Entry kali ni, saya nak cerita pasal keburukan minum berdiri.
Pernah tak kawan-kawan minum sambal berdiri, sambal berjalan? Mesti ada yang
pernah kan sebab saya sendiri pun pernah minum sambil berdiri. Lebih-lebih lagi
time kat pasar malamand shopping complex. Suka sangat beli air, lepas tu minum
sambal window shopping…hehehe tapi, sebenarnya banyak keburukan minum sambil
berdiri ni tau.. bahaya pada kesihatan kita sendiri. Nabi Muhammad SAW pun
melarang kita minum sambil berdiri.
Kenapa Nabi Muhammad SAW melarang kita minum atau makan sambil
berdiri? Dari sudut kesihatan, apabila kita minum dengan cara yang betul, iaitu
dengan cara duduk, air yang masuk akan disaring oleh sfringer. Apa itu
sfringer? Sfringer tu adalah struktur muscular (berotot) yang boleh membuka dan
menutup. Setiap air yang diminum akan disalurkan kepada tempat penyaringan yang
berada di ginjal.
Oleh sebab itu, kita dilarang minum sambil berdiri kerana air
yang masuk tidak akan disaring lagi dan terus akan menuju ke kandungan air
kencing. So, apabila air yang masuk itu tidak disaring, ia akan menyebabkan
sisa-sisa akan melekat di ureter dan menyebabkan satu penyakit ginjal yang berbahaya
iaitu penyakit kristal ginjal.
Hal ini akan menyebabkan tidak lawas dan susah apabila membuang
air kecil juga menyebabkan saluran air kencing tersumbat sedikit demi sedikit.
Selain itu, apabila kita makan dan minum dengan tertib secara
duduk, makanan dan minuman tersebut akan berjalan di dinding usus dengan
perlahan dan lambat. Ianya berbeza apabila minum dan makan secara berdiri
kerana ia akan menyebabkan jatuhnya cecair dengan keras ke dasar usus dan
melanggarnya dengan keras.
Dalam keadaan berdiri, organ dalaman badan kita berda dalam
keadaan yang tegang dan orgam dalam pusat saraf sedang berkerja keras untuk
mempertahankan semua otot pada tubuh kita supaya boleh berdiri dengan stabil.
Oleh hal demikian,minum dalam keadaan duduk yang selesa, ketenangan dapat
dihasilkan kerana saraf berada dalam keadaan tenang dan tidak tgang sehingga
sistem pencernaan dalam keadaan sedia untuk makan dan mnum dengan cara yang
tepat.
Last but not least, marilah kita sma-sama perbaiki diri
masing-masing untuk mengelakkan dihidapi penyakit. So, elakkan makan dan minum
secara berdiri ye kawan-kawan…. >n_n<
No comments:
Post a Comment