Jam di
tangan baru pukul 7.45 pagi. Nak pegi kelas macam awal lagi. Kelas hari ni
start pukul 8.30 pagi. Its okay, pergi awal la hari ni.
Sampai
dalam bilik kuliah,pelajar lain takde yang sampai pun lagi. Takpelah, boleh aku
study dulu. Start pukul 8.15 pagi, bilik kuliah dah start bising sebab dah
ramai pelajar yang datang.
Dalam kebisingan
itu, aku terdengar satu ayat dari rakan kelasku. “wei, maksud ex boyfriend or
ex girlfriend tu apa ek?”
Dalam hatiku,
ia terus berbicara, ex tu adalah jodoh orang lain tapi kita ter try. Boleh ke
aku beri statement macam tu ek? Hehehe.. teringat pulak aku satu kisah
percintaan kawanku dahulu. Percintaan yang bertahun lamanya tapi putus di
tengah jalan. Sabarlah wahai kawanku kerana itu semua telah diaturkan olehNya. Mesti
dalam hati, kau cakap ‘ala, kau bukan di tempat aku, boleh lah kau cakap sabar’.
Ye kawan, aku tahu,aku bukan di tempat kau. Tapi percayalah, aku juga pernah merasai
apa yang kau rasakan sekarang.
Dah lama
aku tidak menemuimu kawan. Aku harap engkau sihat walau di mana engkau berada. Semoga
engkau membaca coretan nasihat aku ini pada satu hari nanti. Aku yakin engkau
akan membaca coretan ini walaupun aku sendiri tak tahu bila kau akan baca sebab
kau jugak seorang penulis.
Kawanku
yang mempunyai iman dan takwa, sesiapa yang kau bertemu, itulah manusia yang
ditakdirkan Allah untuk muncul di hidup kau pada waktu itu. Ia bukan satu
kebetulan, tapi satu ketentuan. Setiap manusia di keliling kau membawa mesej
sesuatu untuk dipelajari atau membantu kamudalam hal-hal yang sedang dihadapi
oleh kau sendiri. Setiap apa yang berlaku pada hidup, itu adalah perkara yang
ditakdirkan berlaku pada waktu itu. Apa yang kau alami tidak mungkin berlaku
dalam cara yang lain selain daripada cara yang Allah izinkan ia berlaku. Jangan
mudah melatah kawanku.
Kawanku,
tabahkanlah hatimu.Tinggalkanlah hari semalam yang telah berlalu, tinggalkanlah
kenangan pahit manis bersama si dia. Tutuplah pintu silam dan jadikan ia satu
pengalaman. Ingat kawanku,experience is priceless. Maka, bukaklah pintu baru agar lelah semalam memberi petunjuk
kearah yang dituju supaya esok memberi kemenangan yang diburu.
Kawanku,
aku tahu, melupakan seseorang yang banyak memberi kenangan indah amat sukar.
Tapi, jika itu yang terbaik, relakanlah. Ingatlah kawanku, ada orang-orang baik
yang sengaja dihadirkan dalam hidup kita hanya untuk menguji perasaan kita,
bukan untuk menjadi pasangan hidup kita.
Kawanku,
Allah Maha Mengetahui. Allah menemukan kita dengan seseorang dengan tujuan yang
baik. Dan akan memisahkan kita dengan seseorang dengan tujuan yang lebih baik.
Ianya mengajar kita apa makna menghargai. Jangan terlalu terburu-buru untuk
mengejar perasaan. Ingat kawan, late is better than frustrated.
Kawanku,
kau pernah cakap dia lelaki yang hebat. Namun, benarkah semua tu? Adakah hanya
hebat dihadapan kau sahaja? Kawan, lelaki yang hebat ialah lelaki yang sanggup
tunggu gadis yang dia suka, tak kira berapa lama. Dia tetap tak akan berubah
hati. Kalau betul dia hebat, dia akan tunggu kau sampai kau habis study. Bukan mencari
wanita lain dimasa kau dilanda kesibukan dengan kelas dengan assignment yang
berlambak.
Kawanku,
kau kenal dia dari dia tidak mempunyai apa-apa. Kau pernah cakap kat aku dia
pandai memujuk hati kau. Antara ayat yang aku ingat kau pernah cakap kat aku,
dia pernah bagitahu kau yag dia respect perempuan
yang sanggup susah senang dengan seseorang lelaki tu dari dia naik motor buruk
sampai boleh beli kereta. Dari mula menganggur sampai dapat kerja. Sanggup
tunggu bertahun supaya si lelaki dapat bina kerjaya dulu. Bukan yang jenis
pandang kereta dan rumah besar je. Apabila kau dengar ayat tu keluar dari mulut
dia, ditambah lagi perempuan dalam ayat tu adalah diri kau, kau terus gila bayang.
Kawanku yang lembut hati, jangan mudah terus percaya. Kau budak belajar IPT,
takkan mudah-mudah kau percaya dengan madah lelaki?
Kawanku,
kau pernah bagitahu aku, after perpisahan berlaku, kadang-kadang kenangan lama
bersama dengannya mengusik kembali. Datang tanpa diundang, pergi tanpa
disedari. Aku faham semua itu kawan. Otak kita bukan macam computer yang boleh
delete apa yang nak di buang. Ambik lah masa untuk tenangkan fikiran dan hati
kau dengan mendekatkan diri dengan Allah. Lupakan perkara yang lepas dan
maafkanlah si dia supaya hati kau bertambah tenang.
Kawanku,
setelah aku diberitahu oleh kau sendiri tentang perpisahan ini, aku sebagai
sahabat rapat kau, aku dapat detect kemurungan muka kau walaupun kau masih
tersenyum bila berhadapan dengan kawan-kawan kita. Kuatkanlah hatimu kawanku. Aku
perasan, kau bertahan dan selalu bepura-pura kuat walaupun kau sebenarnya penat
untuk bertahan lagi dengan perasaan yang dibendung dengan masalah hubungan percintaan
diantara diri kau dengan si dia.
On the
way ke kelas, kau pernah bagitahu aku, “sometimes I keep my feelings to myself
because its hard to find someone who understands”. Salah kawanku, kau masih ada
Allah untuk mengadu segala-galanya. Menangislah di dalam solatmu. Merintihlah
denganNya. Kawanku, kadang-kadang air mata kita ini lebih berharga dari
senyuman kerana senyuman boleh diberi kepada sesiapa sahaja, tetapi tangisan
dan air mata dititis untuk orang yang tersayang.
Ingatlah
kawanku yang tersayang, orang yang menangis tidak selamanya akan terus
menangis. Bila tepat waktunya, tangisan tersebuat Allah akan gantikan dengan
rasa bahagia.
Semoga
kau terus tabah kawanku.