Surah Al-Mulk adalah
surah ke 67 dalam Al-Quran yang terdiri daripada 30 ayat. Ulama’ berkata,
Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As-Sajdah dan
surah Al-Mulk.
Diantara kelebihan membaca surah Al-Mulk secara istiqamah
adalah si pembaca akan selamat dari azab kubur.
Di dalam kubur, para malaikat azab datang pada sisi kakinya
untuk memberi hukuman. Namun, kakinya berkata:
“kamu
tidak dapat hampir dari sisi kakiku kerana orang ini pernah berdiri dalam
solatdan membaca surah Al-Mulk”
Kemudia mereka datang pula dari sisi dada(hati) dan perut dan
mereka juga terhalang. Kemudian mereka datang dari sisi kepala. Boleh dikatakan
setiap sendi akan berkata “ kamu tidak
dapat datang dari arah ini kerana orang ini selalumembaca surah Al-Mulk”
Rasulullah SAW bersabda:
“sesiapa
membaca surah Al-Mulk setiap malm, diselamatkannya dari azab kubur”
“surah
Al-Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur”
“sesiapa
membaca surah Al-Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya
surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan malaikat Munkar Nakir”
Kawan-kawan, amalkanlah baca surah Al-Mulk ni. Tak panjang
pun. Cuma ada 30 ayat je. Cukup ambik masa 10 minit untuk habiskan satu surah
ni. Kalau rasa malas nak baca sebelum tidur, after solat Maghrib tu, boleh la
terus baca surah Al-Mulk ni sementara nak tunggu waktu isyak. Amalkan
kawan-kawan, teruskan beristiqamah dalam mengamalkan bacaan surah Al-Mulk pada
setiap malam.
Semoga Allah SWT merahmati dan meredhai kawan-kawan sekalian… J
No comments:
Post a Comment