Wednesday 31 December 2014

Final Exam UiTM


Sekarang dah sampai musim final exam for UiTM degree students.. 
Semoga berjaya semuanya.. Jangan meniru tau..hehehe..

Do the best! Ingat apa yang kita belajar dalam kelas. 
Pesanan seorang lecturer, jawab mana yang tahu jawapan dulu. Jangan tinggalkan kosong.. Tulis je jawapan tu. Mana tau dapat jugak markah kat situ even x dapat full mark..

Lastly, saya doakan semua kawan-kawan saya berjaya dalam menghadapi final exam kali ini... 
(JULY 2014 - JANUARY 2015)

SELAMAT BERJAYA KEPADA SEMUA PELAJAR IJAZAH UiTM terutamanya PELAJAR FAKULTI PERLADANGAN AGROTEKNOLOGI :-)





GOOD LUCK MY FYP PARTNER!


Tuesday 30 December 2014

Green Campus UiTM Melaka Kampus Jasin


Buat julung kalinye, program Green Campus telah diadakan di UiTM Melaka Kampus Jasin.. Penasihat untuk program kali ni adalah Dr Alawi bin Sulaiman.. Disebabkan, Dr Alawi mengajar kelas saya, student dari kelas saya yang jadi ketua program untuk kelas ni. Saya pulak cuma sebagai bendahari dan biro jemputan. Gambar kat atas tu la kad jemputan yang telah diedarkan kepada setiap lecturer untuk ke program ni. Kad jemputan tu hand made tau... hehe ;-)

Untuk program ni, setiap kumpulan akan reka 1 projek dimana projek tersebut adalah untuk menyelamatkan alam sekitar seperti untuk reduce air pollution. dalam 1 kumpulan akan ada 4 students. Lepas tu, setiap kumpulan akan buat poster untuk dipamerkan kepada semua warga UiTM Jasin. 

Pada hari kejadian, poster-poster tersebut akan dipamerkan di ruang legar dan 3 orang juri yang terdiri daripada lecturer Fakulti Perladangan Agroteknologi akan nilai poster-poster tersebut. Semasa juri datang kat poster-poster tu, ahli kumpulan perlu ada kat situ dan present tentang projek yang dicadangkan.





Ni antara poster yang dibuat oleh students dan yang telah dinilai oleh para juri.



Tajuk project untuk kumpulan saya pulak "A DAY WITHOT PETROL"
kumpulan saya sekadar mendapat 'silver'.. InsyaAllah lain kali akan dapat 'gold' pulak..

Walaupun penat untuk handle program ni, semuanya berbaloi. Bila dah siap semuanya, sekarang dah boleh lepas nafas lega.. Yang paling best, semua biro-biro untuk program ni memberi cooperation yang sangat membanggakan :-)


Final Year Projet





Rasa macam dah lama sangat x bukak blog ni... Dah bersawang agaknye.. Busynye sekarang.. Sekarang baru je semester 5. Biasa la bila dah berada di semester 5 ni, bermula kesibukan dalam life student  untuk menyiapkan proposal fyp..

 Apa itu FYP? FYP tu Final Year Project @ Projek Tahun Akhir. Senang ke nak buat? Susah sangat ke nak buat? ha, nanti kalau awak2  semua dah berada di semester 5 nanti, tahulah macam mana peningnya nak buat...heheheTapi tak pe, kalau yang jenis suka siapkan kerja awal2, selalu jumpa supervisor tu, akan senang la kerjanya nanti..

FYP ni, kita kena buat 1 projek yang org lain tak buat lagi..Seorang lecturer iaitu supervisor kita,akan guide kita untuk menyiapkan FYP tersebut. Kalau saya, seorang supervisor ada 3 student.. Bergantung pada research yang kita buat under bidang apa. Macam saya, saya study in course plantation agrotechnology. Untuk buat FYP, ada banyak bidang.Contohnya, soil science, crop science, agricultural engineering and so on. FYP saya ni pulak under agricultural engineering and lecturer yang ada di UiTM Jasin untuk bidang ni pulak cuma ada 3 orang. Dr Alawi binSulaiman, Dr Darius El Pabrian and Sir Muhammad Aliuddin bin Bakar. Untuk student under agricultural engineering ada 11 orang. Under Dr Alawi 3 orang and under Dr Darius & Sir Aliuddin 4 orang. Saya pulak terpilih untuk buat FYP under Dr Alawi bin Sulaiman. 

Semester 5, kita akan buat proposal lps tu kena presesent proposal kita tu dpn lecturer. Depan lecturer lain tau. Bukan depan supervisor kita.. Semester 6 nanti pulak kita kena siapkan research kita tu dan biasanya akhir semester 6, kita akan present research kita depan lecturer lain.

Ni la lecturer yang jadi supervisor yang membantu saya untuk menyiapkan FYP 
Dr. Alawi bin Sulaiman


Ni rakan-rakan seperjuangan saya :-)

AGRICULTURAL ENGINEERING:

SUPERVISOR - Dr. Alawi bin Sulaiman

STUDENTS - Mior Hazrin bin Mior Hassan
                                        - Mohamad Firdaus bin Mohamad Jamudin
                               - Nur Fitrah Aqilah Binti Abd Pahmy




Thursday 4 December 2014

My Birthday - in class ETR 600 with Dr Haji Mohd Nazri -


Hari dah 4 Disember.  Semalam 3 Disember 2014. Maknanya, umur saya dah genap 23 tahun.. Baru sedar, dah tua rupanya. Kalau orang tua cakap, dah boleh kahwin pun.. Hehehe...


Alhamdulillah Ya Allah kerana telah memanjangkan umurku, kerana telah meminjamkan anggota badan kepadaku untuk terus menjalani hidup di atas muka bumiMu ini Ya Allah..


Ya Allah, terima kasih diatas setiap rezeki yang telah Engkau berikan kepadaku. Terima kasih juga diatas kesakitan dan ujian yang engkau hadiahkan kepadaku kerana aku sedar, semua itu adalah kerana Engkau masih cinta, kasih dan sayangkan aku..


Ya Allah, aku memohon keampunan ariMu ya Allah. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengampun. Ampunkanlah semua dosa-dosaku yang telah aku lakukan samaada dalam keadaan sedar atau tidak..


Ya Allah, jangan lah Engkau meninggalkan aku walau sekelip mata pun kerana aku sangat meerlukanMu dalam setiap apa yang akau kerjakan..


Terima kasih Ya Allah disetiap takdir yang telah Engkau tetapkan kepada hambaMu ini.Engkaulah Yang Maha Pemurah, Yang Maha Pengasih lagi Yang Maha Berkuasa. Aku hanyalah hambaMu yang bermusafir di atas muka bumi Mu ini..


Dan pada hari ini juga, 4 December 2014, saya ucapkan happy birthday to my friend, Mohd Farhan yang mesra dipanggil dengan panggilan 'Paan'..
Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, dirahmati dan diredhai oleh Allah SWT selalu...

Nak cerita sikit la kisah hari ni.. Time kelas ETR600, kelas Dr Haji Mohd Nazri Bin Haji Mohd Noor..


Hari ni, 4 decembaer, time Dr bagi rehat 5 minit, budak kelas beritahu kuat-kuat yang hari ni birthday Paan. Lepas tu Dr perasan. Terus Dr panggil Paan ke depan untuk bacakan doa kat Paan. Lepas je siap doa, salah sorang kawan saya ni cakap kuat-kuat, "Dr, doa kat Fitrah jugak". Lepas tu Dr tanya, " Birthday awak juga hari ni?" sambil senyum, saya cakap birthday saya semalam Dr. Bukan hari ni. Lepas tu, Dr suruh semua kawan-kawan kelas saya mengaminkan doa yang dibacakan Dr untuk saya dengan Paan. Yang palaing saya terkejut, Dr siap bagi duit RM50 untuk saya dan Paan. Ya Allah.. Sangat tak sangka. Dr Nazri la lecturer yang first bagi hadiah kat saya.. THANK YOU SO MUCH Dr... Saya tak pernah ada lecturer macam Dr. Terima kasih Ya Allah kerana hadirkan lecturer yang sangat baik dalam sesi pembelajaran saya..



               

Ini lah Lecturer yang sangat saya sayang.. Dr. Haji Mohd Nazri Bin Haji Mohd Noor... 

:-)

Saturday 22 November 2014

Pisang Kaki


Entri kali ni pasal buah yang tak pernah saya makan. Buah ni first time saya makan n first time tgok buah ni kat Melaka. 


Nama buah ni pisang kaki. saya pun pelik kanapa nama buah ni pisang kaki. Kalau tengok buah ni, tak de kena mengena dengan buah pisang pun.. Kawan saya la promote suruh beli masa kat pasar malam. Dia cakap sedap, tapi saya tak beli jugak. Last-last dia yang beli lepas tu dia share dengan saya...Hehehehehe..



 Haa... ni la rupa isi pisang kaki tu.. Memang betul la kawan saya cakap, memang sedap buah ni. Isi dia rasa macam buah ciku pun ada tapi yang ni lagi best.
Rasa lemak, rasa manis, yang penting memang sedap la.. Harga tak mahal pun. Yang kawan saya beli ni 6biji RM2 je..Sesiapa yang tak rasa lagi tu, boleh la try beli dan rasa.  Tak kan mengecewakan la. Gerenti 100%... :-)


Monday 17 November 2014

Hari Konvokesyen

 
     Angah dan ayah...




Sekarang dah musim konvokesyen untuk UiTM. Bila ingat balik, seronoknya hari konvokesyen ni. Dapat jumpa balik kawan-kawan, kat sini jugak dapat lihat riak kegembiraan mak ayah kita.


Pejam celik, pejam celik, dah 2 tahun zaman diploma berlalu. Dari Disember 2009 hinggalah April 2014 saya dah berjuang di UiTM Jengka Pahang untuk mendapatkan segulung diploma dalam Diploma in Planting Industry Management.


Saya konvo kat Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) di UiTM Shah Alam. Time konvokesyen ni, ayah dan Angah saya je yang datang. Mak tak dapat datang sebab mak tak dapat cuti. So, dari Dungun ke Shah Alam, saya berdua jela dengan ayah lepas tu singgah kat rumah sepupu di Shah Alam. Petang esoknya terus pergi UiTM Shah Alam sebabnya sidang konvokesyen saya waktu petang. Kebetulan pulak, Angah saya memang study kat UiTM Shah Alam masa tu. So, habis kelas, dia datang terus kat DATC.


Masa konvo ni, ni la first time saya tengok keadaan konvokesyen sebenar sebab time konvokesyen Along dan Angah saya, saya tak pergi pun. Bila dah sampai kat DATC tu, ramai sangat orang. Gerai yang jual bunga pun banyak. Masa tu saya dengan ayah je. Saya dengan ayah jalan-jalan dulu kat gerai-gerai yang ada sebelum saya kena baratur untuk masuk dewan. Tapi tak terdetik pun nak dapat bunga sebab tengok harga mahal sangat. Lagi pulak tu bunga fresh,mesti tak tahan lama. Kalau dah sejambak tu RM60, bagi saya baik gantikan dengan makanan or pakaian.. Saya datang konvo sebab nak ambil sijil diploma saya tu. Bukan nak bunga. Lagi pulak, saya tak nak ayah bazirkan duit..Hehehehe... Tapi rupanya ayah saya fikir lain. Ni dialog antara saya dan ayah masa lalu kat gerai-gerai tu...


Ayah : Lawa bunga-bunga ni. Irah nak bunga? nanti ayah belikan.
Saya : Tak payah la ayah. Mahal bunga-bunga ni. Tak tahan lama jugak. Membazir je beli.
Ayah : Ala, tak apa, sekali sekala apa slahnya. Untuk bergambar buat kenangan.
Saya : Kita bergambar je lepas Irah keluar dewan nanti ayah. Kenangan jugak tu.
Ayah : Ye ke.. Betul tak nak ni? Ayah tengok kawan-kawan Irah semua dapaat bunga.
Saya : Betul. Biarlah ayah. Irah tak nak bunga tu. Kita bergambar je nanti. ( Sambil senyum, saya tengok ayah)
Ayah : Yela. ( Sambil tengok saya dan senyum)


Ayah masuk dulu dalam dewan tu, lepastu baru la saya dan kawan-kawan masuk. Kalau korang ingat lagi time konvokesyen, masa jejak masuk je dalam dewan tu, dengan iringan muzik, mesti berbunga-bunga hati time tu kan. Lepastu nyanyi lagu Negaraku, lagu Wawasan Setia Warga dan lagu UiTM Dihatiku.


Sampai masa yang ditunggu-tunggu, nama saya dipanggil untuk naik ke pentas. Sangat gembira time tu. Dan saya dapat rasakan, ayah saya yang berada dalam dewan tu pun gembira..

 

Bila keluar dewan tu, rupa-rupanya ayah dan Angah dah tunggu dengan bunga. Ya Allah,  terkejut pun ada. Padahal dah pesan dah kat ayah tak payah beli bunga. Ayah....ayah.... Terima kasih ayah, Angah... :-)


Untuk ayah, emak, adik beradik, pensyarah, kawan-kawan dan semua lah, terima kasih sebab bagi dorongan sampai saya dapau memegang segulung diploma. InsyaAllah tahun 2015 nanti, sekali lagi saya akan menghadiri konvokesyen untuk mengambil segulung ijazah..



Ha, nilah kawan rapat saya masa kat UiTM Jengka. kitorg selalu satu group untuk buat assignment..[ Dari kiri : Nuratiqah Binti Othman (IQA), Nur Zafirah Binti Abd Halim (ZA), Nur Fitrah Aqilah Binti Abd Pahmy (FITRAH) ]

Sunday 16 November 2014

Gadis berkaca mata

                     


Kategori cacat ke kalau pakai cermin mata ni? Rabun je larrr.... Bukan kita yang minta untuk rabun ni, tapi kadang-kadang kita tak sedar, disebabkan kita yang tak jaga attitude la yang boleh sebabkan kita pakai cermin mata. Attitude apa? contohnye,tengok tv dekat-dekat, selalu tengok skrin computer, baca dalam gelap.. So, sesiapa yang tak rabun lagi tu, jaga lah mata tu ye. Jangan sampai rabun.


Bila ada yang tanya saya, best ke pakai cermin mata ni? Jawapan saya, sangat tak best. Cerewet. Bila nak buat krja, cermin mata mesti kena ada, kalau tak, memang tak jalan la kerja tu. Kalau boleh taknak pakai langsung cermin mata ni biar dapat tengok terang-terang dalam jarak yang jauh. Namun apakah daya, cermin mata dan diriku ini tak dapat dipisahkan. Hahahahaaa.. Saya akan tanggalkan cemin mata ni time masuk bilik air and time tidur je. Masa-masa lain, memang akan sentiasa la cermin mata ni akan melekat di mata saya ni.


Lebih-lebih lagi bila perlu kena redah hujan. Pernah sekali tu time nak balik rumah. Dah la time tu naik motor. Hujan lebat pulak. Tunggu punya tunggu, macam takde tanda-tanda nak berhenti pun hujan tu. Saya redah jela hujan tu, sangat susah nak tengok jalan. Nak tau macam mana keadaan vision saya time tu, sama macam dalam gambar kat atas tu. Sebijik.
 Langsung x clear.


Ada yang cadangkan supaya pakai contact lens. Saya dah pernah pakai contact lens ni tapi cuma sebulan je. Lepas tu tak beli dah sebab rupa-rupanye pakai contact lens lagi cerewet rupanye. Perlu ambik masa untuk pakai. Kena jaga elok-elok. Time nak tidur kena tanggalkan dulu. Sangat memenatkan. Saya rela pakai cermin mata lagi dari pakai contact lens ni. Kalau tertidur sambil pakai contact lens, mata akan lagi rosak. Kalau tertidur pakai cermin mata, mata tak rosak. Kalau rosak pun, cermin mata je.. Mana yang lagi penting antara mata and cermin mata? 


Friday 7 November 2014

Mengenangkan Dosa-dosa Yang Lalu


Ketika hati ini sedang bergelora. Ketika diri ini rasa menyesal dan kecewa mengenangkan dosa-dosa yag telah dilakukan dan merasa tiada harapan lagi untuk bersihkan diri ini. Harus di ingat, Allah SWT itu ada.. Allah itu Maha Besar, Allah itu Maha Mengetahui, Alllah itu Maha Berkuasa..

Tiada perantaraan diantara manusia dan Allah. Tidak ada halangan untuk kita berhubung dengan Allah dan untuk kembali pada Allah samaada bangsa apa pun kita ni, keturunan apa pun kita ni,bila-bila masa pun dan dimana pun kita berada. Allah Maha Mengetahui,Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang terhadap hamba-hambaNya.

Apabila kita tiada empat untuk mengadu dan melepaskan rasa apabila hati sedang resah dan bergelora, sujud lah kepada Allah. Bertaubat la kepada Allah. Minta keampunan daripadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun.

Firman Allah SWT : Katakanlah (wahai Muhammad) : "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri ( dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa, sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. ( Az-Zumar 39:53) 

Wahai sahabat, selagi nyawa belum ditarik, selagi matahati belum muncul dari sebelah barat, pintu taubat terbuka luas. Jangan lengahkan masa untuk bertaubat. Perasan tak, kenapa Allah masih hidupkan kita pada hari ini? Sahabatku, Allah masih menyayangi kita, Allah masih memberi peluang kepada kita untuk bertaubat. Sebab itu lah kita masih hidup sampai sekarang. Teruslah mengharap dengan Allah. Berhubung la dengan Allah. Minta lah keampunan dariNya. InsyaAllah akan diperkenankan. Sahabat, iblis pun pernah minta dengan Allah untuk dipanjangkan usia sehingga kiamat dan Alllah perkenankan permintaan iblis tu padahal iblis telah menderhaka kepada Allah kerana enggan sujud kepada Nabi Adam. Takkkan kita sebagai hamba yang selalu solat, Allah tak beri apa yang kita minta.

Sahabat, Yakinlah dengan Tuhan kita, Allah SWT dan bersyukurlah.. Teruslah berdoa kepada Allah. Ingat tak kesusahan yang kita alami sebelum ni? yang kita fikir kita tak dapat hadapinya? Tapi terfikir kah kita di saat ini? dah berapa banyak kesusahan yang telah kita rentasi dan kita pun mungkin dah lupakan sebahagian doa yang telah kita minta pada Allah unruk merentasi masalah-masalah tersebut.

SELAGI NYAWA DIKANDUNG BADAN,SELAGI DIBERI AKAL UNTUK BERFIKIR, PELUANG UNTUK KEMBALI PADA ALLAH TIDAK PERNAH TERTUTUP......... :-)

Wallahhu'alam....


Kelebihan Surah Al-Kahfi




Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat”

Surah Al-Kahfi adalah surah yamg ke-18 yang mengandungi 110 ayat..


Kebiasaannya, Surah Al-Kahfi dibacakan setiap hari Jumaat. Tak salah pun luangkan masa sekejap untuk baca surah al-kahfi ni.. Tak sampai setengah jam pun.. Lepas subuh, bleh trus baca :-)


Lagi antara kelebihan baca surah Al-Kahf ni ialah:


1.Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu beliau berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAH terangi ia dengan cahaya di antara dua Jumaat.”  (HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani)


2.  Daripada Ali yang meriwayatkan daripada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar Dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya.” (Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)


3.  Daripada Abu al-Darda’ bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal.” (HR Muslim 809)

Wallah hu' alam... 

Tuesday 4 November 2014

I'm Super Woman


Dalam kehidupan, mesti ada pasang surutnya.. Kehidupan kita ibarat roda, sekejap kita kat atas dan sekejap kita kat bawah dan begitulah seterusnya.. Oleh itu, kita harus kuat untuk meneruskan hidup dengan mengikut apa yang diperintahkan oleh Alllah SWT dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah SWT.

Kita sebagai manusia, sebagai hamba Allah SWT,kita kena berpada-pada dalam kehidupan ini. Ingat,semua yang terjadi dalam hidup kita ni semuanya ketentuan Allah. Apabila kita berada di atas, di puncak kejayaan, jangan lah kita bongkak. Jangan kita sombong dengan orang yang di bawah kita. Mungkin kita tidak tahu ada diantara orang yang kat bawah tu lah yang sering mendoakan kejayaan kita. Selalulah bersyukur kepada Alllah SWT.

 Apabila kita di bawah pula, jangan sekali-kali kita memarahi nasib diri kerana apabila kita berbuat demikian, secara tidak langsung, kita telah memarahi Allah yang telah menciptakan kita.. Apabila kita ditimpa musibah, ditimpa ujian, kita harus ingat, kita masih ada Allah. Kita masih ada tempat bergantung dan mengadu nasib pada Allah. 
Wahai sahabat, ingat, Allah Maha Penyayang. Allah tidak akan memberi ujian kepada hamba-hambanya diluar kemampuan mereka... "Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan" (As-Syarh:5).

Allah Maha Besar.. Allah Maha Mengetahui.. Kita sebagai hambaNya, harus bersabar dari ujian tersebut. Harus kita ingat, manusia yang diberikan ujian oleh Allah adalah Manusia yang terpilih.. Allah masih sayangkan kita. Sebab tu lah Allah memberi ujian kepada kita.. Sama juga macam emak dan ayah kita. Selagi mereka menegur kesilapan kita, maknanya mereka masih menyayangi kita smua. Tapi, apabila satu hari kita membuat kesilapan dan tiada teguran daripada emak dan ayah kita, mungkin disaat itu kasih sayang mereka kepada kita sudah berkurang. Mungkin mereka dah puas menasihati kita dan dah tak nak ambik tahu lagi tentang apa yang kita buat sama ada ianya untuk kebaikan atau keburukan.

Wahai hati, janganlah bersedih... "Hasbunalllah  wanikmal wakil, nikmal maula wa nikman nasir" - Cukuplah Alllah sebagai penolong dan sebaik-baik pelindung...

SABARLAH WAHAI HATI...
KUATLAH WAHAI HATI...
TERUSKAN KEHIDUPAN MENGIKUT SYARIAT...
JANGAN MATIKAN SENYUMANMU DENGAN UJIAN YANG DIHADAPI INI..
JADILAH SUPER MAN / SUPER WOMEN FOR YOURSELF... :-)


Saturday 18 October 2014

CINTA DAN PERASAAN

Kehadiran engkau ke dalam hidupku adalah tanpa dipinta..Kepergian engkau daripada hidupku juga tanpa dipinta..


Engkau hadir ke dalam hidupku secara tiba-tiba. Kegembiraan terpancar pada wajahku disaat kau hadir membawa sebuah cinta. Walaupun ianya hanyalah jarak jauh.

Di awal kisah, semuanya baik dan kau telah yakinkan padaku,kau mampu menjadi seorang ketua yang baik.. Kepercayaan yang tinggi telah aku berikan pada kau kerana apabila berjauhan aku sangat yakin kau pandai membawa diri tanpa melukakan hatiku ini.. Janji untuk meneruskan hubungan hinggga ke jinjang pelamin telah dilafazkan..

Tahun demi tahun berlalu.. Sedih dan gembira dalam hubungan ini, kutelan dengan harapan kau tidak akan melakukan perkara yang sama.. Bergaduh? itu perkara biasa kerana dikatakan adat di dalam perhubungan.

Engkau yang telah bertapak di alam pekerjaan mulai berubah. Aku yang masih bertatih untuk menimba ilmu mula goyang.  Janji yang telah dilafaz untuk bersama sehidup semati mulai nampak kesamaran.

Di awal engkau melalui alam pekerjaan, aku lah yang engkau cari untuk meluahkan perasaan di tempat kerja. Akulah tempat yang engkau curahkan rasa ketidakpuasan hati dengan pekerja yang lain... Aku sebagai pasangan, hanya mampu mendengar, menasihati dan menyabarkanmu.

Namun, apabila engkau telah melangkah ke peringkat yang lagi tinggi, aku dapat rasakan hubungan ini makin renggang. Engkau yang dulu bukan macam sekarang. Semuanya berubah. Janji yang telah dilafaz tidak dikotakan. Aku yang sedang menimba ilmu terkontang kanting dalam mengejar cintamu. Engkau yang telah berjaya telah seronok meneruskan kehidupan.

Tanpa sebab, perhubungan ini seperti tidak pernah wujud. Perkenalan selama 5 tahun ini telah menjadi abu. Kegembiraan sebelum ini tidak memberi erti kepadaku lagi.

Setelah sekian lama hubungan dikubukan,engkau datang kembali menagih cinta. Dengan pintaan maaf. Semudah itu kau lafazkan kata maaf kepadaku setelah kau lakukan kesalahan. Dimana perasaanmu ketika kau melakukan kesalahan itu? Inikah cara dirimu untuk membalas cinta yang telah ku beri?  Sangat menyakitkan apabila cinta yang diberi dibalas dengan dusta. Permintaan maafmu kuterima tetapi untuk kembali kepada hubungan seperti dulu tidak akan sama sekali.

Aku sedar, semuanya adalah qada' dan qadar Allah.. Kita sebagai manusia,iaitu hamba Allah, hanyalah mampu merancang. Allah Yang Maha Esa lah yang menentukan segalanya.

Thursday 16 October 2014

Persahabatan


Setiap orang mesti mempunyai sahabat. Sahabat adalah yang selalu menemani kita diwaktu kita senang dan juga ketika di waktu susah.. Ketawa bersama kita disaat gembira dan menitiskan air mata bersama kita disaat sedih juga bersama kita menemani untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.. Seorang sahabat sejati tidak akan meninggalkan kawannya semasa di dalam kesusahan.

 Mengenalimu dalah satu kesyukuran, bergurau denganmu adalah satu kebahagiaan, menyakiti hatimu akan kuelakkan dan satu permintaanku semoga persahabatan kita terus kekal dan abadi...


Manisnya apabila bersahabat..Hargailah bila bersahabat, sayangilah bila bersama, maafkan bila terluka, ingatilah bila berjauhan, fahamilah bila keliru, nasihatilah bila terleka dan tegurlah bila tersilap.


Perjuangan tak akan putus kerana diikat dengan rantai iman, mujahid tak keseorangan kerana diikat dengan rantai ukhuwah, istiqamah dalam perjuangan sebagai bukti keimanan, semoga ikatan ukhwah ini terbina untuk selamanya..


Ya Allah...
Sahabat buat hati gembira,
Mesra kami penawar duka,
Rindu kami menambah rasa,
Rajuk kami membuah ceria.


Ya Allah..
Silaturrahim kami ukhuwah fillah,
Bermusuh kami nauzubillah,
Berpisah mati insyaAllah,
Pengubat hati doa rabitah.


Ya Allah..
Rahmati kami meniti usia,
Terpisah kami di alam nyata,
Temukan kami di taman syurga.


AMIN...






Kek Coklat Kukus/Bakar yang Simple dan Sedap





Chocolate cake.... Emmm, sesiapa yang gemarkan coklat tu mesti suka makan kek coklat.. Kalau kek coklat moist yg meleh tu, mesti harga sepotong tu paling kurang RM5.. So, sekarang ni saya nk share resepi yang sgt mudah untuk buat kek coklat ni.. Barang-barang yang digunakan pun sangat la senang nk cari dan yg pasti harga untuk buat kek coklat ni tak sampai RM30 pun.. Try la buat, mesti jadi la...Gerenti puas hati :-)


Bahan A:


-1 cawan gula
-1 cawan susu cair
-1/2 cawan susu pekat
-1 cawan minyak masak
-1/2 serbuk koko


Bahan B:


-3 biji telur
-1/2 sudu teh baking powder
-1 1/2 cawan tepung gandum
-2 sudu butter

Bahan C (untuk topping):


-Coklat masakan (ikut banyak mana yang nak digunakan.kalau sebesar kek yang saya buat kat atas tu, saya guna 3 petak je)
-2 sudu besar butter
-1/2 cawan susu cair


Haa, kat atas tu semua barang yang kita guna untuk buat kek coklat simple ni.. Ok, sekarang kita pergi pada cara-cara nak buat kek pulak..


Cara-cara buat kek:


1. Masukkan semua bahan A tadi ke dalam periuk dan panaskan diatas dapur      gas dalam keadaan api yang kecil.. Gaul hingga sebati.. Apabila dah sebati, tutup api dan biarkan seketika.
2. Masukkan telur ke dalam 1 bekas yang lain,pukul telur sehingga betul-betul kembang.
3. Masukkan bahan A yang telah sebati tadi (dalam periuk) kedalam bekas yang mengandungi telur yang telah dipukul tadi. Gaulkan sehinggga sebati.
4. Masukkan 1 sudu teh bikarbonat dan 1 sudu teh baking powder ke dalam acuan yang sama dan gaul sehingga sebati.
5. Masukkan 1 1/2 tepung ke dalam acuan yang tadi juga dan gaulkan sehingga sebati.
6. Sapukan planta di bahagian dalam loyang.. Ianya adalah supaya kek tidak melekat apabila sudah mask nanti.
7. Tuangkan acuan di dalam bekas tadi ke dalam loyang
8. Kukus selama 50 minit dengan apisederhana. Kalau nak tahu kek tersebut dah masak atau belum, cucuk kek tu menggunakan lidi ataupun garfu. Apabila lidi tersebut tak ade lekat kek yang lembik, kek dah masak la tu..

Cara-cara buat topping:


1. Campurkan semua Bahan C kedalam periuk dan panaskan dengan kaedah boiling. Apabila semuanya dah cair dan sebati, boleh la curahkan di atas kek tadi..


 Inilah hasil kek yang saya buat.... 










Sangat senang kan?? Nak buat hari-hari pun boleh.. Nak berniaga lagi la boleh.. 


SELAMAT MENCUBA!!! :-)


MESTI TAK MENYESAL LA... :-)

Tuesday 7 October 2014

Bueberry Cheese Cake



 Sekarang cuti mid sem.. Bila dah duduk kat rumah tu, mula lah cari resepi untuk memasak kan.. Bila kat rumah memang tak boleh nak duduk diam... Ade je kerja nak dibuat.. Hari ni, saya teringin sangat-sangat nak makan cake sebab akak asyik menyebut pasal kek je dari semalam.. So, hari ni saya buat la blueberry cheese cake..


Skrg, saya nak share cara-cara buat bluebery cheese cake yang paling simple.. Sangat- sangat senang dan bahanyang digunakan pun simple dan tak mahal. Yang paling penting,ianya sangat sedap....



1. Mula-mula, hancurkan biskut hingga hancur (jangan terlalu hancur) lpastu letak dalam 1 bekas.. Ambik sedikit butter dan c
ampurkan dalam biskut yang dah dihancurkan tadi. Jangan letak terlalu banyak sebab biskut yang telah digaul dengan marjerin tadi, kita letakkkan dalam loyang untuk dijadikan base kepada kek tersebut. Lepas letakkan base kek tadi ke dalam loyang, penyekkan ia dan biarkan seketika. Untuk dijadikan base, guna biskut apa-apa pun boleh.. Biskut oreo pun boleh..






2. Beli 2 bungkus cream cheese ni tau... Letak cream cheese ni dalam 1 bekas dan gaulkan sehingga betul-betul lembik.. Kalau nak sedap lagi,letak sebiji telur pun boleh..












3. Selepas cream cheese itu tadi dah betul-betul lembik, letak 1/3 tin susu pekat manis... Tak kisah nak guna jenama apa pun k.. klau nak manis lagi, boleh la letakkan susu itu lebih sedikit... Mengikut kemanisan masing-masing...









4.  Selepas cream cheese dan susu tu dah betul-betuk sekata, masukkan ke dalam loyang yang teah diletakkan base tadi.. Selepas itu, kek itu boleh lah dibakar di dalam oven dengan suhu 150 darjah selsius selama 30-45 minit.



5. Setelah kek tersebut dah masak, sejukkan dahulu kek ersebut.. Kalau nak tau kek tu dah masak atau belum, cucuk kek itu di bahagian tengah menggunakan lidi.. Kalau ianya tidak melekat pada lidi tersebut, tu maknaya kek anda semua dah masak. Selepas itu, bolehlah menghias kek anda semua mengikut kreativiti masing-masing.. Saya cuma menghias mengginakan jem bluebery sebagai topping cheese cake yang dibuat pada hari ni..


6. Cara-cara membuat topping, ambik jem dan masukkan ke dalam sebuah bekas. selepas itu, kacau jem tersebut sehingga cair.. Selepas jem itu cair dan kek tersebut telah dikeraskan .curahkan jem yang telahdicairkan tadi pada kek... Tak kisah nak beli jem ap untuk topping..


HAAAAA, INILAH HASILNYA...
Blue Berry Cheese Cake


 



Wednesday 1 October 2014

Business

9/10 punca rezeki adalah perniagaan...  Nabi Muhammad SAW pun berniaga dari kecil lagi dengan menikut bapa saudara baginda...

"Saya belajar lagi la, mana boleh nak berniaga lagi.. Dengan nak belajar lagi, assignment banyak.. Duit perbelanjaan time study ni, saya guna yang PTPTN.. Cukup la tu untuk sampai habis sem ni.. Sem dpan duit PTPTN masuk pulak.. Nanti dah habis belajar saya kerja la.. Time tu baru saya akan kumpul duit.."

Selalu kita dengar statement macam tu kan? ok, bagi saya tak salah kalau btul2 buat mcam tu.. Tapi, cuba kita fikir, macam mana dengan duit simpanan kita yang akan datang? Kalau lah kita dah ceburkan diri dalam perniagaan dari awal-awal lagi, mungkin sedikit sebanyak kita ada simpanan sendiri walaupun sedikit sebelum kita menceburi di alam pekerjaan.

Ok, let me share what i'm doing during study.. now, i still study at uitm.. Tapi, saya berniaga sambil belajar... keuntungan saya tidaklah terlalu banyak tetapi bagi saya berbaloi dengan modal yang saya keluarkan dan tenaga yang saya gunakan..

Sekrang, saya buat dua business. First, saya berniaga topup. Kenapa saya cakap tak perlukan tenaga yang banyak? sebabnya customer yang datang mencari saya dan saya hanya menambahkan topup kepada customer.then, profit daripada topup trsebut akan automatik masuk ke dalam modal topup saya.. Second, saya menjual kain batik terengganu asli online.. Saya beli kain batik terengganu secara pukal. Of course dapat harga murah kan.. Then, customer akan contat saya untuk beli kain batik tersebut. Apabila customer dah transfer duit pada akaun saya, barulah saya akan post kan kain batik tersebut. Bayaran yang dikenakan termasuk la kos penghantaran..

Jadi, saya fikir, untuk berniaga tidak lah susah tetapi memerlukan usaha dan perlu konsisten.. Adat berniaga, selalu ada turun naiknye.. Sebagai seorang berniaga, kita perl ada sikap sanggup menanggung risiko... Paling penting, nawaitu kena betul dan jangan mudah berputus asa...

9/10 punca rezeki adalah dari perniagaan... :-)



Rezeki datangnya dari Allah



Firman Allah (Saba’:24)
Katakanlah: “Siapakah yang memberi rezeki kepada mu dari langit dan dari bumi?” Katakanlah: “Allah”, dan Sesungguhnya Kami atau kamu (orang-orang musyrik), pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata.

Man jadda wajada... sesiapa yangberusaha, dialah yang akan berjaya...
Kita sebagai hamba Allah haruslah berusaha untuk mendapatkan sesuatu even bnda tu kecil atau besar..
Berjaya atau tidak, itu urusan Allah SWT.. Allah Maha Besar, Allah Maha Berkuasa...
Kita hanya merancang dan Allah lah yang menentukan.. Allah sebaik-baik perancang..Subhanalah... 

Berusahalah untuk menjadi seorang hamba yang berjaya di dunia dan di akhirat.. siapa pun kita sekarang, student atau pekerja, semuanya harus bertungkus lumus unruk mencapai apa yang diinginkan. Untuk students, semestinya semua ingin mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan supaya dapat menggapai cita-cita y ang telah ditanam dalam diridari kecil lagi.. Untuk yang dah bekerja pula, bagi yang bujang, mungkin ada misi tersendiri.. Mengumpul duit untuk berkahwin,atau yang dah berkahwin, ingin trus mengumpul wang untuk perbelanjaan keluarga supaya keluarga akan terus hidup harmoni dan dilindungi leh Allah SWT...

Namun, jangan lupa, nawaitu sebelum membuat sesuatu haruslah betul. Jika terpesong,haruslah terus kembali ke jalan yang benar, yang diredhai oleh Alllah SWT. Ingat, rezeki tidak akan datang bergolek.. Dan bulan tak akan jatuh ke riba.. Berusahalah untuk berjaya..

MAN JADDA WAJADA... SESIAPA YANG BERUSHA, DIA AKAN BERJAYA...

Sunday 28 September 2014

Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan...


Nabi Muhammad SAW telah bersabda: "Tuhanmu telah berfirman: 'Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk beribadah kepadaKu, maka Aku akan penuhi hatimu dengan rasa kaya dan Aku akan penuhi kedua-dua tanganmu dengan rezeki. Wahai anak Adam, janganlah kamu menjauhi Aku, maka aku kan memenuhi hatimu dengan kefakiran dan kedua-dua tanganmu dengan kesibukan'." (H.R Imam Al-Hakim daripada Mu'aqqal bin Yassar r.a)

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” Surah Ibrahim : ayat 7