Rasulullah SAW bersabda, tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke
liang lahad.
Apa yang dikatakan oleh Rasulullah SAW, sangat betul. Tanpa
kita sedar, sejak kita lahir, mak ayah kita dah memberi ilmu kepada kita tanpa
sedar. Ilmu duniawi dan ilmu ukhrawi haruslah seimbang dalam kehidupan
seseorang.
Cerita kali ini adalah tentang cerita saya sendiri. Cerita
semasa kecil, mak ayah yang ceritakan sebab tak tahu apa-apa lagi time tu..hehe
J
Semasa saya bayi, semasa nak tidur, mak ayah akan dodoikan
dengan alunan zikir. Bila saya nak
makan, mak ayah akan bacakan bismillah dulu sebelum bagi makan walaupun time tu
masih tak tahu apa-apa.
Apabila saya dah pandai bercakap, mak ayah ajar cara baca doa
pendek-pendek macam doa tidur dan doa makan, ajar kita mengaji, ajar kita kenal
abc, ajar kita kenal nombor.
Umur 5 - 6 tahun, mak ayah hantarkan saya ke tadika. Dari pagi
sampai tengahari duk belajar kat tadika. Malam-malam pulak, mak ajar membaca.
Ayah pulak ajar mengaji.
Umur7 tahun, mak ayah hantarkan saya ke sekolah rendah dari 7
tahun – 12 tahun. Pagi pergi sekolah sampai la tengahari. Balik sekolah, pergi
mengaji dulu kat rumah tok guru. Lepas balik mengaji, pergi sekolah kafa pulak.
Weekend, ayah yang ajar mengaji. Malam, sebelum tidur, mak ayah mesti tanya,
dah siapkan kerja sekolah? Bila dah siap, baru boleh tidur. Ayah pesan, kalau
kerja sekolah banyak, buat siang-siang. Malam tak banyak dah nak kena buat.
Pukul 10 mak ayah dah suruh masuk tidur sebab esok nak kena bangun awal.
ni masa saya sekolah rendah
Umur 13 tahun, mak ayah hantarkan saya ke sekolah menengah,
dari 13 tahun-17 tahun. Pagi pergi sekolah sampai la petang. Sekolah menengah
balik lewat dah sebab ada kelas tambahan after pembelajran sekolah biasa. Malam
pulak, kadang-kadang ada tuition..
Umur 18-21 tahun, saya ditawarkan belajar ke UiTM untuk
pengajian diploma. Selama 3 tahun (6 sem), saya berhempas pulas untuk
mendapatkan segulung diploma.
Umur 22-24 tahun, saya ditawarkan belajar ke UiTM untuk pengajian ijazah. Selama 2 tahun
setengah (5 sem), saya bertarung dengan buku-buku untuk mendapatkan segulung
ijazah.
Umur 25 tahun??? Saya tak tahu lagi..hehe.. Bila ada kawan-kawan tanya, tak nak sambung
master ke? Master 2 tahun pulak. Kalau ambik master, umur 26 la baru saya grade
untuk master. Mak saya memang sarankan saya untuk sambung ke peringkat master.
Bila tanya diri sendiri ni, mampu ke untuk ambik master? Rajin lagi ke nak
belek-belek buku? rajin lagi ke nak cari journal? Kalau ikutkan hati ni, rasa
nak kerja jer. Tapi, insyaAllah kalau diberi peluang untuk sambung ke peringkat
master, saya akan continue my study. Apa salahnya ikut apa yang disarankan oleh
mak kan. Tapi kalau sambung master, saya tak kan ambik course work. Saya nak
buat research. Dan kalau boleh, saya nak buat under supervisor saya sekarang,
Dr. Alawi bin Sulaiman. J
No comments:
Post a Comment