Saturday 21 February 2015

Indahnya Berwudhuk


Payah ke nak ambik wudhuk ni? Makan masa lama ke nak ambik wudhuk ni? Kebiasaannya, kita akan ambil wuduk time kita nak solat, nak pegang quran. Sebenarnya, dengan pengambilan wudhuk ini, ia adalah cara yang mudah yang Allah telah berikan untuk penghapusan dosa kita.

Wudhuk ialah membersihkan sesuatu yang tertentu dengan beberapa perbuatan yang tertentu yang dimulakan dengan nia, iaitu membasuh muka, membasuh kedua-dua belah tangan, menyapu kepala dan membasuh kedua-dua belah kaki dengan syarat-syarat dan rukun-rukun tertentu.

Anggota yang wajib apabila berwudhuk ialah muka, kedua-dua belah tangan, kepala dan kedua-dua belah kaki. Manakala, anggota sunat ketika berwudhuk ialah kedua-dua pergelangan tangan, mulut (berkumur), hidung dan kedua-dua belah telinga.

Memeluk Islam setelah mengkaji mengenai wudhuk
Prof Leopold Werner von Ehrenfels adalah seorang psikiater telah menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhuk iaitu pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ialah berada pada bahagian tangan, dahi dan kaki.

Pusat-pusat saraf tersebut amat sensitive terhadap air segar. Dari kajian tersebut, beliau telah menemui hikmah disebalik wudhuk yang membasuh pusat-pusat sraf tersebut. Malah, beliau telah mencadangkan agar wudhuk bukan hanya kebiasaan untuk umat Islam sahaja, malah untuk umat manusia secara keseluruhan juga.

Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, ini membuatkan manusia akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya. Pada akhirnya, beliau telah memeluk Islam dan telah menukar namanya kepada Baron Omar Rolf Ehrenfels.

Secara keseluruhannya, apa yang paling penting ialah wudhuk merupakan simbolik yang tersendiri dimana ia memberikan kita rasa percaya kepada diri sendiri sebgai seorang yang pembersih dan setiap waktu kita dapat menjalankan ketaatan kepadaNya seperti mendirikan solat, menyentuh dan menbaca al-Quran dengan selesa.

Sesiapa yang berwudhuk dengan sempurna, mereka akan mendapat cahaya pada wajah, hujung kedua tangan dan kedua kakinya pada hari kiamat kesan dari dia berwudhuk ketika di dunia.

Rasulullah SAW bersabda, “ Sesungguhnya, umatku akan dipanggil pada hari kiamat dalam keadaan wajah dan hujung kedua anggota tangan dan kaki mereka bercahaya hasil daripada kesan-kesan wudhuk.” (Bukhari Muslim)
Wallahhualam… >n_n<


seeloknya, baca doa lepas ambik wudhuk tu :-)



No comments:

Post a Comment