Detik 12
malam, 31 Ogos 2015, bergema la laungan merdeka di seluruh negeri dalam
Malaysia ini. Malaysia, tanah air ku, tempat lahirku yang ku cintai. Untuk tema hari merdeka tahun 2015 ni ialah "SEHATI SEJIWA". Dengan tema kali ni, rakyat Malaysia haruslah sentiasa bersatu padu dan sentiasa menyatukan hati-hati kita semua ini untuk menunjukkan kecintaan kepada negara Malaysia walaupun berlainan bangsa.
Setiap tahun, memang perkara wajib kat rumah, jalur gemilang akan bertukar baru. biasanya kitorang akan tukar awal bulan Ogos setiap tahun. Kalau setiap hari raya, kita nak berbaju baru. So, time Hari Kebangsaan pun, bendera Malysia kat rumah pun mesti lah berganti baru jugak =D
MERDEKA!
MERDEKA! MERDEKA!
Setiap
31 Ogos, pagi-pagi lagi memang saya akan tengok tv 1 atau tv 3 untuk tengok siaran
langsung perarakan kemerdekaan dari mula sampai habis. Jangan siapa-siapa ada
yang kacau saya tengok tv time tu. Nak pergi dataran merdeka, tak diberi
peluang lagi. So, tengok ikut tv je lah. Hehehehe
Actually,
memang saya akui, jiwa patriotik saya sangat tebal. Adik beradik saya yang lain
tak de pulak macam saya ni. Maybe sebab ayah saya bekas askar. So, gen patriotik tu terlebih masuk
dalam badan saya ni. Hehehe.
Memang
saya berharap sangat, 1 hari nanti saya nak tengok depan mata sendiri perarakan
merdeka kat Dataran Merdeka tu. Harap-harap tahun depan diberi kesempatam untuk
pergi ke perarakan kemerdekaan tu.
Yang betul-betul
saya nak jadi kenyataan, saya sendiri yang sertai perarakan pada 31 Ogos tu. Excited
sangat-sangat kalau semua tu betul-betul jadi reality. Tengok kat tv pun dah
tersenyum sorang-sorang, apatah lagi kalau diri sendiri yang sertai.
Kalau tengok
perarakan ni, perarakan yang paling saya tunggu-tunggu ialah perarakan dari
Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia and Bomba dan Penyelamat.
Sebenarnya
dari dulu lagi minat nak jadi askar tapi ayah tak kasi. Kata ayah, bahaya kalau
perempuan jadi askar. Huhuhu.
Tak kisah
la tak jadi askar pun, harap-harap diri ini dapat berbakti kepada negara.
SELAMAT
MENYAMBUT HARI MERDEKA!
MALAYSIA
YANG KU CINTAI!
AKU
ANAK MALAYSIA!
No comments:
Post a Comment