Cuti raya cina ni, cuti yang agak lama la. Dari hari Khamis
sampai Ahad. Kalau la boleh balik rumah kat Dungun, alangkah happynye J…Dah lama tak balik rumah ni… last-last buat plan
sendiri. Khamis and Jumaat still pergi lab and Sabtu pergi rumah pakcik kat
Gombak untuk ambik barang. Niat di hati, pagi-pagi Sabtu tu, nak ambik teksi
untuk ke KTM Padang Jawa tu. Lepas tu terus ke KL Sentral. Alih-alih, pagi
Sabtu tu, bila call pakcik teksi tu, pakcik tu pulak tak kerja hari tu. Mula la
tak tau nak buatmacam mana. Nak cancel tak boleh sebab dah janji dengan pakcik
nak pergi pagi ni. Lagi pulak, nombor teksi lain takde la pulak.
So, dengan teknologi yang ada, terus saya ambik smartphone
saya yang tak berapa nak smart ni, terus tanya abg google cara untuk ke KL
Sentral. Actually, ni kali pertama saya nak ke KL Sentral. Sebelum ni tak
pernah jejak pun kat Kl Sentral tu. Then, dengan ke“independent” saya ni, terus
saya pergi ke bus stop Kolej Mawar and tunggu bas untuk ke Seksyen 2. Nasib saya
baik pagi tu, ada bas UiTM kat bus stop tu. So, jimat la RM1 untuk ke Seksyen 2
sebab kalau naik bas rapid 603, kena bayar RM1 untuk ke Seksyen 2 tu.
Sampai ke Seksyen 2, naik bas rapid U80 untuk ke KL Sentral.
Murah je, RM2.50 only. Bas rapid dihatiku. Hahahaa. Dekat sejam jugak la dari
Seksyen 2 ke KL Sentral tu. Biasa la, banyak kali berhenti kat hentian-hentian
bas ni.
Bila bas dah berhenti kat hentian KL Sentral, saya tengok ada
mall (NU mall). Takde pulak tempay nak naik train. Dah la sorang-sorang ni.
Mula la saya fikir yang saya silap turun tempat. Lepas tu saya try je masuk kat
dalam mall tu then ternampak polis bantuan kat situ. Saya pun apa lagi, terus
tanya abg polis tu macam mana cara nak naik train dari KL Sentral ni. Lepas tu
dia terus bagitahu kat mana tempat nak naik LRT tu. Ni la pentingnya bertanya.
Kalau malu nak tanya, sesat la jawabnya. So, rajin-rajin lah bertanya ye… J
Lebih kurang macam ni la perbualan saya dengan abg polis yang
baik hati tu. “encik, kat mana nak
naik LRT kat KL Sentral ni?” “awak nak
gi mana” “saya nak gi Gombak” “ooh, awak
naik 2 kali escalator ni, bukan naik tingkat 2 tau. Awak naik 2 kali, lepas tu
belok kanan. Lepas tu awak akan Nampak tangga untuk turun ke bawah belah kiri.
Kat situ la tempat nak naik LRT” “OK,
terima kasih encik” .
Laaa… sebenarnya kat dalam mall tu jugak. Mana la saya nak
tau. 1st time kot datang sini. Sorang-sorang pulak tu, main terjah
je datang sini. Sebelum ni, dari Gombak
ke KL Sentral, saya terus naik KTM untuk ke Padang Jawa. Mana la nak tau macam
mana rupa kat bawah tu.
Lepas tu saya terus ikut la apa yang abg polis tadi beritahu.
Senang je nak cari sebenarnya. Pastu terus gi kat mesin untuk beli token ke
Gombak. RM2.50 je. Dari KL Sentral terus ke LRT Gombak.. Senang je kan? Hehehe
No comments:
Post a Comment