah lelaki?

Kawanku, kau pernah bagitahu aku, after perpisahan berlaku, kadang-kadang kenangan lama bersama dengannya mengusik kembali. Datang tanpa diundang, pergi tanpa disedari. Aku faham semua itu kawan. Otak kita bukan macam computer yang boleh delete apa yang nak di buang. Ambik lah masa untuk tenangkan fikiran dan hati kau dengan mendekatkan diri dengan Allah. Lupakan perkara yang lepas dan maafkanlah si dia supaya hati kau bertambah tenang.

Kawanku, setelah aku diberitahu oleh kau sendiri tentang perpisahan ini, aku sebagai sahabat rapat kau, aku dapat detect kemurungan muka kau walaupun kau masih tersenyum bila berhadapan dengan  kawan-kawan kita. Kuatkanlah hatimu kawanku. Aku perasan, kau bertahan dan selalu bepura-pura kuat walaupun kau sebenarnya penat untuk bertahan lagi dengan perasaan yang dibendung dengan masalah hubungan percintaan diantara diri kau dengan si dia.

On the way ke kelas, kau pernah bagitahu aku, “sometimes I keep my feelings to myself because its hard to find someone who understands”. Salah kawanku, kau masih ada Allah untuk mengadu segala-galanya. Menangislah di dalam solatmu. Merintihlah denganNya. Kawanku, kadang-kadang air mata kita ini lebih berharga dari senyuman kerana senyuman boleh diberi kepada sesiapa sahaja, tetapi tangisan dan air mata dititis untuk orang yang tersayang.

Ingatlah kawanku yang tersayang, orang yang menangis tidak selamanya akan terus menangis. Bila tepat waktunya, tangisan tersebuat Allah akan gantikan dengan rasa bahagia.

Semoga kau terus tabah kawanku.



Monday 24 August 2015

SARI JENTAYU CHALET

Kalau ada sesiapa yang cari chalet yang cantik, harga berpatutan, owner yang baik dan peramah di Kampung Tanjung Resang, Mersing johor,  boleh la menyewa di SARI JENTAYU CHALET. Owner chalet ni memang anak jati Johor.



Alamat chalet:
SARI JENTAYU,
JALAN PANTAI KAMPUNG TANJUNG RESANG,
89600 ENDAU,
MERSING JOHOR.

Sesiapa yang pernah tinggal di chalet ni, memang berbaloi dan rasa puas hati la. Sebab apa? Sebabnye, chalet ni betul-betul depan pantai. Nak mandi pantai, anytime boleh pergi. Tak sampai 5 minit jalan kaki dari chalet dah sampai pantai. Yang paling penting, tempatnya jauh dari kesibukan kota. Memang mendamaikan dan menenangkan jiwa kalau duduk di sini.

Tempat bbq


Tempat beriadah


Untuk buat program seperi kem sekolah, kem jati diri, kem bersama kawan-kawan, family day, amat-amat digalakkan. Untuk perkhemahan pun boleh.

Tempat untuk berkhemah



Kawasan selamat sebab semuanya berpagar. Jangan risau tentang keselamatan. Kalau bawak anak-anak, ianya selamat sebab kawasan untuk anak-anak beriadah cukup luas =).. Tempat makan turut disediakan yer... :-)

 
Tempat makan



Apabila peserta ramai dan membuat aktiviti perkhemahan, owner ada menyediakan bilik air di luar bilik sewa. Ianya amat memudahkan dan menyenangkan pengguna.

Setiap rumah mempunyai aircond dan mempunyai hall yang lapang di depan rumah tersebut untuk bersantai. 


Keadaan dalam chalet:





Kawasan luar chalet :





Selain itu, di chalet ini juga mempunyai dewan terbuka yang besar untuk membuat program. 


Dewan terbuka

Yang paling best, kita boleh minum air kelapa di sini =)







Untuk harga,

1. Ada 1 buah yang mempunyai 2 bilik yang berharga RM170 1unit
2. Ada 2 buah yang berharga RM130 untuk 1 unit
3. Ada 2 buah yang berharga RM90 UNTUK 1 unit
4. Sewa dewan RM100
5. Sewa dapur RM50 (Gas disediakan)
6. Untuk perkhemahan, RM5 untuk 1 kepala

Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi:

Sharifah (Kak Fah)
012-7940506

Abdul Fadzil bin Abd Malik
012-7131040








BALIK KAMPUNG

Dah setahun lebih tak balik kampung ayah. Kampung ayah kat Tanjung Resang, Mersing Johor. Biasanya balik kampung bila raya je. Kali ni balik raya sebab nak jumpa adik ayah merangkap mak saudara saya (Acik) sebab dia dah nak ke Mekah. 

Adik beradik ayah ramai yang balik. Keluarga saya pulak bukan semua balik. Along, Angah and Abadi tak balik sebab kerja. Disebabkan sekarang still di bulan syawal, dikira beraya lagi la ni..hehehe

Balik 3 hari 2 malam jer, tapi banyak pulak aktiviti yang kitorang buat kat kampung. Bukan setakat jumpa mak saudara jer, bbq pun ada. 

Jumaat pagi bertolak dari Dungun, petang sampai. Aktiviti hari Jumaat takde apa sangat. Lepas makan malam, kitorang pergi bandar Mersing sebab nak tegok mahkota Johor yang ada kat tengah-tengah bandar Mersing tu. Mahkota tu baru siap bina. Cantik sangat. Apa lagi,bergambar sakan la kitorang.



cantik kan mahkota kat belakang tu?


Sabtu pagi, awal-awal pagi lagi dah pergi pantai. 


pantai Tanjung Resang di awal pagi



After breakfast, saya pergi ke Triang Johor sebab gi beli ayam and ikan untuk bbq malam ni. Lepas tu singgah kat rumah Tokki Tar. Tokki Tar ni adik arwah tokki saya ( Tokki Malik) sebelah ayah. 1st time saya jumpa Tokki Tar, memang terasa rindu betul dengan Tokki Malik. Muka sebijik sama. Cara bercakap, lenggok percakapan pun memang sama. Tak tau la, balik kampung yang akan datang akan jumpa lagi ke tak dengan Tokki Tar. Semoga Tokki Tar panjang umur dah sihat selalu.


Tengahari, pergi ke Mersing pulak sebab ada majlis sambutan hari raya. Balik dari majlis tu, terus siapkan baha-bahan untu bbq malam ni. Perap ikan and ayam, masak kuih kacang and masak puding.

Petang, aktiviti paling best, latihan menembak dengan Pak Su. Perghhh! 1st time menembak. Guna senapang baru Pak Su pulak tu, nak tembak burung, tapi burung lari, pokok yang berkecai. Hahahahaaha…

Malam, semua berkumpul kat rumah Acik sebab rumah Acik jadi tuan rumah untuk bbq. Sangat seronok. Yang kecik berlari-lari, yang tua bersembang di meja makan, yang lelaki muda membakar ayam dan ikan and yang perempuan muda-muda ni macam biasa la, di dapur untuk basuh pinggan.




Ahad tengahari, after sarapan dan singgah ke rumah saudara-saudara yang tak singgah lagi, terus balik ke Dungun.


Perjalanan yang jauh tapi menyeronokkan. Best kalau kumpul ramai-ramai ni. Bukan selalu. Setahun sekali pun belum tentu… =)

Saturday 22 August 2015

PULUT DURIAN



Sekarang dah masuk  musim durian. Memang selalu ada la durian kat dapur ni. Dari luar rumah, dah bau dah durian ni. Macam-macam boleh buat dengan durian ni. Buat pengat boleh, buat pulut boleh, buat cucur boleh, makan saja lagi la boleh  =)
Disebabkan baru lepas makan pulut durian, nak share la sikit cara buat dia. Tak susah pun. Bahan-bahan pun teramat senang nak dapat kecuali durian la sebab bukan hari-hari ada durian kan.

BAHAN-BAHAN

1/3 kg pulut
Beberapa biji durian
1 sudu kecil garam
½  kg santan
1 cawan air suam
1 keping gula Melaka

CARA-CARA

1.         Masak pulut dengan api yang sederhana besar.  Sama jer macam masak nasi ye. Kalau 1/3 pulut, guna 1/3 air.
2.         Ambil gula Melaka dan halus-haluskan gula Melaka tersebut. Kalau orang Terengganu panggil, “ricih gula melaka”. Negeri lain tak tau la pulak panggil apa..huhu
3.         Masukkan santan ke dalam mangkuk. Santan kotak pun boleh. Lepas tu masukkan air suam dan garam ke dalam santan tersebut dan kacau sehingga sebati.
4.         Kopekkan durian.


 Saya rasa ada yang tak pernah makan pulut durian ni. So, untuk entry kali ni saya bagitau sekali cara makan ye.. hehehe

 CARA MAKAN :

1.         Masukkan pulut ke dalam mangkuk. Jangan ambik terlampau banyak macam makan pulut kuning sebab nanti cepat muak.
2.         Masukkan santan ke dalam mangkuk yang berisi pulut tadi. Pastikan santan mesti melebihi kuantiti pulut yang diambil.
3.         Masukkan gula Melaka yang telah dihaluskan ke dalam mangkuk tadi. Kuantiti gula Melaka terserah pada individu. Kalua suka manis, boleh masukkan banyak gula Melaka tu.
4.         Masukkan durian ke dalam mangkuk yang telah berisi pulut, santan dan gula Melaka.
5.         Bolehlah makan. Nak makan guna tangan atau sudu? Terserah pada diri masing-masing. Kalau saya, saya makan dengan tangan sebab senang nak makan durian tu nanti. Sesetangah orang makan dengan sudu tapi dia akan buang dulu butir durian tu, lepas tu baru masukkan dalam mangkuk yang berisi pulut. Senang kata, ikut keselesaan.


YUMMY!!! Sesiapa yang tak pernah cuba tu, boleh la cuba yer. Kalau makan musim durian tahun ni, musim durian tahun depan mesti nak try lagi… Hikhikhik =)

Pulut

Gula melaka

Santan

Durian

SOTONG GORENG MASAK MERAH


Kali ni, saya nak share 1 resepi yang sangat ringkas dan padat. Just sediakan bahan yang sangat senang dicari. Boleh dikatakan main campak je masak sotong goreng masak merah ni.

Nak buat lunch boleh, dinner pun boleh.

BAHAN-BAHAN:

1 kg sotong yang dah dibersihkan
6 biji bawang merah, 4 ulas bawang putih (di blend)
15 tangkai cili kering ( di blend)
1 sudu kecil asam jawa
½ sudu ajinomoto
2 sudu kecil garam halus
2 sudu kicap manis
1 sudu sos tiram
1 cawan air
1 senduk minyak masak

CARA-CARA:

1.         Letak kuali di atas dapur dan pasangkan api sederhana besar.
2.         Masukkan sotong, lada dan bawang yang telah di blend ke dalam kuali tadi.
3.         Masukkan air ke dalam mangkuk dan masukkan asam jawa. Ramas asam jawa di dalam air dan buang biji asam jawa tu. Kemudian, masukkan air asam jawa tadi ke dalam kuali.
4.         Kacau sehingga sebati
5.         Masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan ajinomoto ke dalam kuali tadi dan kacau sehingga sebati.
6.         Masak sehingga 20-30 minit supaya sotong tidak keras.
7.         Bila nampak air dalam kuali tu dah nak kering, masukkan minyak dan kacau sehingga sebati semuanya.
8.         Goreng sehingga pecah minyak. Lepas tu, boleh lah dihidangkan.

# Cara memasak sotong goring ni boleh jugak digunakan untuk masak ayam and daging.


Sangat mudah kan? Selamat mencuba! =)

cara buat simple. tapi rasa lauk ni amat menyelerakan. cuba la buat kalau tak percaya...hehehe

KEK GULA HANGUS KUKUS YANG SENANG DIBUAT


Dah lama tak buat kek. Hari ni terlebih rajin untuk buat kek. Kali ni saya nak buat kek gula hangus sebab susah nak dapat kat kedai.

Dan,ni kali pertama saya buat kek gula hangus ni. Resepi turun temurun yer.. hehehehe..

Kek yang saya buat kebanyakannya semua kukus. Takde yang bakar dalam oven. Bukan apa, rasa kukus dengan yang dalam oven ni lain. Bagi saya, kukus lagi sedap. Tapi depends pada someone la kan.

Sesiapa nak guna resepi yang saya share ni, dipersilakan dengan hati yang lapang..hehehe =D

BAHAN-BAHAN:

3 sudu besar planta @ apa-apa jenis butter
1 cawan gula
1 cawan air
4 biji telur
1 cawan tepung gandum
¾ cawan susu pekat
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanilla

CARA-CARA:

1st STEP
1.         Masukkan planta dan gula kedalam periuk. Goreng gula + planta tersebut dengan menggunakan api yang kecil sehingga bertukar warna keemasan. Jangan terlebih goreng sampai hitam sebab nanti kek akan rasa hangit.
2.         Bila dah bertukar warna keemasan, masukkan 1 cawan air kedalam periuk tersebut. hati-hati tau masa ni sebab gula tu akan meletup-letup. Then, kacau gula and air tu sehingga sebati.
3.         Bila dah sebati tutup api dan ketepikan.

2nd STEP
1.         Pukul telur sehingga putih telur dan kuning telur tu bercampur gaul. Cukup sekadar 2-3 minit sahaja.
2.         Masukkan susu pekat dan mixed sampai sekata
3.         Masukkan tepung gandum, soda bikarbonat dan esen vanilla yang telah disukat tadi dan mixed again hingga tergaul dengan sebati semuanya.
4.         Masukkan gula yang dah digoreng tadi tu kedalam adunan dan mixed again hingga sebati semuanya. time ni, adunan akan bertukar colour kecoklatan.
5.         Masukkan ke dalam loyang dan biarkan sehingga 2-3 jam untuk mendapatkan kecantikan sarang kek tersebut.
6.         After 2-3 jam, kukus kek tersebut selama 45 minit. Untuk check samaada kek tersebut dah masak or belum, cucuk di tengah-tengah kek tersebut dengan lidi. Kalau dah tak lekat, masak la kek tu.

Tips: Sapukan mentega di keliling loyang untuk mengelakkan kek lekat pada loyang tersebut.


Kira menjadi la ek even 1st time buat. hehehe :-)

CEMPEDAK GORENG YANG RANGUP DAN SEDAP


Kali ni nak share resepi lagi. resepi kali ni sesuai untuk minum petang. Nak cari bahan pun senang. Sape-sape kat rumah dia tu ada pokok cempedak, memang best lah. Tak perlu beli cempedak. Bila dah masak, terus ambik dan goreng jer.

Ok, ni bahan-bahan dan cara masak cempedak goreng..

BAHAN-BAHAN:

Cempedak yang telah dibersihkan
1 biji telur
1 cawan tepung gandum
½ cawan tepung beras
½ cawan tepung jagung
½  sudu kecil kunyit serbuk
1 senduk minyak panas
Sedikit gula
Sedikit garam
Secawan air

CARA-CARA:

1.         Masukkan tepung gandum, tepung beras dan tepung jagung yang telah
            disukat tadi kedalam 1 mangkuk besar.
2.         pecahkan 1 biji telur ke dalam mangkuk tadi
3.         masukkan serbuk kunyit sedikit gula, sedikit garam dan 1 senduk minyak masak. Kacau semuanya sehingga sebati.
4.         masukkan air sedikit demi sedikit. Ikut kepada kuantiti tepung. Kacau kesmuanya sehingga sekata. Pastikan adunan untuk celup cempedak nanti cair seperti nak buat lempeng tu yer.
5.         panaskan minyak menggunakan api yang sederhana besar. Bila dah panas, bolehlah celup cempedak tu dalam adunan tadi dan goreng sehingga garing.
6.         hidangkan bersama the o’ panas. Memang menjilat jari la.hehehe =)

ni la cempedak goreng yang rangup tu...