Saturday 21 February 2015

Malaysian University English Test (MUET)


saya punya sesi Mac

Apa itu MUET? MUET tu adalah peperiksaan untuk Bahasa Inggeris. Saya baru nak ambik sebab kalau nak grade untuk degree, wajib kena ada sijil MUET.. Kalau takde, tak boleh grade la nampaknya. Saya ambik MUET ni kat SMK Iskandar Shah Jasin, Melaka. Kenapa saya tak ambik under UiTM? Certain UiTM ada buat jugak untuk MUET macam kat UiTM Jengka. Tapi setakat ni, Uitm Jasin tak buat lagi. Result MUET ni bukan macam result biasa, yang ada grade A,B,C. Tapi result ni ikut band. Ada Band 1- Band 6. Band 1 yang paling rendah dan Band 6 yang paling tinggi.

Dalam MUET ni. Kita akan menghadapi 4 test. Iaitu, speaking test, reading test, writing test and listening test. Untuk siapkan MUET ni, kita cuma ambik masa 2 hari je. Tapi bukan 2 hari berderet tau. Pihak kementerian yang akan tetapkan tarikh tersebut. 1 hari khas untuk speaking test je. Lagi 3 test akan dibuat sekaligus untuk 1 hari yang lain. Dalam setahun cuma ada 3 kali pengambilan je untuk attend MUET ni.

Macam saya, saya ambil yang sesi Mac. Result pulak dalam bulan Mei baru keluar. 10 february 2015  saya ambik speaking test. Lagi 3 test, akan diambil pada 7 Mac 2015 nanti.. kat SMK Seri Iskandar Shah ni, student dari bantak tempat. Dari UiTM, KTM,UTHM.. Jangan terkejut kalau ada orang yang dah berusia ambik MUET jugak tau. Time saya speaking test hari tu, ada 2 orang yang dah berusia attend exam ni. Diorang dah kerja tapi sambung belajar balik, then ambik MUET. Jangan lupa bawak slip exam MUET dan kad pengenalan sebab akan digunakan time exam tu.

Sekarang, saya nak share pasal speaking test. Bila dah masuk ke tempat menunggu, kita peril sign n tulis nama kita dulu sebagai bukti kehadiran. Then, pengawas peperiksaan akan beritahu kita berada di group mana. Setiap group akan ada 4 candidate. Candidate A,B,C & D. Susunan candidate tu akan mengikut based on kita punya angka giliran. Time saya, ada 18 candidates dan ada 5 groups. 3 groups ada 4 candidates and other 2 groups only have 3 groups sebab candidate tak cukup. Saya pulak diletakkan dalam group last sebagai candidate A.  Lepas tu, semua telefon perlu di off kan dan diberi kepada pengawas peperiksaan. Dan pengawas peperiksaan akan letak fon kita kat bilik untuk speaking test nanti.

Lepas tu,pengawas peperiksaan akan bawak masuk soalan untuk speaking test. Soalan tu ada dalam plastic. Berlapis-lapis plastic dia koyakkan dan 2 student akan sign kat sampul soalan tu sebagai bukti soalan tu baru dibukak. Kira soalan tak bocor la. Lepas tu, group 1 akan masuk ke bilik exam untuk speaking test. Candidates lain kena tunggu kat ruang menunggu tu la.

1 group ambil masa 30 minutes untuk finishkan speaking test mereka. Masa ni la saat mendebarkan.. meja kat dalam bilik tu ada 6. 4 meja untuk candidates. Setiap meja akan diletakkan soalan, sehelai kertas kosong dan meja tu dah siap dilabelkan Candidate A, Candidate B, Candidate C and Candidate D. Kita akan duduk berhadapan. 2 meja lagi di kiri dan kanan meja candidates untuk pengawas peperiksaan. Dalam bilik tu memang sunyi sepi. Bila dah masuk bilik tu, pengawas peperiksaan akan suruh kita duduk kat tempat kita sendiri dan di akan mintak slip exam and kad pengenalan kita.

ni la kedudukan time speaking test


Lepas diorang  dah siap check, diorang akan bagi kita 1 minute untuk baca soalan. Lepas 1 minit tu, kita boleh tanya mana yang kita tak faham berdasarkan soalan yang diberikan tu kat pengawas peperiksaan. Tapi, soalan yang diajukan tu make sure in English tau.
Macam soalan yang saya dapat,

What the way to make a movie become popular? 
i. story line [candidate A]
ii. actor/actress [candidate B]
iii. effect (3D)  [candidate C]
iv. theme song [candidate D]

Lepas tu, kita akan diberi masa 2 minutes untuk prepare isi kita. Lepas 2 minit, setiap sorang akan diberi 2 minutes untuk hujahkan isi-isi diorang berdasarkan yang kita kena hujah. Macam saya candidate A, saya perlu hujahkan pasal story line sahaja selama 2 minutes tu. Apabila candidate B,C and D hujahkan isi diorang, saya kena diam dan boleh ambik isi diorang untuk time discussion nanti.

Selepas semua candidate siap hujahkan pasal isi diorang, kita akan diberi 10minutes untuk discuss kesemua isi dan concludekan mana yang terbaik. Time discussion ni kita boleh interrupt time candidate lain cakap.  Cukup 10 minutes, pengawas peperiksaan akan bagitahu yang masa kita dah tamat. Then, dia akan suruh kita ambik fon kita dan boleh beredar dari bilik exam tu.

Keluar je dari bilik exam, terus senyum sebab dah lepas dari speaking test..hehehe.. kawan-kawan baruku, jumpa lagi bulan 3 nanti untuk 3 test.. Semoga mendapat keputusan yang cemerlang… J








No comments:

Post a Comment