Tiba-tiba hari ni terdetik nak bercerita pasal kahwin pulak..
Dengan umur yang dah meningkat dewasa ni, tambah pulak ramai kawan-kawan yang
sama usia dah kahwin, rasa macam nak kahwin jugak je. Tapi, dah mampu ke diri
ini nak tanggung tanggungjawab sebagai seorang isteri? Dengan belajar tak habis
lagi. Tapi, dengan umur sekarang, masih muda ke diri ni? Dah 24 tahun pun.
Kalau orang-orang tua cakap, “kalau zaman dulu dah beranak pinak dah perempuan
macam umur awak ni” huhuhu…
Firman Allah SWT:
“Dan kahwinilah orang-orang bujang lelaki dan perempuan dari
kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari kalangan hamba-hamba kamu lelaki
dan perempuan” (An-Nur:32)
“Diantara
tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari
jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan
dijadikanNya diantara kamu rasa kasih dan sayang” (Ar-Rum:21)
Bila dah berumur 20-an ni, takde dah niat untuk main-main
dalam perhubungan ni. Takde dah cinta-cinta monyet macam zaman sekolah dulu.
Yang diharapkan, cinta yang disemai akan kekal smpai ke akhir hayat hingga ke
syurgaNya.
Sekarang dah berumur 24, study tak habis lagi. insyaAllah tahun ni habis la study ni. Habis study nak kerja lagi. Pejam celik, pejam
celik, umur tahun depan dah 25 tahun.. Orang cakap, kalau zaman sekarang, umur
macam ni dah boleh kahwin. Memang dah boleh kahwin. Tapi, calon tu dah ada ke??
Krik..krik..krik..
Sesiapa yang dah sedia, boleh la teruskan niat untuk berkahwin
tu. Perkahwinan ni amat mulia. Setiap
orang mesti ada impian untuk berkahwin bersama pasangan masing-masing. Ada yang
kahwin awal, ada yang kahwin lewat. Namun, semuanya ada hikmah disebalik apa
yang berlaku. Lewat atau awal, semuanya ada rahsia tersendiri. Allah Maha
Mengetahui. Berdoa dan bergantung harap kepada Allah adalah jalan terbaik
kerana Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya dan bilakah masa
yang sesuai untuk hambaNya.. ingat, kita sebagai hamba Allah hanya mampu
merancang kerana Allah yang menentukannya.
Contohnya, kita dalam
perjalanan ke kedai dan apa yang kita plan Cuma nak gi kedai je. Tapi,
tiba-tiba ada seseorang datang kat kita nak tanya jalan. So, secara automatic
kita akan berhenti kejap untuk beritahu jalan kat someone tadi. Perasan tak,
takde pun dalam plan kita tu untuk berhenti kat situ untuk beritahu jalan kat
someone. Tapi Allah dah tetapkan yang kita akan berhenti kejap untuk sampai ke
kedai.
So, macam tu la kita. Bercinta dengan sape pun, kalau dia
jodoh kita, kita akan kahwin la dengan dia. Kalau dia bukan jodoh kita,
bercinta la 10 tahun pun, kita tetap tak kan berkahwin dengan dia.
Kadang-kadang, jodoh kita depan mata kita je. Kita baru je kenal dia, pastu
kita berkahwin dengan dia. Siapa sangka kan? Jodoh ditangan Allah… (n_n)
No comments:
Post a Comment