Habis final exam, tak boleh rehat jugak. Final Year Project
(FYP) yang perlu saya siapkan di uitm shah alam tidak boleh dilupakan.. orang
lain cuti sem dapat balik rumah. Dapat tolong mak ayah. Jealousnye… L Saya??? Kena pergi uitm shah alam untuk
menyiapkan final year project.
27 January saya kena start buat FYP tu. 24 hb saya pergi rumah
uncle saya dulu di Gombak sebab nak ambik barang. Tapi masalahnya, saya tak
tahu macam mana nak pergi ke LRT Gombak. Alamak.. macam mana ni.. last2, saya
install application RapidKL di play store. Sesiapa yang nak mudah naik LRT
untuk pergi mana-mana tu, install la application tu. Sangat mudah sebab kita
akan tahu destinasi mana yang perlu tukar, berapa minit ambik masa untuk ke
destinasi yang kita nak pergi tu dan harga pun akan diberitahu.
ni la rapidKL application tu... sila la download untuk kemudahan ye.
So, dari Melaka untuk ke LRT Gombak, saya perlu naik bas dari
Melaka ke Tasik Bandar Selatan (TBS) dulu. Tapi saya tak pergi Melaka Sentral
pun. Saya terus naik bas Mayang Sari dari Merlimau (depan politeknik Merlimau)
ke TBS. Jimat sikit. Kalau pergi Melaka Sentral dulu, banyak kerja. Kena naik
bas dari bus stand Merlimau ke Melaka Sentral, then baru ambik bas ke TBS
pulak. Dah la ambik masa lama. Dalam 40 minutes la dari Merlimau ke Melaka
Sentral tu.
Sampai ke TBS, pergi kat bahagian untuk beli tiket untuk naik
LRT. Kalau tak tahu kat bahagian mana,
pergi kat kaunter pertanyaan. Jangan risau, Pekerja kat TBS tu baik-baik. Tanya
je kat mana bahagian untuk beli tiket LRT, dia akan bagitahu kat mana. Haa,
sebelum terlupa, tiket tu bukan macam tiket bas tau tapi macam token. Warna
biru. Kita akan beli kat machine.
machine untuk beli token
macam ni la rupa token tu.
Kat machine tu, banyak tempat-tempat yang akan dia paparkan.
So, untuk ke Gombak, touch je tulisan LRT Gombak kat screen tu. Nanti akan
dipaparkan harga. Untuk ke Gombak, kita
kena berhenti ke masjid jamek dulu tau. Lepas masukkan duit kat machine tu,
akan keluar la token kat bawah. Kalau duit yang kita letak tu lebih dari nilai
tiket tu, jangan risau. Mesin tu akan pulangkan balance tu. Better masukkan
cukup-cukup la duit tu. Prepare syiling.
touch je kat mana korang nak pergi. nanti harga akan dipaparkan
Lepas tu, pergi la tunggu kat tempat Lrt tu. Sampai kat
destinasi-destinasi mana, akan diberitahu kat dalam LRT tu. Sampai ke Masjid
Jamek, saya perlu turun untuk tukar train. Pergi kat tempat train yang akan ke
Gombak. Jangan risau, tak kan sesat sebab kita akan follow je jalan tu. Akan
ada signboard untuk ke Gombak. Kalau ke Gombak, kena tunggu train yang belah
kanan. Then, bila dah naik train ke Gombak, dalam 30 minutes akan sampai ke LRT
Gombak.
Bila dah sampai, turun la kat bawah. Teksi pun banyak untuk
nak ke mana-mana. Uncle saya pun tunggu kat bawah tu jugak..
26 hb pulak, pagi-pagi lagi dah pergi ke LRT Gombak untuk ke
Shah Alam pulak. Untuk ke Shah Alam, tak de dari Gombak ke Shah Alam tau. Kita
kena pergi ke KL Sentral dulu. Sampai ke KL Sentral, pergi kat kaunter KTM
untuk beli tiket ke Padang Jawa. Haa, yang ni tiket macam tiket bas. Tak pakai
token dah. Bila naik KTM tu, jangan pakat duduk je tau. Kena tengok gerabak
sebab gerabak dalam tu diasingkan lelaki perempuan. Tak boleh duk campur-campur
lelaki and perempuan.
ni pulak laluan KTM yang akan ke Padang Jawa tu
Sampai ke Padang jawa, naik teksi untuk ke UiTM Shah Alam.
Dari Padang Jawa ke UiTM, pak cik tu ambik RM6.. Bagitahu la pak cik tu kita
nak ke mana ae, jangan tak bagitahu pulak sebab UiTM tu luas.hehe..Dalam 10
minutes je dari Padang Jawa ke UiTM tu.. tak jauh pun..
Akhirnya, alhamdulillah selamat sampai ;-)
Thanks!
ReplyDeleteCasino no deposit bonus codes | GAMBLERSNO!
ReplyDelete› casino-no-deposit-casino-no https://tricktactoe.com/ › casino-no-deposit-casino-no You can also play febcasino slot gri-go.com games on slot machine games at one of the many septcasino.com online poormansguidetocasinogambling casino sites, such as the casino.com.