Sekarang
dah masuk musim durian. Memang selalu
ada la durian kat dapur ni. Dari luar rumah, dah bau dah durian ni. Macam-macam
boleh buat dengan durian ni. Buat pengat boleh, buat pulut boleh, buat cucur
boleh, makan saja lagi la boleh =)
Disebabkan
baru lepas makan pulut durian, nak share la sikit cara buat dia. Tak susah pun.
Bahan-bahan pun teramat senang nak dapat kecuali durian la sebab bukan
hari-hari ada durian kan.
BAHAN-BAHAN
1/3 kg
pulut
Beberapa
biji durian
1 sudu
kecil garam
½ kg santan
1
cawan air suam
1
keping gula Melaka
CARA-CARA
1. Masak
pulut dengan api yang sederhana besar.
Sama jer macam masak nasi ye. Kalau 1/3 pulut, guna 1/3 air.
2. Ambil
gula Melaka dan halus-haluskan gula Melaka tersebut. Kalau orang Terengganu
panggil, “ricih gula melaka”. Negeri lain tak tau la pulak panggil apa..huhu
3. Masukkan
santan ke dalam mangkuk. Santan kotak pun boleh. Lepas tu masukkan air suam dan
garam ke dalam santan tersebut dan kacau sehingga sebati.
4. Kopekkan durian.
Saya rasa ada yang tak pernah makan pulut
durian ni. So, untuk entry kali ni saya bagitau sekali cara makan ye.. hehehe
CARA MAKAN :
1. Masukkan
pulut ke dalam mangkuk. Jangan ambik terlampau banyak macam makan pulut kuning
sebab nanti cepat muak.
2. Masukkan
santan ke dalam mangkuk yang berisi pulut tadi. Pastikan santan mesti melebihi
kuantiti pulut yang diambil.
3. Masukkan
gula Melaka yang telah dihaluskan ke dalam mangkuk tadi. Kuantiti gula Melaka
terserah pada individu. Kalua suka manis, boleh masukkan banyak gula Melaka tu.
4. Masukkan
durian ke dalam mangkuk yang telah berisi pulut, santan dan gula Melaka.
5. Bolehlah
makan. Nak makan guna tangan atau sudu? Terserah pada diri masing-masing. Kalau
saya, saya makan dengan tangan sebab senang nak makan durian tu nanti.
Sesetangah orang makan dengan sudu tapi dia akan buang dulu butir durian tu,
lepas tu baru masukkan dalam mangkuk yang berisi pulut. Senang kata, ikut
keselesaan.
YUMMY!!!
Sesiapa yang tak pernah cuba tu, boleh la cuba yer. Kalau makan musim durian
tahun ni, musim durian tahun depan mesti nak try lagi… Hikhikhik =)
Pulut
Gula melaka
Santan
Durian
No comments:
Post a Comment