Setiap yang bernyawa pasti akan merasa kematian. Kematian
tidak mengenal usia. Ada yang Allah tarik nyawanya ketika didalam rahim, ada
yang masa kecik, ada juga dimasa tua. Kematian juga tidak mengira masa dan
tempat. Kematian kita tidak akan terlambat atau cepat walau sesaat. Malaikat
Izrail yang diperintahkan oleh Allah untuk mencabut nyawa hamba-hambaNya akan
melaksanakan tugasnya dengan tepat.
Kematian itu sangat sakit. Nabi Muhammad SAW yang mulia di
sisi Allah SWT pun merasakan sakitnya apabila Malaikat Izrail menarik nyawa
baginda secara lembut. Kita yang hanya manusia biasa ni?? Tak rasa takut ke??
Kawan-kawan sekalian, bersedialah dari sekarang. Kematian tak tunggu kita..
Malaikat Izrail datang melawat kita 70 kali sehari. Takde rasa gerun ke dalam
diri kita ni? Jangan ingat kita yang muda ni akan hidup berpuluh tahun lagi. Jangan
terlalu yakin wahai kawan-kawan. Mati akan menjemput kita pada bila-bila masa
sahaja.
Jangan berbangga dengan kemewahan yang kita ada. Jangan selesa
dengan rumah besar yang kita tinggal sekarang kerana rumah kita dalam kubur itu
tak boleh digambarkan macam mana keadaannya nanti. Bukan kemewahan yang akan
dibawa apabila kematian menjemput kita nanti tetapi ilmu yang bermanfaat,anak
soleh/solehah dan sedekah jariah.
Sesungguhnya, kematian itu pasti akan terjadi kepada setiap
makhluk yang bernyawa. Bersiap sedialah dan perbanyakkanlah taubat sebelum ajal
menjemput kita.
Firman Allah SWT:
“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati dan Kami
menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai satu fitnah (ujian) dan
hanya kepada Kamilah kamu akan dikembalikan” (Al-Anbiya’ : 35)
“Di mana sahaja kamu berada, kematian pasti akan mendapati
kamu, walaupun kamu berada di dalam benteng yamg tinggi lagi kukuh” (An-Nisa’ :
78)
No comments:
Post a Comment