Kali
ni nak share resepi lagi. resepi kali ni sesuai untuk minum petang. Nak cari
bahan pun senang. Sape-sape kat rumah dia tu ada pokok cempedak, memang best
lah. Tak perlu beli cempedak. Bila dah masak, terus ambik dan goreng jer.
Ok, ni
bahan-bahan dan cara masak cempedak goreng..
BAHAN-BAHAN:
Cempedak
yang telah dibersihkan
1 biji
telur
1
cawan tepung gandum
½
cawan tepung beras
½
cawan tepung jagung
½ sudu kecil kunyit serbuk
1
senduk minyak panas
Sedikit
gula
Sedikit
garam
Secawan
air
CARA-CARA:
1. Masukkan tepung gandum, tepung beras
dan tepung jagung yang telah
disukat tadi kedalam 1 mangkuk
besar.
2. pecahkan 1 biji telur ke dalam mangkuk
tadi
3. masukkan
serbuk kunyit sedikit gula, sedikit garam dan 1 senduk minyak masak. Kacau
semuanya sehingga sebati.
4. masukkan
air sedikit demi sedikit. Ikut kepada kuantiti tepung. Kacau kesmuanya sehingga
sekata. Pastikan adunan untuk celup cempedak nanti cair seperti nak buat
lempeng tu yer.
5. panaskan
minyak menggunakan api yang sederhana besar. Bila dah panas, bolehlah celup
cempedak tu dalam adunan tadi dan goreng sehingga garing.
6. hidangkan bersama the o’ panas. Memang
menjilat jari la.hehehe =)
ni la cempedak goreng yang rangup tu...
No comments:
Post a Comment