Saturday 28 February 2015

Kenanga Wholesale City (KWC)





















KWC ni dikenali  tempat shopping mall raja borong. Sebelum ni, just dengar dari kawan-kawan je pasal KWC ni. Memang famous la tempat ni. Barang-barang memang murah. Beli borong lagi la murah.

Kebetulan cuti raya cina ni, dah ada kat Gombak, saya apa lagi, terus plan la nak pergi jenguk macam mana rupa KWC tu. Pagi tu, pakcik saya hantar terus saya ke LRT masjid Jamek. Then, saya beli token ke Hang Tuah. RM1.20 je harganya.

Lagi sekali, dengan ke”independent” saya ni, saya pergi ke LRT Hang Tuah tu seorang diri untuk ke KWC tu. Hehehehe. Sampai je kat LRT Hang Tuah tu, lagi sekali terpinga-pinga sebab tak tau kat mana KWC tu. Hahaha..

So, apa lagi? terus la ringankan mulut bertanya kat sape-sape yang ada kat situ. Kebetulan ada seorang perempuan Chinese kat situ. Dia la jadi mangsa pertanyaan saya. Kihkihkihhh.. rupanya tak susah sangat nak ke sana. Dah ada laluan untuk ke KWC tu. Siap ada signboard untuk pejalan kaki ke KWC.



Sampai kat dalam KWC tu, rasa teruja kejap. Dengan bangunan mall yang tinggi, ada 8 tingkat semuanya. Asalnya, datang kat situ niatnya untuk window shopping je. Last-last beli jugak jubah 2 helai. Huhuhuhuuu.




Pakaian lelaki tak banyak sangat kat dalam mall ni. Untuk perempuan, memang boleh tersengih lebar la. Berlambak-lambak baju perempuan yang murah-murah. Handbag murah. Tudung murah. Baju murah. Skirt murah. Semua murah la. Hehehe… J



Dah letih berjalan, apa lagi, terus la balik ke UiTM Shah Alam. Saya  terus ke LRT Hang Tuah dan terus ke KL Sentral dengan harga RM2.50. Macam biasa, turun kat Masjid Jamek, lepas tu naik LRT ke KL Sentral pulak. Sampai kat KL Sentral, pergi kat bus stand pulak untuk naik bas rapid U80 ke Seksyen 2 dengan harga RM2.50 and naik pulak bas rapid 630 ke UiTM dengan harga RM1.

Actually, kalau tak nak naik bas rapid kat KL Sentral tu, naik KTM ke padang Jawa pun boleh. Kalau naik bas, kena keluar dari KL Sentral tu lepas tu kena cross jalan. Lepas tu kena tunggu bas lagi. kalu dah kesuntukan masa tu, naik jela KTM. Beli tiket KTM ke Padang Jawa. Sampai ke Padang Jawa naik teksi ke UiTM. TAPI………. Mahal sikit la. Harga tiket KTM tak ingat dah. Tapi murah je. Tambang teksi dari Padang Jawa tu mahal. RM6/8 pakcik teksi tu ambik.  That’s why la saya naik bas dari KL Sentral tu. Save duit. Kesimpulannya, sayangi bas rapid. Hahahaha.


Shah Alam - Gombak


Cuti raya cina ni, cuti yang agak lama la. Dari hari Khamis sampai Ahad. Kalau la boleh balik rumah kat Dungun, alangkah happynye J…Dah lama tak balik rumah ni… last-last buat plan sendiri. Khamis and Jumaat still pergi lab and Sabtu pergi rumah pakcik kat Gombak untuk ambik barang. Niat di hati, pagi-pagi Sabtu tu, nak ambik teksi untuk ke KTM Padang Jawa tu. Lepas tu terus ke KL Sentral. Alih-alih, pagi Sabtu tu, bila call pakcik teksi tu, pakcik tu pulak tak kerja hari tu. Mula la tak tau nak buatmacam mana. Nak cancel tak boleh sebab dah janji dengan pakcik nak pergi pagi ni. Lagi pulak, nombor teksi lain takde la pulak.

So, dengan teknologi yang ada, terus saya ambik smartphone saya yang tak berapa nak smart ni, terus tanya abg google cara untuk ke KL Sentral. Actually, ni kali pertama saya nak ke KL Sentral. Sebelum ni tak pernah jejak pun kat Kl Sentral tu. Then, dengan ke“independent” saya ni, terus saya pergi ke bus stop Kolej Mawar and tunggu bas untuk ke Seksyen 2. Nasib saya baik pagi tu, ada bas UiTM kat bus stop tu. So, jimat la RM1 untuk ke Seksyen 2 sebab kalau naik bas rapid 603, kena bayar RM1 untuk ke Seksyen 2 tu.



Sampai ke Seksyen 2, naik bas rapid U80 untuk ke KL Sentral. Murah je, RM2.50 only. Bas rapid dihatiku. Hahahaa. Dekat sejam jugak la dari Seksyen 2 ke KL Sentral tu. Biasa la, banyak kali berhenti kat hentian-hentian bas ni.
Bila bas dah berhenti kat hentian KL Sentral, saya tengok ada mall (NU mall). Takde pulak tempay nak naik train. Dah la sorang-sorang ni. Mula la saya fikir yang saya silap turun tempat. Lepas tu saya try je masuk kat dalam mall tu then ternampak polis bantuan kat situ. Saya pun apa lagi, terus tanya abg polis tu macam mana cara nak naik train dari KL Sentral ni. Lepas tu dia terus bagitahu kat mana tempat nak naik LRT tu. Ni la pentingnya bertanya. Kalau malu nak tanya, sesat la jawabnya. So, rajin-rajin lah bertanya ye… J



Lebih kurang macam ni la perbualan saya dengan abg polis yang baik hati tu.     “encik, kat mana nak naik LRT kat KL Sentral ni?”  “awak nak gi mana” “saya nak gi Gombak”  “ooh, awak naik 2 kali escalator ni, bukan naik tingkat 2 tau. Awak naik 2 kali, lepas tu belok kanan. Lepas tu awak akan Nampak tangga untuk turun ke bawah belah kiri. Kat situ la tempat nak naik LRT”  “OK, terima kasih encik” .

Laaa… sebenarnya kat dalam mall tu jugak. Mana la saya nak tau. 1st time kot datang sini. Sorang-sorang pulak tu, main terjah je datang sini.  Sebelum ni, dari Gombak ke KL Sentral, saya terus naik KTM untuk ke Padang Jawa. Mana la nak tau macam mana rupa kat bawah tu.

Lepas tu saya terus ikut la apa yang abg polis tadi beritahu. Senang je nak cari sebenarnya. Pastu terus gi kat mesin untuk beli token ke Gombak. RM2.50 je. Dari KL Sentral terus ke LRT Gombak.. Senang je kan? Hehehe

Alhamdulillah, sampai ke tempat yang nak dituju dengan selamat tanpa sesat.







Saturday 21 February 2015

HERO - Hilal Asyraf





Akhirnya, habis jugak baca novel HILAL ASYRAF ni. Mula2, rasa malas je nk bce buku tu sbb nmpk macam cerita pasal penjenayah semata2.. tapi ,bila dh start bce, msti akan terus trtnya2 apa akan jadi lpas ni? lpas tu apa plak yg akan jadi? mcm mne pgakhiran crita ni?

So, anyone yang suka baca novel Ramlee Awang Murshid, saya syorkan bce novel ni sebab cerita ni pun berunsurkan islamik plus jalan cerita dia ke arah pengembaraan kebaikan ..  Senang cerita, sgt teruja la bila dah baca buku ni. Dan lagi-lagi teruja bila dah habiskan baca buku ni... Hehehehe... 

Selamat membaca :-)


AFAM + HUSNA + PAK ABI + MR UMAYER

Fully Housewife or Worker???


   ATAU






Lepas study, masing-masing nak kerja untuk cari duit. Saya sendiri pun macam tu la. Makcik-makcik kat kampong tu, ada je mulut yang berbunyi, “kenapa la nak belajar tinggi-tinggi? Orang perempuan ni akan duduk dapur jugak”. Kenapa makcik? Nak duduk dapur tak perlu ilmu ae? Nak masak nasi pun kena ada ilmu tau. Kalau tak, alamatnye nasi tu jadi keras atau jadi bubur laaa…

Saya ada impian sendiri jugak. After study, memang la nak kerja. Nak bantu mak ayah, adik beradik and nak bayar balik pinjaman PTPTN tu. Tapi, saya pernah jugak fikir, after saya kahwin and dapat anak, saya tak nak kerja. Kalau kerja pun, saya nak buat business dari rumah.

Saya nak jadi housewife. Saya nak jaga anak sepenuh masa. Saya taknak hantar anak kat nursery. Sekarang macam-macam kes berlaku kat nursery ni. Menyeramkan. Lagi pulak, nak bayar kat pihak nursery tu pulak bukan murah. Mahal jugak. Baik saya jaga sendiri, anak pun selamat. Tak payah nak cari orang gaji. Plus, saya suka buat kerja rumah. Hehehe…. So, insyaAllah tak kan bosan. 

Bak kata-kata sesetengah orang lelaki, bagi wang hantaran mahal-mahal, tapi nak cari orang lain untuk kemaskan rumah and jagakan anak. Baik tak payah..huhuhu…

Tapi, ada ke lelaki sekarang yang nak isteri dia tak kerja??? Ada ke yang nak isteri dia fully housewife????  I DON’T KNOW…. (-_-)

Kalau betul la si dia jodohku, harap-harap si dia dapat terima apa yang ku inginkan dan faham apa yang ku fikirkan…




it's better laaaaaa...huhuhu

Ada Apa Dengan Nama


Nama penuh saya Nur Fitrah Aqilah Binti Abd Pahmy. Saya rasa nama saya sangat sedap. Perasan untuk diri sendiri..kihkihkih. Saya tak pernah lagi jumpa nama someone yang sama dengan saya. Kalau Nur Fitrah atau Nur Aqilah ada la. Tapi, yang sama sebijik dengan nama saya belum ada lagi.

Terima kasih mak, terima kasih ayah sebab bagi nama ni kat Irah. Irah sangat sukakan nama Irah ni. Bangga sangat dengan nama yang mak and ayah bagi. Nama ayah saya pun legend dan unik tau. Tak pernah lagi saya jumpa nama someone Abd Pahmy. Abd Fahmi ada la. Banyak sijil-sijil saya yang diorang salah taip nama ayah. Padahal saya dah tulis nama ayah yang betul. Ada je yang silap. Kalau korang tengok sijil saya, memang nama ayah tukar-tukar. Ada yang letak Abd Fahmi, ada yang letak Abd Fahmy. Sikit je sijil yang betul ejaan nama ayah saya. Tapi, hakikatnya adalah orang yang sama even namanya ejaan lain.. hahahaaa…

Maksud nama saya ialah “ Cahaya Semulajadi/Bersih Berakal”. Best kan? Hehehe… sebenarnya, ikut cerita mak and ayah saya, emak nak letak nama Nur Fitrah. Ayah pulak nak letak naam Nur Aqilah. Last-last, mak anad ayah combinekan je nama tu. So, jadilah Nur Fitrah Aqilah.

Ramai kawan-kawan saya panggil saya Fitrah. Mak pun kadang-kadang panggil saya Fitrah jugak. Jarang sangat nak dengar orang panggil saya Aqilah. Kat sekolah rendah, ada sorang cikgu je yang panggil saya Aqilah. Kat sekolah menengah pulak, ada sorang je classmate yang panggil saya Aqilah. Tu pun kawan lelaki. Kawan perempuan memang semuanya panggil Fitrah. 

Time diploma pulak, ada sorang lecturer je yang panggil saya Aqilah. Tu pun sebab masa perkenalkan diri, saya suruh panggil Aqilah..hehe.. 

Time degree ni pulak memang semua panggil Fitrah sebab kawan-kawan semua kebanyakannya semua dari diploma. So, kawan-kawan baru pun semua pakat panggil Fitrah. Tapi, ada seorang lecturer saya ni, merangkap supervisor saya, Dr Alawi yang panggil saya dengan dua-dua nama. Sekejap panggil saya Fitrah, sekejap panggil saya Aqilah. Panggil la nama apa pun Dr, asalkan nama saya..hehe.. panggilan nama kan satu doa J

Bila difikirkan untuk my future life, nama anak-anak nanti saya nak letak dua nama je. Tak payah panjang-panjang sebab senang nak panggil. Lagi pulak nanti kalau nama panjang, kawan-kawan kebanyakannya akan guna satu nama jer. Yang lelaki, akan dmulakan dengan nama “Muhammad” dan kalau perempuan, kena letak nama “Nur” kat depan. Sama macam saya.. Awalnya perancangan ni kan? Tapi tak salah pun kannnnnn…. Huhuhu..


Hobi awak apa???



Ingat lagi, time sekolah, masa hari 1st persekolahan, cikgu akan mintak setiap pelajar perkenalkan diri masing-masing. Lepas tu tanya hobi apa. Boleh dikatakan semua cakap “hobi saya membaca”. Padahal ada je yang malas membaca. Tapi saja nak cover baik, cakap la suka baca buku.

 Contonhya diri saya sendiri la. Sebenarnya malas membaca. Tengok tv rajin la. Zaman sekolah, memang mals nak baca buku. Lebih-lebih lagi buku teks. Balik sekolah, tak sentuh dah buku. Bila ada homework baru la buat. lagi pulak, time tu kecik lagi. Tak tahu apa yang kita betul-betul minat buat, rasa macam minat semua. Boleh dikatakan semua nak buat la.

Bila dah besar ni, baru sedar apa yang betul-betul kita minat. Ternyata apa yang saya cakap kat cikgu time sekolah hari tu minat baca buku tu memang betul. Hehehe. Bila orang tanya apa hobi saya, saya akan cakap 3 benda. Orang cakap hobi ni kena 1 je. Hobi tu apa yang kita betul-betul minat. Tapi, masalahnya, ketiga-tiga benda tu sama rata je saya minat. So, untuk saya, ketiga-tiga benda tu adalah hobi saya. Tak kisah la orang lain nak cakap apa. hahahaha…

3 benda yang saya suka buat tu membaca, menulis dan memasak. Sekarang saya nak terangkan satu-satu pasal hobi saya ni. Untuk membaca, certain buku je saya suka baca. Komik paling saya tak suka baca. Saya cuma obses dengan novel. Terutamanya novel mengembara dan penuh dengan halusinasi macam novel Ramlee Awang Murshid (RAM). Novel cintan cintun ni kureng sikit sebab lebih kurang je jalan cerita dia. Saya mula baca novel RAM ni time saya sekolah menengah, form 4, “Hatiku Di Harajuku”. Kisah novel ni sangat best dan dengan novel ni la saya jatuh cinta dengan novel-novel RAM. Ingat lagi tajuk hero and heroin dalam novel ni, Ryuwatanabe and Noriko.. nama pun dah unik. Lagi satu, apa yang menyebabkan saya sedar yang saya ni suka membaca, time menunggu something like tunggu bas, saya lebih rela pergi kat kedai-kedai untuk beli majalah sementara tunggu bas tu dari main handphone. Tapi saya tak kan beli majalah artis. Bosan dan membazir duit plus takde ilmu yang akan saya dapat bila baca majalah macam tu.


Untuk menulis pulak, saya suka menulis pengalaman saya dan apa rasa kat hati saya ni. Tapi menulis ni ikut mood. Macam blog ni la. Kalau rajin, banyak la entry yang akan saya update. Kalau time malas tu, alamatnya bersawang la blog ni. Time sekolah, saya ada masuk pertandingan cerpen. First time masuk pertandingan, buat pulak dalam keadaan tergesa-gesa sebab last minute baru terasa nak buat. tapi, ada rezeki untuk menang, dapat tempat ketiga and cerpen yang saya buat tu disiarkan dalam majalah sekolah. Lepas tu dapat hadiah buku dari cikgu. Happy kejap..hehe.. time degree pulak, saya masuk jugak pertandingan tulis cerpen ni, tapi peringkat Kolej Mawar jela. Time ni juat dapat saguhati. Dapat hadiah buku dan cenderahati dari pihak kolej. Boleh la dari tak dapat apa kan. insyaAllah, next time akan cuba cipta cerpen lain pulak.


Sekarang bab memasak pulak. Saya suka sangat memasak benda-benda baru. Tapi, yang tak bestnye masa terlalu suntuk untuk memasak. Saya hanya boleh tunjukkan skill memasak saya ni time balik rumah je. Time balik rumah pulak bukannya lama. Time cuti jela. Tu pun dalam 5 hari je balik rumah. Saya suka masak makanan yang adik beradik saya jarang buat. macam kek dan kuih. Kalau saya ada kat rumah, makanan lunch memang confirm saya akan masak. Biasanya pagi-pagi sebelum adik bongsu saya ke sekolah, saya akan tanya dia nak makan apa. Kadang-kadang saya akan tanya mak and ayah saya nak makan lauk apa. Bila kat rumah, lepas siap kemas rumah, saya akan terus ke dapur untuk siapkan barang-barang yang saya nak guna time masak nanti. Dalam pukul 11.30 am, saya akan masuk dapur dan mula memasak. Kalau ayah balik kerja awal tengahari tu, boleh ayah terus makan.


So, sekarang ni barulah boleh classified kan apa hobi sebenar. Bukan yang zaman sekolah dulu. Selalu bertukar-tukar hobi.. Kihkihkih…







Indahnya Berwudhuk


Payah ke nak ambik wudhuk ni? Makan masa lama ke nak ambik wudhuk ni? Kebiasaannya, kita akan ambil wuduk time kita nak solat, nak pegang quran. Sebenarnya, dengan pengambilan wudhuk ini, ia adalah cara yang mudah yang Allah telah berikan untuk penghapusan dosa kita.

Wudhuk ialah membersihkan sesuatu yang tertentu dengan beberapa perbuatan yang tertentu yang dimulakan dengan nia, iaitu membasuh muka, membasuh kedua-dua belah tangan, menyapu kepala dan membasuh kedua-dua belah kaki dengan syarat-syarat dan rukun-rukun tertentu.

Anggota yang wajib apabila berwudhuk ialah muka, kedua-dua belah tangan, kepala dan kedua-dua belah kaki. Manakala, anggota sunat ketika berwudhuk ialah kedua-dua pergelangan tangan, mulut (berkumur), hidung dan kedua-dua belah telinga.

Memeluk Islam setelah mengkaji mengenai wudhuk
Prof Leopold Werner von Ehrenfels adalah seorang psikiater telah menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhuk iaitu pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ialah berada pada bahagian tangan, dahi dan kaki.

Pusat-pusat saraf tersebut amat sensitive terhadap air segar. Dari kajian tersebut, beliau telah menemui hikmah disebalik wudhuk yang membasuh pusat-pusat sraf tersebut. Malah, beliau telah mencadangkan agar wudhuk bukan hanya kebiasaan untuk umat Islam sahaja, malah untuk umat manusia secara keseluruhan juga.

Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, ini membuatkan manusia akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya. Pada akhirnya, beliau telah memeluk Islam dan telah menukar namanya kepada Baron Omar Rolf Ehrenfels.

Secara keseluruhannya, apa yang paling penting ialah wudhuk merupakan simbolik yang tersendiri dimana ia memberikan kita rasa percaya kepada diri sendiri sebgai seorang yang pembersih dan setiap waktu kita dapat menjalankan ketaatan kepadaNya seperti mendirikan solat, menyentuh dan menbaca al-Quran dengan selesa.

Sesiapa yang berwudhuk dengan sempurna, mereka akan mendapat cahaya pada wajah, hujung kedua tangan dan kedua kakinya pada hari kiamat kesan dari dia berwudhuk ketika di dunia.

Rasulullah SAW bersabda, “ Sesungguhnya, umatku akan dipanggil pada hari kiamat dalam keadaan wajah dan hujung kedua anggota tangan dan kaki mereka bercahaya hasil daripada kesan-kesan wudhuk.” (Bukhari Muslim)
Wallahhualam… >n_n<


seeloknya, baca doa lepas ambik wudhuk tu :-)



Keburukan Minum Sambil Berdiri


Entry kali ni, saya nak cerita pasal keburukan minum berdiri. Pernah tak kawan-kawan minum sambal berdiri, sambal berjalan? Mesti ada yang pernah kan sebab saya sendiri pun pernah minum sambil berdiri. Lebih-lebih lagi time kat pasar malamand shopping complex. Suka sangat beli air, lepas tu minum sambal window shopping…hehehe tapi, sebenarnya banyak keburukan minum sambil berdiri ni tau.. bahaya pada kesihatan kita sendiri. Nabi Muhammad SAW pun melarang kita minum sambil berdiri.

Kenapa Nabi Muhammad SAW melarang kita minum atau makan sambil berdiri? Dari sudut kesihatan, apabila kita minum dengan cara yang betul, iaitu dengan cara duduk, air yang masuk akan disaring oleh sfringer. Apa itu sfringer? Sfringer tu adalah struktur muscular (berotot) yang boleh membuka dan menutup. Setiap air yang diminum akan disalurkan kepada tempat penyaringan yang berada di ginjal.


Oleh sebab itu, kita dilarang minum sambil berdiri kerana air yang masuk tidak akan disaring lagi dan terus akan menuju ke kandungan air kencing. So, apabila air yang masuk itu tidak disaring, ia akan menyebabkan sisa-sisa akan melekat di ureter dan menyebabkan satu penyakit ginjal yang berbahaya iaitu penyakit kristal ginjal.

Hal ini akan menyebabkan tidak lawas dan susah apabila membuang air kecil juga menyebabkan saluran air kencing tersumbat sedikit demi sedikit.

Selain itu, apabila kita makan dan minum dengan tertib secara duduk, makanan dan minuman tersebut akan berjalan di dinding usus dengan perlahan dan lambat. Ianya berbeza apabila minum dan makan secara berdiri kerana ia akan menyebabkan jatuhnya cecair dengan keras ke dasar usus dan melanggarnya dengan keras.

Dalam keadaan berdiri, organ dalaman badan kita berda dalam keadaan yang tegang dan orgam dalam pusat saraf sedang berkerja keras untuk mempertahankan semua otot pada tubuh kita supaya boleh berdiri dengan stabil. Oleh hal demikian,minum dalam keadaan duduk yang selesa, ketenangan dapat dihasilkan kerana saraf berada dalam keadaan tenang dan tidak tgang sehingga sistem pencernaan dalam keadaan sedia untuk makan dan mnum dengan cara yang tepat.


Last but not least, marilah kita sma-sama perbaiki diri masing-masing untuk mengelakkan dihidapi penyakit. So, elakkan makan dan minum secara berdiri ye kawan-kawan…. >n_n<

Surah Al-Mulk Penyelamat di dalam kubur


 Surah Al-Mulk adalah surah ke 67 dalam Al-Quran yang terdiri daripada 30 ayat. Ulama’ berkata, Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As-Sajdah dan surah Al-Mulk.

Diantara kelebihan membaca surah Al-Mulk secara istiqamah adalah si pembaca akan selamat dari azab kubur.

Di dalam kubur, para malaikat azab datang pada sisi kakinya untuk memberi hukuman. Namun, kakinya berkata:
“kamu tidak dapat hampir dari sisi kakiku kerana orang ini pernah berdiri dalam solatdan membaca surah Al-Mulk”

Kemudia mereka datang pula dari sisi dada(hati) dan perut dan mereka juga terhalang. Kemudian mereka datang dari sisi kepala. Boleh dikatakan setiap sendi akan berkata “ kamu tidak dapat datang dari arah ini kerana orang ini selalumembaca surah Al-Mulk”

Rasulullah SAW bersabda:
“sesiapa membaca surah Al-Mulk setiap malm, diselamatkannya dari azab kubur”
“surah Al-Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur”
“sesiapa membaca surah Al-Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan malaikat Munkar Nakir”

Kawan-kawan, amalkanlah baca surah Al-Mulk ni. Tak panjang pun. Cuma ada 30 ayat je. Cukup ambik masa 10 minit untuk habiskan satu surah ni. Kalau rasa malas nak baca sebelum tidur, after solat Maghrib tu, boleh la terus baca surah Al-Mulk ni sementara nak tunggu waktu isyak. Amalkan kawan-kawan, teruskan beristiqamah dalam mengamalkan bacaan surah Al-Mulk pada setiap malam.

Semoga Allah SWT merahmati dan meredhai kawan-kawan sekalian… J




Study, study dan study….



Rasulullah SAW bersabda, tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.
Apa yang dikatakan oleh Rasulullah SAW, sangat betul. Tanpa kita sedar, sejak kita lahir, mak ayah kita dah memberi ilmu kepada kita tanpa sedar. Ilmu duniawi dan ilmu ukhrawi haruslah seimbang dalam kehidupan seseorang.

Cerita kali ini adalah tentang cerita saya sendiri. Cerita semasa kecil, mak ayah yang ceritakan sebab tak tahu apa-apa lagi time tu..hehe J

Semasa saya bayi, semasa nak tidur, mak ayah akan dodoikan dengan alunan zikir.  Bila saya nak makan, mak ayah akan bacakan bismillah dulu sebelum bagi makan walaupun time tu  masih tak tahu apa-apa.

Apabila saya dah pandai bercakap, mak ayah ajar cara baca doa pendek-pendek macam doa tidur dan doa makan, ajar kita mengaji, ajar kita kenal abc, ajar kita kenal nombor.
Umur 5 - 6 tahun, mak ayah hantarkan saya ke tadika. Dari pagi sampai tengahari duk belajar kat tadika. Malam-malam pulak, mak ajar membaca. Ayah pulak ajar mengaji.

Umur7 tahun, mak ayah hantarkan saya ke sekolah rendah dari 7 tahun – 12 tahun. Pagi pergi sekolah sampai la tengahari. Balik sekolah, pergi mengaji dulu kat rumah tok guru. Lepas balik mengaji, pergi sekolah kafa pulak. Weekend, ayah yang ajar mengaji. Malam, sebelum tidur, mak ayah mesti tanya, dah siapkan kerja sekolah? Bila dah siap, baru boleh tidur. Ayah pesan, kalau kerja sekolah banyak, buat siang-siang. Malam tak banyak dah nak kena buat. Pukul 10 mak ayah dah suruh masuk tidur sebab esok nak kena bangun awal.

ni masa saya sekolah rendah

Umur 13 tahun, mak ayah hantarkan saya ke sekolah menengah, dari 13 tahun-17 tahun. Pagi pergi sekolah sampai la petang. Sekolah menengah balik lewat dah sebab ada kelas tambahan after pembelajran sekolah biasa. Malam pulak, kadang-kadang ada tuition..

Umur 18-21 tahun, saya ditawarkan belajar ke UiTM untuk pengajian diploma. Selama 3 tahun (6 sem), saya berhempas pulas untuk mendapatkan segulung diploma.

Umur 22-24 tahun, saya ditawarkan belajar ke UiTM  untuk pengajian ijazah. Selama 2 tahun setengah (5 sem), saya bertarung dengan buku-buku untuk mendapatkan segulung ijazah.

Umur 25 tahun??? Saya tak tahu lagi..hehe..  Bila ada kawan-kawan tanya, tak nak sambung master ke? Master 2 tahun pulak. Kalau ambik master, umur 26 la baru saya grade untuk master. Mak saya memang sarankan saya untuk sambung ke peringkat master. 

Bila tanya diri sendiri ni, mampu ke untuk ambik master? Rajin lagi ke nak belek-belek buku? rajin lagi ke nak cari journal? Kalau ikutkan hati ni, rasa nak kerja jer. Tapi, insyaAllah kalau diberi peluang untuk sambung ke peringkat master, saya akan continue my study. Apa salahnya ikut apa yang disarankan oleh mak kan. Tapi kalau sambung master, saya tak kan ambik course work. Saya nak buat research. Dan kalau boleh, saya nak buat under supervisor saya sekarang, Dr. Alawi bin Sulaiman. J



Kahwin? Bila? Dengan siapa?


Tiba-tiba hari ni terdetik nak bercerita pasal kahwin pulak.. Dengan umur yang dah meningkat dewasa ni, tambah pulak ramai kawan-kawan yang sama usia dah kahwin, rasa macam nak kahwin jugak je. Tapi, dah mampu ke diri ini nak tanggung tanggungjawab sebagai seorang isteri? Dengan belajar tak habis lagi. Tapi, dengan umur sekarang, masih muda ke diri ni? Dah 24 tahun pun. Kalau orang-orang tua cakap, “kalau zaman dulu dah beranak pinak dah perempuan macam umur awak ni” huhuhu…

Firman Allah SWT:
“Dan kahwinilah orang-orang bujang lelaki dan perempuan dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari kalangan hamba-hamba kamu lelaki dan perempuan” (An-Nur:32)
Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikanNya diantara kamu rasa kasih dan sayang” (Ar-Rum:21)

Bila dah berumur 20-an ni, takde dah niat untuk main-main dalam perhubungan ni. Takde dah cinta-cinta monyet macam zaman sekolah dulu. Yang diharapkan, cinta yang disemai akan kekal smpai ke akhir hayat hingga ke syurgaNya.

Sekarang dah berumur 24, study tak habis lagi. insyaAllah tahun ni habis la study ni. Habis study nak kerja lagi. Pejam celik, pejam celik, umur tahun depan dah 25 tahun.. Orang cakap, kalau zaman sekarang, umur macam ni dah boleh kahwin. Memang dah boleh kahwin. Tapi, calon tu dah ada ke?? Krik..krik..krik..

Sesiapa yang dah sedia, boleh la teruskan niat untuk berkahwin tu.  Perkahwinan ni amat mulia. Setiap orang mesti ada impian untuk berkahwin bersama pasangan masing-masing. Ada yang kahwin awal, ada yang kahwin lewat. Namun, semuanya ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Lewat atau awal, semuanya ada rahsia tersendiri. Allah Maha Mengetahui. Berdoa dan bergantung harap kepada Allah adalah jalan terbaik kerana Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya dan bilakah masa yang sesuai untuk hambaNya.. ingat, kita sebagai hamba Allah hanya mampu merancang kerana Allah yang menentukannya.

Contohnya, kita dalam perjalanan ke kedai dan apa yang kita plan Cuma nak gi kedai je. Tapi, tiba-tiba ada seseorang datang kat kita nak tanya jalan. So, secara automatic kita akan berhenti kejap untuk beritahu jalan kat someone tadi. Perasan tak, takde pun dalam plan kita tu untuk berhenti kat situ untuk beritahu jalan kat someone. Tapi Allah dah tetapkan yang kita akan berhenti kejap untuk sampai ke kedai.

So, macam tu la kita. Bercinta dengan sape pun, kalau dia jodoh kita, kita akan kahwin la dengan dia. Kalau dia bukan jodoh kita, bercinta la 10 tahun pun, kita tetap tak kan berkahwin dengan dia. Kadang-kadang, jodoh kita depan mata kita je. Kita baru je kenal dia, pastu kita berkahwin dengan dia. Siapa sangka kan? Jodoh ditangan Allah… (n_n)





PERGINYA MURSYIDUL AM PAS



Detik 12 Februari 2015 bersamaan 22 Rabiulakhir 1436H, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat,84 telah menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 9.40 malam iaitu di malam Jumaat, penghulu hari di rumahnya, di Pulau Melaka Kota Bharu. Arwah meninggal dunia akibat kanser prostat. Perginya pemimpin yang aku sayangi dan hormati, Tok Guru Nik Aziz. Sungguhpun diriku belum pernah berjumpa denganmu, sebak menguasai diri ini apabila mendapat berita tentang pemergianmu. Semoga dirimu ditempatkan dikalangan orang yang beriman…

Datuk Nik Aziz Nik Mat yang lebih dikenali sebagai Tok Guru dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kelantan. Tok Guru dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam. Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan  beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.

Di situlah Tok Guru Nik Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil, beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya, Hajah Aminah Majid.

Pada tahun 1952, Tok Guru Nik Aziz menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum, Deoband, India dengan mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, tafsir AL-Quran dan hadis. Ketika di India, beliau berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat terkemuka di India, Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani sehingga perolej ijazah. Pada 1957, beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang tafsir.

Pada 1958, Tok Guru Nik Aziz menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar Mesirhingga peroleh sarjana muda pengajian Bahasa Arab, sebelum menyambung pelajaran sehingga mendapat sarjana jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun.
Sejurus kembali ke tanah air pada Februari 1962, Tok Guru Nik Aziz mengajar di Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardhiyyah, Panchor, sebelum berpindah mengajar di Sekolah Agama Darul Anwar, Kampung Pulau Melaka, yang diasaskan bapanya sebelum menjadi guru di Maahad Muhammadi, Kota Bharu.

Pada usia 31 tahun, beliau telah melangsungkan perkahwinan dengan gadis dari Kampung Panchor, Kemumin, Tuan Sabariah Tuan Ishak, yang menjadi pilihan orang tuanya. Hasil perkongsian hidup, beliau telah dikurniakan 10 orang cahaya mata.
Pemergianmu membuatkan kami kehilangan seorang pemimpin yang dihormati dan banyak menabur bakti kepada Islam. Semoga dirimu ditempatkan dikalangan orang yang beramal soleh. Al-Fatihah….




Kematian


Setiap yang bernyawa pasti akan merasa kematian. Kematian tidak mengenal usia. Ada yang Allah tarik nyawanya ketika didalam rahim, ada yang masa kecik, ada juga dimasa tua. Kematian juga tidak mengira masa dan tempat. Kematian kita tidak akan terlambat atau cepat walau sesaat. Malaikat Izrail yang diperintahkan oleh Allah untuk mencabut nyawa hamba-hambaNya akan melaksanakan tugasnya dengan tepat.

Kematian itu sangat sakit. Nabi Muhammad SAW yang mulia di sisi Allah SWT pun merasakan sakitnya apabila Malaikat Izrail menarik nyawa baginda secara lembut. Kita yang hanya manusia biasa ni?? Tak rasa takut ke?? Kawan-kawan sekalian, bersedialah dari sekarang. Kematian tak tunggu kita.. Malaikat Izrail datang melawat kita 70 kali sehari. Takde rasa gerun ke dalam diri kita ni? Jangan ingat kita yang muda ni akan hidup berpuluh tahun lagi. Jangan terlalu yakin wahai kawan-kawan. Mati akan menjemput kita pada bila-bila masa sahaja.

Jangan berbangga dengan kemewahan yang kita ada. Jangan selesa dengan rumah besar yang kita tinggal sekarang kerana rumah kita dalam kubur itu tak boleh digambarkan macam mana keadaannya nanti. Bukan kemewahan yang akan dibawa apabila kematian menjemput kita nanti tetapi ilmu yang bermanfaat,anak soleh/solehah dan sedekah jariah.
Sesungguhnya, kematian itu pasti akan terjadi kepada setiap makhluk yang bernyawa. Bersiap sedialah dan perbanyakkanlah taubat sebelum ajal menjemput kita.

Firman Allah SWT:
“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati dan Kami menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai satu fitnah (ujian) dan hanya kepada Kamilah kamu akan dikembalikan” (Al-Anbiya’ : 35)

“Di mana sahaja kamu berada, kematian pasti akan mendapati kamu, walaupun kamu berada di dalam benteng yamg tinggi lagi kukuh” (An-Nisa’ : 78)




Malaysian University English Test (MUET)


saya punya sesi Mac

Apa itu MUET? MUET tu adalah peperiksaan untuk Bahasa Inggeris. Saya baru nak ambik sebab kalau nak grade untuk degree, wajib kena ada sijil MUET.. Kalau takde, tak boleh grade la nampaknya. Saya ambik MUET ni kat SMK Iskandar Shah Jasin, Melaka. Kenapa saya tak ambik under UiTM? Certain UiTM ada buat jugak untuk MUET macam kat UiTM Jengka. Tapi setakat ni, Uitm Jasin tak buat lagi. Result MUET ni bukan macam result biasa, yang ada grade A,B,C. Tapi result ni ikut band. Ada Band 1- Band 6. Band 1 yang paling rendah dan Band 6 yang paling tinggi.

Dalam MUET ni. Kita akan menghadapi 4 test. Iaitu, speaking test, reading test, writing test and listening test. Untuk siapkan MUET ni, kita cuma ambik masa 2 hari je. Tapi bukan 2 hari berderet tau. Pihak kementerian yang akan tetapkan tarikh tersebut. 1 hari khas untuk speaking test je. Lagi 3 test akan dibuat sekaligus untuk 1 hari yang lain. Dalam setahun cuma ada 3 kali pengambilan je untuk attend MUET ni.

Macam saya, saya ambil yang sesi Mac. Result pulak dalam bulan Mei baru keluar. 10 february 2015  saya ambik speaking test. Lagi 3 test, akan diambil pada 7 Mac 2015 nanti.. kat SMK Seri Iskandar Shah ni, student dari bantak tempat. Dari UiTM, KTM,UTHM.. Jangan terkejut kalau ada orang yang dah berusia ambik MUET jugak tau. Time saya speaking test hari tu, ada 2 orang yang dah berusia attend exam ni. Diorang dah kerja tapi sambung belajar balik, then ambik MUET. Jangan lupa bawak slip exam MUET dan kad pengenalan sebab akan digunakan time exam tu.

Sekarang, saya nak share pasal speaking test. Bila dah masuk ke tempat menunggu, kita peril sign n tulis nama kita dulu sebagai bukti kehadiran. Then, pengawas peperiksaan akan beritahu kita berada di group mana. Setiap group akan ada 4 candidate. Candidate A,B,C & D. Susunan candidate tu akan mengikut based on kita punya angka giliran. Time saya, ada 18 candidates dan ada 5 groups. 3 groups ada 4 candidates and other 2 groups only have 3 groups sebab candidate tak cukup. Saya pulak diletakkan dalam group last sebagai candidate A.  Lepas tu, semua telefon perlu di off kan dan diberi kepada pengawas peperiksaan. Dan pengawas peperiksaan akan letak fon kita kat bilik untuk speaking test nanti.

Lepas tu,pengawas peperiksaan akan bawak masuk soalan untuk speaking test. Soalan tu ada dalam plastic. Berlapis-lapis plastic dia koyakkan dan 2 student akan sign kat sampul soalan tu sebagai bukti soalan tu baru dibukak. Kira soalan tak bocor la. Lepas tu, group 1 akan masuk ke bilik exam untuk speaking test. Candidates lain kena tunggu kat ruang menunggu tu la.

1 group ambil masa 30 minutes untuk finishkan speaking test mereka. Masa ni la saat mendebarkan.. meja kat dalam bilik tu ada 6. 4 meja untuk candidates. Setiap meja akan diletakkan soalan, sehelai kertas kosong dan meja tu dah siap dilabelkan Candidate A, Candidate B, Candidate C and Candidate D. Kita akan duduk berhadapan. 2 meja lagi di kiri dan kanan meja candidates untuk pengawas peperiksaan. Dalam bilik tu memang sunyi sepi. Bila dah masuk bilik tu, pengawas peperiksaan akan suruh kita duduk kat tempat kita sendiri dan di akan mintak slip exam and kad pengenalan kita.

ni la kedudukan time speaking test


Lepas diorang  dah siap check, diorang akan bagi kita 1 minute untuk baca soalan. Lepas 1 minit tu, kita boleh tanya mana yang kita tak faham berdasarkan soalan yang diberikan tu kat pengawas peperiksaan. Tapi, soalan yang diajukan tu make sure in English tau.
Macam soalan yang saya dapat,

What the way to make a movie become popular? 
i. story line [candidate A]
ii. actor/actress [candidate B]
iii. effect (3D)  [candidate C]
iv. theme song [candidate D]

Lepas tu, kita akan diberi masa 2 minutes untuk prepare isi kita. Lepas 2 minit, setiap sorang akan diberi 2 minutes untuk hujahkan isi-isi diorang berdasarkan yang kita kena hujah. Macam saya candidate A, saya perlu hujahkan pasal story line sahaja selama 2 minutes tu. Apabila candidate B,C and D hujahkan isi diorang, saya kena diam dan boleh ambik isi diorang untuk time discussion nanti.

Selepas semua candidate siap hujahkan pasal isi diorang, kita akan diberi 10minutes untuk discuss kesemua isi dan concludekan mana yang terbaik. Time discussion ni kita boleh interrupt time candidate lain cakap.  Cukup 10 minutes, pengawas peperiksaan akan bagitahu yang masa kita dah tamat. Then, dia akan suruh kita ambik fon kita dan boleh beredar dari bilik exam tu.

Keluar je dari bilik exam, terus senyum sebab dah lepas dari speaking test..hehehe.. kawan-kawan baruku, jumpa lagi bulan 3 nanti untuk 3 test.. Semoga mendapat keputusan yang cemerlang… J








Melaka -Gombak – Shah Alam

Habis final exam, tak boleh rehat jugak. Final Year Project (FYP) yang perlu saya siapkan di uitm shah alam tidak boleh dilupakan.. orang lain cuti sem dapat balik rumah. Dapat tolong mak ayah. Jealousnye… L Saya??? Kena pergi uitm shah alam untuk menyiapkan final year project.

27 January saya kena start buat FYP tu. 24 hb saya pergi rumah uncle saya dulu di Gombak sebab nak ambik barang. Tapi masalahnya, saya tak tahu macam mana nak pergi ke LRT Gombak. Alamak.. macam mana ni.. last2, saya install application RapidKL di play store. Sesiapa yang nak mudah naik LRT untuk pergi mana-mana tu, install la application tu. Sangat mudah sebab kita akan tahu destinasi mana yang perlu tukar, berapa minit ambik masa untuk ke destinasi yang kita nak pergi tu dan harga pun akan diberitahu.

ni la rapidKL application tu... sila la download untuk kemudahan ye.

So, dari Melaka untuk ke LRT Gombak, saya perlu naik bas dari Melaka ke Tasik Bandar Selatan (TBS) dulu. Tapi saya tak pergi Melaka Sentral pun. Saya terus naik bas Mayang Sari dari Merlimau (depan politeknik Merlimau) ke TBS. Jimat sikit. Kalau pergi Melaka Sentral dulu, banyak kerja. Kena naik bas dari bus stand Merlimau ke Melaka Sentral, then baru ambik bas ke TBS pulak. Dah la ambik masa lama. Dalam 40 minutes la dari Merlimau ke Melaka Sentral tu.

Sampai ke TBS, pergi kat bahagian untuk beli tiket untuk naik LRT.  Kalau tak tahu kat bahagian mana, pergi kat kaunter pertanyaan. Jangan risau, Pekerja kat TBS tu baik-baik. Tanya je kat mana bahagian untuk beli tiket LRT, dia akan bagitahu kat mana. Haa, sebelum terlupa, tiket tu bukan macam tiket bas tau tapi macam token. Warna biru. Kita akan beli kat machine.

machine untuk beli token

macam ni la rupa token tu.

Kat machine tu, banyak tempat-tempat yang akan dia paparkan. So, untuk ke Gombak, touch je tulisan LRT Gombak kat screen tu. Nanti akan dipaparkan harga.  Untuk ke Gombak, kita kena berhenti ke masjid jamek dulu tau. Lepas masukkan duit kat machine tu, akan keluar la token kat bawah. Kalau duit yang kita letak tu lebih dari nilai tiket tu, jangan risau. Mesin tu akan pulangkan balance tu. Better masukkan cukup-cukup la duit tu. Prepare syiling.

touch je kat mana korang nak pergi. nanti harga akan dipaparkan

Lepas tu, pergi la tunggu kat tempat Lrt tu. Sampai kat destinasi-destinasi mana, akan diberitahu kat dalam LRT tu. Sampai ke Masjid Jamek, saya perlu turun untuk tukar train. Pergi kat tempat train yang akan ke Gombak. Jangan risau, tak kan sesat sebab kita akan follow je jalan tu. Akan ada signboard untuk ke Gombak. Kalau ke Gombak, kena tunggu train yang belah kanan. Then, bila dah naik train ke Gombak, dalam 30 minutes akan sampai ke LRT Gombak.

Bila dah sampai, turun la kat bawah. Teksi pun banyak untuk nak ke mana-mana. Uncle saya pun tunggu kat bawah tu jugak..

26 hb pulak, pagi-pagi lagi dah pergi ke LRT Gombak untuk ke Shah Alam pulak. Untuk ke Shah Alam, tak de dari Gombak ke Shah Alam tau. Kita kena pergi ke KL Sentral dulu. Sampai ke KL Sentral, pergi kat kaunter KTM untuk beli tiket ke Padang Jawa. Haa, yang ni tiket macam tiket bas. Tak pakai token dah. Bila naik KTM tu, jangan pakat duduk je tau. Kena tengok gerabak sebab gerabak dalam tu diasingkan lelaki perempuan. Tak boleh duk campur-campur lelaki and perempuan.

ni pulak laluan KTM yang akan ke Padang Jawa tu


Sampai ke Padang jawa, naik teksi untuk ke UiTM Shah Alam. Dari Padang Jawa ke UiTM, pak cik tu ambik RM6.. Bagitahu la pak cik tu kita nak ke mana ae, jangan tak bagitahu pulak sebab UiTM tu luas.hehe..Dalam 10 minutes je dari Padang Jawa ke UiTM tu.. tak jauh pun..

Akhirnya, alhamdulillah selamat sampai ;-)