Mak
cakap, nasi lemak best kalau sambal yang kita buat tu best. So, dengan kuasa
yang ada sebagai kakak dalam rumah ni, terus bagi arahan kat adik.
“Adik,
tolong belikan santan petang ni. Breakfast esok Irah nak buat nasi lemak.
Terima kasih.”
Ucapan
terima kasih confirm kena ada sebab kita dah mintak tolong dengan orang.
Barulah orang tu tolong kita pun dengan ikhlas. Tak gitu? Hehehehe…
Orait,
entry kali ni saya nak share ilmu buat nasi lemak pulak. Biar banyak resepi
dalam blog ni dari cerita, senang nak buat rujukan nanti.. hahaha…
BAHAN-BAHAN:
NASI
2
cawan beras
1
½ cawan santan
1
cawan air
Halia
sebesar 1 ruas jari tangan (dihiris halus)
2 biji
bawang merah (dimayang)
1 sudu
kecil garam
SAMBAL
IKAN BILIS
Ikan
bilis (2 gengggam)
Lada
kering yang telah di blend (12 tangkai)
Bawang
merah yang telah di blend (5 biji)
Bawang
putih yang telah di blend (3 ulas)
Minyak
Garam
Ajinomoto
Gula
CARA-CARA:
1st
STEP
1.
Bersihkan 2 cawan beras dan masukkan kedalam periuk nasi.
2.
masukkan bawang yang telah dimayang dan masukkan halia yang telah dihiris.
3.
masukkan 1 ½ cawan santan
4.
masukkan 1 cawan air
5.
masak beras tersebut menggunakan rice cooker.
6.
bila nasi dah masak, jangan terkejut kalua santan ada kat permukaan nasi tu.
Balik- bailikkan nasi tu supaya sekata. Then, tekan lagi sekali rice cooker tu.
Lepas tu, boleh la makan yer.
2nd
STEP
1.bersihkan
ikan bilis tersebut
2.
panaskan minyak mengikut kuantiti ikan bilis tadi menggunakan api yang
sederhana besar.
sederhana besar.
3.
bila minyak dah panas, masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah diblend tadi sehingga naik bau.
4.
masukkan lada yang telah diblend. Goreng sehingga garing.
5.
masukkan ikan bilis yang telah dibersihkan tadi dan masukkan 1 sudu kecil
garam, secubit ajinomoto dan sedikit gula. Kalau yang suka manis, boleh
lebihkan gula. Kacau semua sekali hingga sekata. Kacau hingga ikan bilis tu
masak. Lepas tu, boleh la hidangkan =)
No comments:
Post a Comment